Saat dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, itulah satu kebahagiaan buat pengacara, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub.
Menerusi sesi Live Pa&Ma Gala Dads yang mana Nabil Ahmad dipilih sebagai penerima anugerah Best Papa Mellinial 2022, Nabil meluahkan rasa terharunya saat dikurniakan rezeki tiga anak perempuan yang banyak mengajarnya erti bersyukur dan bersabar dalam hidup.
Malah kata Nabil lagi, tiga anak-anaknya inilah yang memberi petunjuk untuk dia berubah menjadi yang lebih baik, lebih-lebih lagi berada di jalan Allah.
Memulakan bicara awalnya, Nabil mengakui membesarkan tiga anak perempuannya agak mencabar malah pernah menangis namun semuanya menjadi satu titik tolak perubahan besar bagi keluarga kecilnya.
“Betul dengan tiga anak perempuan ni tak semudah yang disangkakan. Saya banyak belajar dengan isteri saya nak mengendalikan anak perempuan.
“Tapi untungnya saya ada tiga adik perempuan yang saya jaga waktu kecil dulu iaitu Sarah, Aishah dan Ayu yang saya jaga waktu kecil. Hantar dan ambil sekolah, masakkan dan siapkan pergi mengaji dan alhamdulillah latihan ini saya buat benda yang sama pada anak-anak.
“Anak perempuan saya tiga-tiga lain perangainya tapi anak nombor tiga paling mencabar buat saya. Dia paling kecil, paling manja dan kalau dia kata A, A lah. Kalau dia kata tak nak, jawabnya tak nak lah,” kongsi Nabil ceria.
Pun begitu kata Nabil lagi, perbezaan tiga anaknya inilah yang menjadikan dia lebih bersemangat untuk belajar banyak perkara agar jadi yang lebih baik. Semuanya demi anak-anak.
Ads
“Saya paling banyak belajar sabar dengan anak yang paling kecil ni. Dia baru umur tiga tahun tapi dia sangat berbeza dengan kakak-kakak dia.
“Anak sulung saya dah terbiasa dengan back stage, dia pandai PR, malah dia boleh berborak dengan orang lain. Lain pulak anak dua yang sedikit pemalu tetapi cukup aktif.
“Bila tiga perwatakan berbeza ni saya terpaksa ubah didikan yang berbeza mengikut kesesuaian anak-anak saya. Saya bersyukur Allah bagi saya kesabaran dan paling untung isteri saya paling banyak membantu,” luahnya bersyukur.
Terapkan didikan agama pada anak
Dalam pada itu kata Nabil, dek kerana anak-anaklah dia dan isterinya yang kini merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Malah memilih jalan Allah.
Jika dahulu dia mungkin terlupa, kini apa sahaja yang dilakukannya bersama anak-anak, Allah didahulukan. Begitu kongsi Nabil.
Bagi Nabil lagi, soal mendidik ilmu agama tidak perlu dilakukan dengan paksaan. Bila perlahan-lahan diterapkan, malah dia dan isteri punya cara sendiri dalam mendidik tiga anak mereka.
“Sebenarnya nak terapkan agama pada anak-anak bukan secara paksa atau mengajar, apa yang saya dan isteri buat adalah tunjukkan yang baik-baik, buat bacaan taklim, solat mengaji dan sebagainya agar biar anak nampak.
Ads
“Macam sekarang ni pun saya bawa ustazah untuk ajar anak-anak saya mengaji dan biar anak nampak kepentingan agama itu sendiri.
“Saya bersyukur masa PKP hari itu, kami banyak masa untuk ajar anak macam-macam doa. Dorang ikut saja tapi lama-lama dorang faham apa pun yang kita buat, kena ingat Allah,” kongsinya.
Malah kata Nabil lagi, jika dahulu dia sering membacakan buku-buku cerita Barat buat anaknya, kini dia menukarnya dengan cerita-cerita Nabi agar mengingatkan tiga anak perempuannya itu dengan agama mereka.
“Bedtime story pun dulu bolehlah layan Peterpan, Snow White semua tapi sekarang ini kami gantikan dengan cerita-cerita Saiyidina Umar, Saidiyina Khatijah, anak-anak Nabi dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama.
“Inilah suasana yang perlu ada di rumah. Inilah yang saya belajar setiap kali pergi tablik. Bila saya betulkan semua ini baru saya nampak perubahannya,” luah Nabil lagi.
Bapa penyayang yang cukup gemar menghiburkan tiga anaknya dengan lawak jenakanya di rumah ini juga turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat mereka di penghujung sesi live.
Ads
“Daddy sangat happy dan bersyukur sejak kamu semua dilahirkan. Kamulah yang paling banyak bagi daddy dan mummy petunjuk. Selalu daddy doa, jadikan anak-anak ini untuk jadi anak solehah dan menjadi penyebar agama kerana itulah peninggalan paling baik.
“Jika daddy dan mummy dah tak ada, letakkanlah agama dalam setiap perkara. Daddy mahu kamu cintakan Allah dan Nabi lebih dari mummy dan daddy,” kongsinya sebak.
Terdahulu, Nabil dan isterinya Zira Ayub dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Sebak dan luluh hati seorang ibu apabila anak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu ditemukan lemas di sebuah anak sungai di Kampung Kuridak Gerama, Beaufort, Sabah pada Ahad.
Jumpa 500 meter dari rumah
Mohd Qyis Azhar Abdul Halim ditemukan pada jam 10.20 pagi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 5.45 petang Sabtu.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dari BBP Beaufort.
“Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan kenduri dan mangsa didapati telah hilang selain pintu rumah berada dalam keadaan terbuka.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan pada hari yang sama dengan menyelusuri sungai dan kawasan kebun kelapa sawit namun operasi ditangguhkan apabila mangsa tidak ditemui.
