Anak yang nakal biasanya bukan nakal tanpa sebab. Menurut perkongsian dari Pakar Psikiatri dan Pensyarah UIAM (Kuantan), Dr Rozanizam Zakaria, kanak-kanak yang nakal punya cerita disebaliknya.
Ikuti perkongsian ini dan bantu anak untuk jadi lebih baik. Nakal pasti boleh dibantu.
Kanak-kanak fitrahnya baik. Tapi bila keluar cerita kanak-kanak yang terlibat dengan masalah masalah disiplin yang serius, jenayah bahkan keganasan, biasanya mesti ada cerita di sebaliknya.
Pernah dalam satu program di TV saya pernah sebut tentang pendekatan terhadap masalah disiplin mesti berubah.
Kalau budak ada masalah, kena faham dulu apa masalahnya, ada tak kemungkinan sebenarnya ada ‘penyakit’ yang perlu dirawat. Sebelum kita label atau sumpah seranah.
Hari ini saya nak share tentang satu masalah psikiatri yang dipanggil oppositional defiant disorder (ODD)
Gejala ODD
– Kerap hilang sabar
– Kerap melawan dewasa
– Kerap menolak arahan/permintaan dewasa
– kerap dengan sengaja menyebabkan orang lain sakit hati
– kerap menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri
– mudah marah dan berdendam
Ads
Gejala ini hanya dikira sebagai sebahagian ODD jika berlaku dalam keadaan ketara (menyebabkan gangguan kepada kehidupan kanak-kanak dan juga penjaga) dan berterusan (sekurang-kurangnya sekali dalam setiap minggu selama lebih dari enam bulan berturut-turut).
Spektrum yang lebih teruk disebut sebagai conduct disorder – gejala lebih serius dan mula melibatkan keselamatan harta benda dan orang lain.
Antara gejala Conduct Disorder ialah membuli orang lain, menggunakan kekerasan/senjata, bersifat kejam terhadap orang lain/binatang, mencuri, mengancam, memaksa orang lain terlibat dalam aktiviti seksual, menipu, lari dari penjagaan.
ODD lazim wujud secara co-morbid (lebih dari satu penyakit secara serentak) pada individu yang juga mengalami masalah lain seperti ADHD, anxiety dan depression.
Ads
Prevalen – 2-16% dari kalangan kanak-kanak sekolah, lelaki 3-4 kali lebih ramai berbanding perempuan, biasanya bermula sekitar 8 tahun.
Faktor yang meningkatkan risiko
Faktor kanak-kanak itu sendiri – karakter kanak-kanak tersebut (difficult temperament, contohnya moody, kurang bersemangat dan sukar beradaptasi dengan perubahan); masalah perkembangan (contoh – IQ rendah, masalah komunikasi, masalah motor); masalah pembelajaran.
Faktor ibu bapa dan keluarga – masalah sewaktu kehamilan, kelahiran; sejarah jenayah/masalah tingkahlaku dalam keluarga; parenting styles yang bermasalah; kurang pemantauan ibu bapa; kurang keterikatan ibu bapa; masalah rumahtangga; saiz keluarga yang besar; adik beradik dengan tingkahlaku antisosial; socioeconomic problem
Ads
Faktor sekolah – kurang minat; perhubungan tidak baik dengan guru;
Semua faktor ini biasanya tidak menjadi punca in isolation (tiada satu punca spesifik sahaja, tetapi gabungan dan interaksi pelbagai faktor).
Secara umumnya, pendekatan yang terbaik adalah menyelesaikan apa juga faktor risiko yang menyumbang kepada pelakuan negatif kanak-kanak terbabit dengan cara yang konsisten, berkesan, melibatkan semua orang yang terbabit secara bersungguh.
Pendekatan ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah tingkahlaku
1. Cuba bina hubungan yang lebih baik dengan anak.
2. Amalkan positive parenting – spend quality time, puji dan raikan perubahan/kebaikan anak, one-to-one time, elakkan terlalu kritikal, banyakkan mendengar.
3. Mulakan hari yang baru setiap hari – jangan carry forward masalah/pertengkaran
4. Belajar urus emosi sendiri
5. Bina rutin yang konsisten setiap hari
6. Kenalpasti trigger anak awal
7. Keep all the adults on the same page
8. Avoid power struggle
9. Bersedia untuk let go perkara yang kecil
10. Konsisten dengan peraturan
11. Guna minat mereka untuk mendidik
12. Ajar kemahiran sosial dari awal
13. Ajar kemahiran menyelesaikan masalah
14. Beri mereka tanggungjawab secara gradual
Ini hanyalah panduan umum dan bukan penggantian kepada penilaian professional. Pastikan anak mendapatkan penilaian dan rawatan professional jika dapati gejala yang disebut berterusan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang cahaya mata yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau memuat naik momen anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, yang sedang menunaikan solat dengan penuh tertib.
