Kenapa agaknya anak ke 2 atau ke 3 dikatakan biasanya berperangai pelik sedikit berbanding adik beradik lain.
Contohnya,
– Hatinya agak keras (orang kita kata degil).
– Suka cari gaduh dengan adik beradik yang lain.
– manja lebih sikit
– sifatnya suka menguasai
– payah makan
Seperti perkongsian Puan Nazifatunnisa Salim yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, setiap anak kita ada cara masing-masing. Pendek kata, ibu bapa kena belajar memahami sikap anak dan didik ikut cara betul.
Anak saya yang ketiga ini begitu juga. Ada beberapa perkara yang saya perhatikan kenapa dia begitu. Abang dan kakak sudah biasa bermain berdua dan sudah biasa berkongsi barang. Mereka sudah melepasi fasa peak atau disebut terrible two.
Si adik pula melalui fasa peak selepas kakak dan abang melepasinya. Usia 2-3 tahun adalah fasa perkembangan emosi. Fasa tantrum, mahu menguasai, suka mengamuk dan sukar dikawal.
Jadi bila adik ada mainan, dia jadi kedekut dan tak nak berkongsi. Suka menangis dan bersikap mempertahankan diri sendiri. Umpama dia mahu dia saja yang menang. Perangai tantrum adik tidak dapat diterima oleh abang dan kakak. Mereka tidak suka dengan cara adik. Ia akan jadi lebih teruk sekiranya ibu dan ayah lebih memenangkan adik.
Jadilah kes kakak dan abang
-suka kacau adik
-sengaja menyakat adik
-tidak mahu ajak adik bermain
Sifat mempertahan diri, hati keras, mahu segalanya adik ini akan berterusan hingga ke besar jika ibu dan ayah tidak membantu menjernihkan keadaan dengan cara yang betul. Ia boleh jadi sifat yang positif boleh juga jadi negatif dalam diri mereka.
Jadi bagaimana ibu dan ayah mahu membantu anak ke 2 atau ke 3 agar tidak terlalu ‘berperangai pelik’ hingga ke besar?
1. Sedari lah bahawa mereka sedang melalui fasa tantum 2-3 tahun. Ajar mereka bagaimana mengawal emosi, cara berkongsi, cara mengalah dan cara berhubungan yang betul antara adik beradik.
2. Tidak sentiasa memenangkan mereka jika berlaku pergaduhan antara adik beradik. Mereka juga berhak diajar agar menghormati hak kakak dan abang.
3. Ajar mereka setiap perkara tanpa prejudis bahawa mereka kononnya degil atau berperangai pelik. Mereka sama saja seperti abang dan kakak yang perlu diajar mengendalikan emosi.
4. Harmoni kan hubungan antara adik beradik dengan cara yang lebih baik.
Tidak ada istilah anak ‘pelik’ sejak dari lahir. Yang ada hanyalah cara kita mendidik mereka dan keadaan sekeliling yang membentuk peribadi.
Beri peluang pada diri kita dan pasangan belajar dan memahami psikologi anak agar kita sama-sama mampu mendidik dengan lebih baik.
Kredit: Nazifatunnisa Salim
#jannahproject
ARTIKEL MENARIK [“Seminggu Sebelum Pergi, Adik Selalu Tenung Mumy. Renungan Itu Jadi Pengubat Rindu”]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Wahai Ayah, Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil. Berlelah-lelah dahulu, Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI