Anak Nak Masuk 2, Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai. Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

Share

Anak nak masuk 2 orang & bakal bersalin bulan ini, aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan. Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin.

Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan April. Dia yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak keduanya berharap proses kelahiran dipermudahkan.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga membayangkan sekiranya perkahwinan mencecah 10 tahun, tentu anak ramai. Tilla juga turut memohon doa daripada peminat agar proses bersalin semudah bersin hari-hari.

Para peminat mendoakan agar proses bersalin lancar dan tidak sabar menunggu kelahiran adik Mat Yip ini.

Tak sabar tunggu adik Mat Yip

Nak seramai team bola ke?

Beranak ramai nanti time raya meriah

Sumber: samtilla

Published by
Azma ML