Anak Mungkin Muntah Selepas Minum ORS, Tapi Boleh Bantu Kurangkan Cirit-Birit Teruk

Share

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis. 

Cara Penyediaan 

ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak. 

Cara pemberian larutan ORS 

Larutan ORS haruslah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dengan menggunakan sudu atau cawan yang bersih. Ia tidak patut diberikan dengan menggunakan botol susu. 

Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, larutan ORS diberikan dengan menggunakan sudu kecil : Satu sudu kecil ORS setiap 1 – 2 minit. 

Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas ataupun orang dewasa, mereka boleh minum secara terus daripada cawan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi secara kerap. 

Anak anda mungkin muntah semasa pemberian larutan ORS, lebih-lebih lagi jika diminum terlalu cepat. 

Jika anak anda muntah, tunggu 5 – 10 minit sebelum memberi larutan ORS semula. Akan tetapi, beri secara lebih perlahan : satu sudu ORS setiap 2 – 3 minit. 

Penyimpanan 

Larutan ORS yang telah disediakan tidak patut disimpan melebihi 24 jam. 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa