Biasanya bila kita Nampak anak-anak melompat atas katil atau sofa, terus saja kita jeritkan mereka. Halang mereka dari melompat kerana khuatir mereka terjatuh. Rupanya apa yang kita lakukan itu salah. Dalam penulisannya di laman Facebook, Wawa Shauqi memberitahu, ini adalah aktiviti yang menunjukkan anak kita melalui proses perkembangan yang normal.
Jika anak-anak anda mempunyai minat untuk melompat di rumah, segeralah dapatkan trampolin untuk mereka. Ikuti penulisan Wawa tentang ini:
Wajib Ada Trampolin di Rumah!
Jangan marah anak kalau umur 2 tahun mula melompat atas sofa dan tilam. Sebut alhamdulillah. Bermakna anak dah capai satu skil perkembangan dengan baik.
Tapi janganlah biar sampai tersembul spring tilam. Janganlah biar lompat atas sofa je, sampai pergi rumah orang pun dia belasah lompat juga. Lepek sofa baru kawan kita yang dia beli dari hasil 3 tahun menabung.
Cepat-cepatlah belikan trampolin.
Bukan mahal pon. Kalau cari kat Lazada, banyak pilihan yang murah dan berkualiti. Kalau risau makan space kat rumah, beli yang boleh lipat tu.
Melompat adalah salah satu dari beratus aktiviti vestibular yang sangat bagus. Macam dalam video ni, saya pelbagaikan pergerakan vestibular, supaya bukan kakinya saja yang fokus terlibat, tapi keseluruhan badan anak.
—————————————————————————-
Jom belajar sikit, vestibular tu apa. Penting juga untuk tahu.
Terutama kalau kita selalu bebel kat anak sebab kurang belajar dan banyak main.
Vestibular adalah deria yang melibatkan pergerakan selain proprioceptif.
Fungsinya membantu menyeimbangkan badan kita, sama ada ketika duduk, berdiri mahupun bergerak.
Reseptor yang terlibat terletak di bahagian dalam telinga. Kalau kita ingat subjek sains dulu, ada sebut pasal cecair yang terdapat pada bahagian telinga dalam. Nama cecair tu Endolymph. Endolymph ni berkait rapat dengan keseimbangan badan.
Bila kita pusing2 badan lama, kita rasa pening sebab cecair dalam telinga tu masih berpusing2 walaupun kita dah berhenti.
Begitu juga bila kita bergerak. Endolymph akan bantu kita untuk rasa seimbang.
Ia sangat mempengaruhi pergerakan badan. Terutamanya kawalan postur badan semasa bergerak, muscle tone, malah koordinasi mata pon terlibat.
Bila badan bergerak, reseptor dalam telinga tu akan menghantar maklumat ke otak. Kalau terlebih sampai maklumatnya, akan jadi hypersensitif. Kalau maklumat kurang atau lambat sampai, anak akan jadi hyposensitif.
Cuba cek!
Ada tak anak-anak kita ada
tanda-tanda anak yang hypersensitif terhadap deria vestibular ni?
– naik turun tangga pun takut
-orang ramai lalu kat tepi dia pun dia tak selesa sebab takut jatuh
– melompat ke bawah takut
– nak pakai toilet cangkung takut
-nak langkah longkang takut.
Pendek kata penakut nak nak lagi untuk buat aktiviti mencabar.
Berbeza anak yang deria vestibular dia kurang (hyposensitif), walaupun umur dah masuk tahun 1, masih tak mau duduk diam. Sebab deria vestibularnya mencari kepuasan untuk bergerak.
– Boleh pusing berjam-jam tak pening-pening
– Suka ditimang tinggi-tingi
– Kawan-kawan lain berjalan, dia berjalan sambilmelompat-lompat
– Bila suruh duduk diam kat kerusi, dia tak boleh. Badan dia sentiasa ada rasa keinginan nak bergerak.
—————————————————————————-
Percaya atau tidak deria vestibular ni sangat-sangat penting dalam akademik. Jadi lepas ni, tak perlu marah anak
“Jangan asyik nak main je! Belajar!”
Biar akan bergerak aktif. Dalam badan dia ada poin-poin penting untung menghidupkan saraf-saraf penting pada bahagian otak, yang mana sangat berkait rapat dengan akademik.
– Mempertajamkan fokus anak di dalam kelas
– Meningkatkan kemahiran kognitif
– Membantu anak mengawal emosi
Ok, dah la tu bebel. Cek lazada mana nak beli trampoline. Kalau boleh beli sekali panel wall climbing kat rumah. Yelah! Takkan kaki je kuat, tangan dan bahu pun nak kuat juga kan!
Sumber: Wawa Shauqi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI