Anak mudah terkejut, menangis bila dengar bunyi bising. Jika ada ciri ini, mungkin tanda hipersensitif bunyi. Ibarat kata orang serba tak kena.
Bagi susu, tak nak. Bagi biskut, tak nak. Bagi mainan, tak nak. Bagi buku, tak nak. “Ketuk” perut, tak kembung. Makin dipeluk, makin meronta.
Berdasarkan pengalaman Puan Maryam Jamadi sebagai Occupational Therapist dan seorang ibu, situasi ini memang akan berlaku kepada anak hipersensitif bunyi.
Macam saya katakan, anak saya, Eva memang sangat suka makan dan “excited” bila tahu masa untuk makan. Tapi hari ini dia meragam, menjerit dan menangis tak tentu pasal macam kena dera.
Semua “modal” dah keluar tapi Eva masih mengamuk. Cara terakhir, saya bawa Eva keluar dari kedai sebab orang lain dah pandang lain macam. Tiba-tiba Eva diam dan senyum.
Bila saya masuk semula sebab makanan dah sampai, Eva mengamuk semula. Takut juga ada “something” dalam kedai itu.
Baru saya teringat yang Eva memang hipersensitif bunyi sejak lahir. Bunyi-bunyi dari dapur terbuka menakutkan dan “mendera” deria pendengarannya.
Tanda-tandanya:
1. Kalau tidur dalam keadaan senyap, pantang ada bunyi sikit hatta kain bergesel, jalan macam ninja pun boleh terjaga.
2. Takut dengan bunyi mesin seperti “vacuum cleaner” dan blender.
3. Mudah terkejut dengan bunyi, kadang-kadang mummy dengan papa tiba-tiba ketawa kuat pun dia boleh terkejut dan menangis ketakutan.
4. Sangat peka dengan sekecil-kecil bunyi yang ada dimana-mana, contohnya bunyi construction, pintu atau binatang.
5. Mudah terganggu dan kadang-kala takut dengan bunyi yang berterusan seperti bunyi kipas, “aircond”, air menitik atau hujan.
6. Walaupun tinggikan suara sedikit semasa bercakap, akan menangis seperti didera dan dimarahi.
Tanda-tanda di atas memang ada pada Eva tetapi semakin berkurangan melalui terapi dengan mummy-nya. (Nasib baik)
Anak yang ada hipersensitif pendengaran memang sangat peka dengan bunyi. Mereka boleh mendengar sekecil-kecil bunyi. Tentang ini memang ada pros and cons:
PROS:
Anak akan mudah memahami arahan, mudah respon serta mengikut bunyi.
CONS:
Boleh menyebabkan risiko kelewatan bercakap jika selalu disogok dengan bunyi yang tidak bermakna dan tidak penting.
TIPS MENGATASI
Maka, dalam mendidik anak sangat penting untuk mak ayah tahu “pattern” anak sebelum menghukum anak. Macam kes Eva tadi, akhirnya kami terpaksa makan bergilir-gilir.