Di antara waktu makan tengahari dan makan malam, bayi tetap memerlukan makanan sebagai kudapan mereka sepanjang masa. Sambil bermain-main, biarkan sahaja anak memegang sesuatu untuk merangsang deria mereka.
Makanan berbentuk finger food adalah pilihan terbaik untuk merangsang mereka makan dengan lebih berselera. Biskut Jejari Kurma dan Kentang ini ringkas sahaja cara pembuatannya malah mudah disediakan. Hanya guna empat bahan sahaja. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ana Maria ini. Sedap!
Adik semua benda nak masuk mulut la ni. Maka umi pun on la mood buat cookies untuk adik. Umi guna puree kurma dan potato sebagai pengganti gula.
50 gram unsalted butter
30 gram puree buah (boleh guna apa-apa jenis buah yang manis)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Masukkan campuran tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang tak melekit di tangan. Doh memang agak lembut sedikit.
Boleh bentukkan.
Bakar 170°c selama 20 minit bergantung pada oven. Dah agak perang boleh keluarkan.