Anak-anak pasti akan manja dan rapat dengan ayahnya jika boleh dibuat ‘geng’ dan tidak garang. Menjadi ayah yang tidak garang bukan bererti anda membenarkan anak-anak hilang hormat dan ‘memijak’ kredibiliti anda.
Ada cara untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dengan cara yang lembut tetapi impaknya ‘dalam’. Seorang isteri menginkan suami yang bertoleransi serta romantik, manakala anak-anak mahukan ayah yang sporting dan berkaliber.
Lelaki kelakar bukan sahaja boleh menjadi suami yang menyenangkan, tetapi akan menjadi penghibur tetap anak-anak. Ada beberapa sebab mengapa suami dan ayah yang kelakar itu sangat dihargai oleh keluarganya:
1. MUDAH DIDEKATI
Suami yang kelakar pandai mencari jalan untuk membahagiakan isterinya tanpa perlu berusaha keras. Dia pandai mencari titik ketawa dalam diri isterinya. Ayah yang kelakar pula biasanya menjadi ‘pak karut’ dalam rumah yang selalu menjadi penghibur dalam rumah. Malahan, ayah yang kelakar mudah didekati dan membuatkan anak-anak suka berkongsi cerita dengan mereka.
2. TENANG & SELESA BILA BERSAMA
Suami dan ayah yang kelakar pandai mengawal keadaan. Semasa keluarganya dalam keadaan bersedih, mereka akan mencuba sehabis daya untuk mengembalikan keceriaan insan-insan tersayang. Suami dan ayah yang kelakar juga tidak mudah marah tetapi sentiasa bertenang berhadapan dengan situasi tidak terjangka.
3. BOLEH DIBUAT KAWAN & TIDAK SUKA MEMAKSA
Suami dan ayah yang lucu ni biasanya tidak suka memikirkan sesuatu perkara terlalu serius pada saat-saat tegang. Mereka akan mengawal situasi ketika itu dan pada masa yang sama berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
Yang bagusnya, suami atau ayah yang kelakar tidak suka membebankan keluarganya. Mereka akan mewujudkan suasana tenang dan memujuk keluarganya untuk tidak terlalu stres.
4. PALING PENTING, GARANGNYA BERTEMPAT!
Ini mungkin yang membuatkan si isteri dan anak-anak paling suka. Bila suami kelakar ni, isteri nak berkongsi cerita pun jadi selesa. Lebih-lebih lagi selepas isteri buat salah, tak adalah ‘cuak’ sangat nak mengaku.
Untuk anak-anak pula, kalau ada buat perkara yang salah mereka tidak takut mengakui kesalahan mereka. Ayah yang kelakar tidak akan marah dengan kasar, tetapi menggunakan pendekatan untuk menasihatkan mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI