Keibubapaan

Anak Nak Masuk Asrama? Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

Share

Anak nak masuk asrama? Mak ayah jangan lupa beritahu pesanan penting ini. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki asrama, perasaan bercampur-baur pasti dirasai. Bangga kerana anak-anak berpeluang untuk berdikari, tetapi pada masa yang sama risau memikirkan bagaimana mereka akan menguruskan diri.

Anak Nak Masuk Asrama? Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

Sebelum anak melangkah ke alam asrama, ada beberapa perkara penting yang perlu ibu bapa sampaikan kepada mereka. Ini bukan sahaja untuk memastikan mereka bersedia secara fizikal, tetapi juga mental dan emosi.

Berikut fakta yang dikongsikan oleh penulis buku keibubapaan, Wawa Shauqi

1. Pesan pada anak, di asrama, tak macam di rumah. Mak boleh buatkan semua. Peraturan pun suka hati saja nak ikut ke tak.

Tapi kalau di asrama, kena ikut peraturan. Kemas katil sendiri, pinggan basuh sendiri, baju basuh sendiri, barang-barang jaga dengan elok, jaga kebersihan tandas yang dikongsi bersama.

2. Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang sudah terdedah dengan vape.

Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya. Yang penting kena kuatkan diri. Jangan terikut kalau apa yang kawan buat tu benda tak elok. Walaupun nampak cool.

3. It’s ok kalau rasa rindu dengan keluarga. Ramai juga sebenarnya lalui masalah yang sama. Mama dengan ayah dulu pun macam itu.

Tapi usaha enjoy the moment dengan kawan-kawan di sana. Sebab moment itu pun akan berakhir satu hari nanti sampai kita pula rindu pada momen masuk asrama itu.

4. Anak umur ini fragile ya tuan-tuan puan-puan. Fizikal dia membesar. Tapi fikiran dia masih ‘budak-budak’. Mereka perlukan kita untuk diguide. Kalau jumpa pengaruh tak elok, memang mudah terpengaruh.

Cakap pada mereka, Mama dan ayah akan selalu tanya khabar awak. Spill everything. Kalau berlaku sesuatu yang tak ok, yang mengganggu fikiran awak, jangan rahsiakan.
You are still a kids.

You still need adult yang akan bantu you kalau you tak ok. But if you are ok, tapi kawan-kawan tak ok, bantu kawan cari dewasa yang boleh dipercayai untuk bantu dia. Ingat! Jangan berahsia!

5. Cakap pada anak, jangan sesekali biar kawan sentuh tanpa sebab yang munasabah. Walaupun untuk bergurau. Anak kena tahu sentuhan selamat. Anak kena tahu asas pendidikan seksualiti. Anak kena tahu sirah Nabi Lut. Betapa Allah melaknat hubungan kaum sejenis.

Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT. Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part. Ramai dewasa yang mula ada kecenderungan seksualiti ini bermula dari sekolah.

Kesimpulannya memasuki asrama adalah satu pengalaman baru yang penuh dengan cabaran dan peluang untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, penting untuk memberi mereka nasihat dan bimbingan sebelum melangkah ke sana. Dengan persiapan yang baik, anak-anak pasti akan dapat menyesuaikan diri dan menjalani kehidupan asrama dengan lebih yakin dan berdikari.

Sumber: Wawa Shauqi 

Baca artikel lain juga: 5 Risiko Ibu Bapa Jangan Abaikan Jika Pilih Anak Masuk Asrama Usia 13 Tahun

Sedih Tapi Anak Kita Kepunyaan Allah DS Shahida Tekad Hantar Anak Ke Asrama!

Mommy Menangis Teruk Nora Danish Gagal Kawal Perasaan, Anak Sulung Dah Masuk Sekolah Berasrama

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has