Tak ada oven, mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak-anak kita. Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap, sama seperti kek-kek lain.
Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Marlia Lia di facebooknya sememangnya cukup membanggakan. Demi anak-anak yang meminta disediakan kek, gara-gara terlepas cakap, akhirnya kek tetap berjaya dihasilkan olehnya. Memang hebat!.
Nak tahu apa cara yang digunakannya? Jom intai perkongsian beliau. Superb!
Saya sertakan resepi dibawah dengan cara-cara bakar kek tak guna oven. Saya terr….lepas cakap kat bebudak ni, kata mak nak buat kek. Asalnya sebab nak suruh diorang mandi je. Tak sangka pulak diorang ni ingat. Dah 3 hari menuntut bila nak buat. Bukan tak nak buatkan tapi kat rumah ni tak ada oven, tak ada mixer, tak ada penyukat.
Tapi sebab nak beli jiwa mereka kan, dan maknya pun terrrr….lepas cakap, kita ada kan jugak lah. Struggle sikit la part nak bagi gebu mentega + gula tu. Bergotong royong 3 beradik ni membuat kek. Bersemangat. Alhamdulillah, kek menjadi sesedap rasa. Mereka makan dengan gembira.
Resepi Kek Marble sukatan cawan
*2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
*4 biji Telur gred A
1 sudu Teh esen vanilla
Ads
*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi gantikan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat. *Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji.
Marjerin + gula dikacau. Tak ada mixer, jadi saya guna sudip kayu. Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacaukan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak. Sampailah gebu ye.
Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir telur.
Ads
Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Tak nak ada yang berketul atau ada bendasing. Lepas tu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.
Boleh tambah warna ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna hijau dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.
Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.
Tuang adunan selang seli warnanya. Buat sampai habis.
Ads
Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir di dasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak ada bocor pun.
Dalam periuk tu, wajib letak tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk. Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.
Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu. Dah 30 minit baru boleh buka penutup. Cucuk lah dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu. Kat rumah tak ada lidi, saya guna kayu chopstick.
Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya makanan snekking mesti tinggi kalori, jarang yang ada snekking yang sihat seperti kerepek, keropok lekor, pisang goreng, kuih- kuih tradisional yang manis dan pelbagai lagi. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan resepi untuk snekking yang sihat tau.
Baby carrot mempunyai khasiat yang sama seperti carrot yang biasa. Yang berbeza cuma saiznya sahaja. Seperti sedia maklum oleh khalayak, carrot atau baby carrot sangat bagus untuk penjagaan mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik.
Baby carrot juga boleh membantu dalam penjagaan kulit wajah tau. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Baby carrot juga boleh dijadikan snek sihat untuk siapa yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama. Jom lihat resipi yangdikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Galeri Resepi di Facebook.
RESEPI HONEY GLAZED BABY CARROTS
HONEY GLAZED BABY CARROTS . Bahan- bahan: – 500 gm baby carrot (lobak merah kecil) dicuci bersih – 2 sudu makan madu – 2 sudu makan unsalted butter – 2 sudu makan gula perang – 2 sudu makan dil segar | dicincang – 2 sudu makan daunt aim segar | dicincang . Cara- cara: 1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan lobak merah, madu, gula perang, cincang daun dil, cincangan daunt aim dan gaul sebati. 2. Kacau perlahan- lahan sehingga lobak merah lembut, kira- kira 15 minit. 3. Angkat dan boleh taburkan sedikit daun dil ketika menghidang. Sedia dinikmati.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Sedap dan berkhasiat. Boleh cuba untuk sesiapa yang sedang diet sebagai snekking. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi Ala Kak Wook! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi kuah karinya, ayam goreng cincang, sambal belacan dan ulam timun. Makan pula dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah. Menu yang asalnya dari negeri Kelantan ini dikembangkan hingga ke seluruh negeri.
Bagi anda yang habis idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak boleh cuba buat menu ini. Tak susah pun..
Reseipi Nasi Ala Kak Wook yang dikongsikan di FB Jom Kongsi Resipi Masakan via Suraya Cheeszif ini patut anda cuba. Memang tak menyesal lah! Mesti anak dan suami puji.
**Nasi putih yang dimasak boleh letak daun pandan simpul. Barulah aroma nasi tu wangi. Kalau tak mahu pun tak apa, masak je nasi putih
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan (1 keping gula melaka)
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!
Cara-caranya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
Resepi asal by Rosmaliza Omar. Mida olah cara masak je sikit.
Rasa tak ‘ngam’ masakan tanpa kiub pati ayam kan? Biasanya kiub pati ayam diletak dalam masakan seperti sup, bubur, nasi ayam.
Sebelum ni kalau mama beli yang dah siap di pasaran, tapi kali ini apa kata mama cuba buat sendiri. Lebih sihat sebab tiada bahan pengawet dan MSG yang semestinya tak baik untuk kesihatan anak. Jom ikuti resepi yang dikongsi.
Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.
Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.
Bubur.
Nasi ayam.
Sup.
Mee hailam.
Nasi goreng.
Banyak kan kegunaan kiub ayam penyedap rasa makanan.
Elakkan guna kiub ayam pasaran untuk masak makanan anak-anak ya. Kiub ayam bukan dari ayam sebenar dan tinggi pulak kandungan MSG dalam tu.
Lepas saya dah tahu kiub ayam tak elok untuk guna dalam masakan keluarga, saya tak pernah dah beli kiub ayam.
Dan boleh je pun sebenarnya saya buat nasi ayam, buat sup ayam walaupun tak letak kiub ayam.
Sampailah ada Thermomix, baru buat sendiri kiub ayam dalam bentuk kiub mahupun serbuk sesedap rasa.
Kalini saya buat kiub ayam, guna bahan apa yang ada kat rumah je.
Bahan-bahan:
1. Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
2. Bawang besar
3. Bawang putih India
4. Leek dan cendawan
5. Bunga cengkih
6. Biji ketumbar
7. Daun bay
8. Garam Himalaya
9. Cuka epal
10. Air
Cara penyediaan:
Mula kisar ayam, kemudian kisar pulak sayur.
Dah siap kisar semuanya masukkan bahan-bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun. Dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.
Mudah sangat kan.
Pernah saya buat sebelum ni, sambil tidurkan anak, dengan saya sekali tertidur. Tapi tak risau langsung sebab Thermomix akan berhenti sendiri lepas 25 minit siap masak. Takkan hangit pun.
Korang boleh jugak buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti.
Boleh tengok gambar macam mana saya buat. Kalau takde Thermomix lagi pun, korang boleh jugak buat sendiri. Mungkin perlu blend banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.