Menurut Ridzuan, Sky tidak pernah meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekali pun. Malah, meskipun pulang lewat dari sekolah, Sky tetap menunaikan solat lima waktu tanpa culas.
“Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya. Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib. Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah,” katanya.
Selain itu, Ridzuan turut berkongsi keyakinan bahawa doa putera tunggalnya sentiasa menyelitkan nama arwah ibu tercinta, Allahyarhamah Akiko Okumura.
“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya. Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu. Kejadian itu meninggalkan kesan mendalam buat Ridzuan dan anaknya, namun kekuatan doa serta pegangan agama menjadi penguat semangat mereka.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura, yang kini menjadi penguat hati ayahnya dengan sikap taat beribadah dan kasih sayang tidak berbelah bahagi terhadap ibunya yang telah pergi menghadap Ilahi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa menduga perjalanan di subuh hari itu adalah yang terakhir buat bayi 9 bulan ini apabila maut dalam kemalangan. Sebaknya!
Perginya anak kecil dalam keluarga ini. Siapa sangkaa perjalanan mereka sekeluarga pada pagi ini adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila kereta yang dipandu bapa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Lepar, Kuantan hari ini.
KERETA DIPANDU PAPA HILANG KAWALAN
Perjalanan empat sekeluarga termasuk si kecil Allahyarham Nurul Afiqah Umaira Muhammad Hafiq, 9 bulan itu. Tiada siapa menyangka ia adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila dia bersama kakaknya berusia empat tahun, ibu dan bapanya terlibat kemalangan. Kereta dipandu bapanya,Muhammed Hafiq Halim hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan terbalik. Lebih memilukan, penumpang termuda ini meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta model Proton Iswara dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.
Gambar hiasan.
HILANG KAWALAN SEBELUM TERBABAS
Kamarulzaman memberitahu yang pihaknya percaya pemandu hilang kawalan sebelum terbabas. “Akibat kemalangan itu anak mangsa yang juga bayi perempuan berusia sembilan bulan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro.
KAKAK 4 TAHUN CEDERA
Menurut Kamarulzaman berkata kemalangan ini turut menyebabkan kecederaan kepada ibu bapa Nurul Afiqah iaitu Muhammed Hafiq, Roslinawati Ismail serta kakak Allahyarham iaitu Nurul Atiqah Umaira, 4 tahun. Ketiga-tiga mereka cedera dan dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
JALAN LURUS, CUACA BAIK
Kamarulzaman turut menyatakan yang siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan lurus dan ketika kejadian cuaca berkeadaan baik. “Kita minta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya. Difahamkan ketika kejadian semua mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba dan orang ramai sebelum dihantar ke hospital.
Kamarulzaman berkata, jenazah Allahyarham Nurul Afiqah Umaira dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sesetengah wanita dikurniakan kelebihan walaupun sudah mempunyai anak namun saiz badan langsung tak berubah dan kekal langsing seperti zaman belum berkahwin.
Bahkan ada yang anak sudah semakin besar sampaikan ramai keliru ia bukan kelihatan seperti ibu dan anak sebaliknya kakak dengan adik.
Pelakon yang pernah popular dalam filem Congkak ketika zaman kanak-kanak, Erynne Erynna kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Medina, 2 tahun.
Mesra dengan panggilan Erynne, baru-baru ini pelakon tersebut memuat naik satu video pendek bersama anaknya. Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah gaya pemakaian simpleh ibu muda ini.
Dengan fesyen pakaian yang sopan, ramai memuji penampilan Erynne yang santai dan lebih mengagumkan mereka kerana wajah pelakon ini masih kekal ‘baby face’.
Mereka terkejut melihat wajah Erynne yang kelihatan sama ketika melakonkan watak dalam filem Congkak.
Rata-rata warganet mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik-beradik. Pengikut Erynne memuji nya yang sentiasa kelihatan awet muda.
Pakai Harness Untuk Keselamatan Anak
Selain daripada penampilan Erynne yang simple, tindakan Erynne menggunakan harnes untuk keselamatan anaknya di tempat awam turut mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Erynne dan turut mengakui pemakaian harnes banyak membantu ibu bapa mudah mengawal pergerakan anak di tempat awam berdasarkan pengalaman masing-masing.
Dipuji Ramah & Humble
Erynne yang kini masih aktif berlakon turut dipuji kerana sangat ramah dan suka membalas komen-komen peminat di Instagram.
Rata-rata peminat tersebut sudah mengikuti lakonan Erynne sejak dia kanak-kanak lagi dan sangat mengagumi bakat lakonannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.