Masa kecil bukan main manja anak-anak dengan kita kan. Apa yang dia nak sebolehnya kita akan penuhi walaupun bukan terus dapat. Namun apabila mereka makin besar hubungan ni seakan ada jurang.
Sesetengah ibu bapa anggap ini normal untuk anak yang dah besar tetapi hakikatnya dalam ilmu keibubapaan, anak yang makin besar ini sepatutnya perlu jadi kawan.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini ada logiknya dan boleh sama-sama membuka mata kita sebagai ibu bapa untuk lebih berusaha ke arah lebih baik demi melihat anak membesar dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi.
Kenapa Anak Makin Besar Jadi Makin Renggang?
Kalau ikut logik patutnya anak makin besar, IQ dan EQ dia makin matang. Patut lebih kuat bonding dengan mak ayah, tapi tidak!
Inilah puncanya:
1 – Sayang Bersyarat
Makin besar anak makin banyak pula syarat nak dapat rasa di sayangi.
“Kakak sayang ibu kan, tolong buat…”
“Abg jangan buat ayah marah boleh?”
“Adik tak dengar cakap ibu, adik tak sayang ibu ke?”
2 – Tak Ikhlas Beri Perhatian
Mulut bercakap dengan anak, tapi mata tengok telefon. Dari bahasa tubuh ni tahu tak anak rasa apa? Anak rasa diri dia TAK PENTING!
3 – Dah Besar
Kakak dah besar kena jalan sendiri. Gedik nak berdukung bagai. Abang dah besar tak boleh main macam budak kecil.
Hmm.. kita yang tua ni pun kadang kadang berangan nak jadi budak budak balik, apatah lagi anak anak yang masih mumayyiz.
4 – Anggap Anak Gedik/Mengada
Tak pernah ada istilah anak nak mengada atau gedik dengan mak ayah. Sebaliknya hanya ada anak yang rindu di belai dan di layan mak ayah sama seperti masa kecil.
5 – Tak Ada Empati
Anak menangis kita kata dia benyek. Anak kuat tantrum kita kata susah nak faham. Anak tak dengar cakap kita kata dia degil. Macam macam gelaran kita bagi kat anak.
Pernah tak sekali kita terfikir yang anak tu cuma nak perhatian dan rasa di sayangi?Percayalah tak ada satu pun perangai buruk anak kita yang berniat buruk pada kita melainkan kita yang berfikir buruk tentang mereka..
Macam mana buruk pun kita layan mereka tak pernah seinci pun luak kasih sayang mereka pada kita.
Kredit: Mohd Fhais
– Parenting Influencer
– ParenTips – Video Content
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)