Selalunya ramai yang melabelkan anak kedua perangai lain sikit dan berbeza dengan adik beradik lain. Sikapnya orang kata susah nak dijangka tapi jika kena cara didikan dia boleh jadi orang yang hebat.

Istimewa juga anak kedua, mereka lebih pandai berdikari walaupun sesekali agak keras. Ingat walau apa sekalipun, anak-anak kita adalah amanah. Boleh jadi ia ujian, boleh jadi tauladan. Percayalah tiada anak yang lahir terus nakal, cuma kadang-kadang kita yang hilang kesabaran.

“Anak No 2 Ye?, Memang Macam Tu.” Kisah Ibu Ini Mengenai Anak Keduanya Cukup Sebak! 

Bagaimanapun, perkongsian dari seorang ibu, Nur Haslaily benar-benar menyentuh hati dan boleh membuatkan sesiapa pun mengalir air mata. Beliau berkongsikan sisi lain anak keduanya yang membuatkan hatinya cukup tersentak sehingga tak mampu tahan air mata. Allahuakbar hebat angah!

Orang suka label anak no 2 lain dari yang lain

“Anak nombor 2 ye?”

“Anak nombor 2 memang macam tu…”

Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar. Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh. Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza. Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.

“Baca slow-slow boleh ke ibu?” Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya. “Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”

IKLAN

“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu. “Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.

“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.

“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.” “Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.” “Amin. Amin.” Ibu sambut. “Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.” “Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.” “Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.” Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.

“Anak No 2 Ye?, Memang Macam Tu.” Kisah Ibu Ini Mengenai Anak Keduanya Cukup Sebak! 

Tulusnya hati mu anak, air mata ibu mengalir laju

Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”

IKLAN

Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya. “Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.” “Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.” “Amin Ya Robbal Alamin.” Terus dipeluk ciumnya ibu.

ARTIKEL BERKAITAN [Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit. Jangan Banding, Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat]

Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju. “Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.” Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tanpa label. Tanpa persepsi. Tanpa sangsi. Kata ulama, “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya, Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya. Begitulah juga kita manusia. Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya. Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.” Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.

“Anak No 2 Ye?, Memang Macam Tu.” Kisah Ibu Ini Mengenai Anak Keduanya Cukup Sebak! 

IKLAN

Anak-anak kita semua ada kelebihan 

Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya.

“Anak No 2 Ye?, Memang Macam Tu.” Kisah Ibu Ini Mengenai Anak Keduanya Cukup Sebak! 

Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”

Nur Haslaily – Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak.

Kredit: Nur Haslaily

“Anak No 2 Ye?, Memang Macam Tu.” Kisah Ibu Ini Mengenai Anak Keduanya Cukup Sebak! 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI