Air fryer memang memudahkan urusan di dapur. Pisang goreng pun sesuai dimasak menggunakan air fryer. Hasilnya pisang goreng ranggup di luar, lembut, lemak manis di dalam.
Bertambah sedap bila makan sambil cicah sambal kicap. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti. Jika hanya menggunakan salutan tepung sahaja, pisang goreng tidak menjadi rangup.
Bahan-bahan:
Pisang (resipi ini menggunakan pisang abu atau nama lainnya pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)
Cara membuat:
2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.
4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.
6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.
Sumber: Eniza M.Salim
Baca artikel lain yang berkaitan: Air Fryer Lama Tersadai? Buatlah Congo Bars, Gaul-Gaul Masuk Air Fryer!
Resipi Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fryer, Anak Pun Boleh Buat Sendiri
Air Fryer Boleh Guna Untuk Masak Nasi, Tak Perlu Masak Banyak Kalau Anak Tak Ramai