“Operasi kemudian disambung semula pada pagi Ahad sebelum jasadnya ditemui di anak sungai dalam keadaan terapung di celah daun keladi dan kangkung,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohammad Hasbullah berkata, SAR mengesan seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, dan SAR masih sedang dilakukan.
“Operasi mencari mangsa menggunakan bantuan dua anjing pengesan dari unit K9 bagi pencarian di darat dan satu lagi di sungai.
“Keluasan kawasan pencarian sejauh dua radius kilometer dan setakat ini mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Jude Angel berusia 18 bulan hilang dipercayai tersesat di hutan atau terjatuh ke sungai berikutan kawasan rumahnya berhampiran dengan sungai.
Demi memastikan anak autismenya, Ace benar-benar bersedia ke sekolah pada 2025 nanti, Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas sepakat untuk berpindah sekolah dan rumah. Semuanya bagi menempatkan satu sesi pembelajaran yang lebih baik buat anaknya.
Hal itu dikongsikan oleh Dr Say menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Akui Dr Say lagi, dia dan isteri mahu Ace benar-benar bersedia dan pandai berdikari malah mahukan sekolah yang penuh intensive serta memiliki one on one session untuk Ace.
Tindakan Dr Say dan isteri itu sudah semestinya mendapat pujian dari wargamanya.
“Tahun 2025 Ace akan masuk 6 tahun & akan start sekolah. Ada 1 tahun 4 bulan sebelum 2025. Lepas berbincang berkali-kali, saya & wife decide untuk hantar Ace ke international school 2025 nanti.
“Dekat mana kami tak tahu lagi cuma apa yang kami tahu is kami perlu sediakan dia untuk persekolahan. Persekolahan is not an easy task for an autistic child.
“Kat sekolah nanti kena bergaul dengan budak-budak lain, kena ada keupayaan untuk sit down untuk belajar & banyak lagi complicated task. Current sekolah Ace dah terbaik.
“Daripada mengigit kawan-kawan kepada serve makanan untuk kawan-kawan. Daripada all over the place, dia boleh sit down & buat table task. Daripada ketinggalan kepada banyak kemajuan. Cuma for school readiness, kami perlukan sesuatu yang intensive, yang one on one,” ujar Dr Say berkongsi.
Bukan sesuatu yang mudah dilakukan namun bagi Dr Say, dia akur semuanya demi memastikan anaknya mendapat pengalaman yang lebih baik, sebagai persediaan awal ke sekolah kelak.
“Yang follow story sy, baru ni saya ada cerita yang say & wife tengah dalam dilemma in making a HUGE MOVE in our life. Ada yang teka saya nak beli rumah 3 tingkat kat Putrajaya, ada yang teka saya nak beli Aston Martin, ada yang teka saya nak migrate ke negara lain, well peeps the huge move is WE ARE MOVING OUT OF CYBERJAYA.
“Lepas assessment Ace di @eapmalaysia 1 August lepas, kami decide untul enroll Ace di situ. Logistically, saya tak rasa logic untuk saya atau wife ulang alik 5 hari seminggu ke Bangsar untuk hantar Ace jadi kami decide untuk pindah ke Bangsar.
“Well its a huge move for us sebab kalau pindah nak kena fikir sekolah untuk Sef, rumah Cyber ni kena bayar sebab saya beli dah rumah ni, nak adapt to new environment & paling kami takut sekiranya its not a good move tukar sekolah Ace.
“Tapi lepas kami tanya beberapa parents yang hantar anak & ex therapist yang pernah bekerja di sana, InsyaAllah kami merasakan its gonna help Ace for his FINAL PUSH before persekolahan sebab best time untuk tolong anak autism adalah sebelum mereka berumur 6 tahun sebab developmental gap is much smaller & behaviour yang sukar dikawal masih belum established.
“Jadi doakan kami in this NEW LEAP peeps. Rumah sewa kami dah jumpa di Bangsar. Masa untuk pack some stuff & pindah fully by 1 October nanti. Bismillah,” tulisnya lagi.
Keputusan besar yang dibuat oleh Dr Say dan isteri ini sudah semestinya dipuji wargayamaya yang melihat pengorbanan besar yang dilakukan pasangan ini. Semoga yang terbaik buat Dr Say dan isteri.
Bayi yang menangis tanpa henti biasanya diredakan dengan bantuan bunyi-bunyian ‘white noise’. Selain bunyi-bunyian alam, air terjun, hujan, ombak dan sebagainya, white noise yang dipasang daripada telefon bimbit sebenanrnya banyak membantu bayi untuk reda. Malah tidur lebih lena.
Menurut Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, bayi menangis yang gagal diredakan dengan hayunan, bunyi shhh dan sebagainya boleh disokong menggunakan white noise daripada telefon bimbit. Pun begitu katanya, ibu bapa tidak perlu merasa gusar penggunaan telefon ini yang boleh membahayakan bayi baru lahir.
‘White noise’ merupakan salah satu elemen terpenting dalam pendekatan saya ketika membantu ibubapa memperbaiki isu tidur bayi mereka. Sedikit ‘masalah’nya, oleh kerana ilmu tangisan bayi masih sangat asing di Malaysia, maka secara tak langsung penggunaan ‘white noise’ di Malaysia tidak serancak seperti sebahagian negara lain. Hasilnya, kita kekurangan pilihan sumber ‘white noise’. Ini menjadikan ‘white noise apps’ di telifon pintar adalah pilihan paling popular ibubapa Malaysia.
Hal ini menimbulkan sedikit keraguan iaitu; “Adakah penggunaan telefon pintar ini mempunyai kesan buruk kepada bayi?” . Soalan ini agak kerap di tanya kepada saya berikutan alat elektronik ini memancarkan radiasi.
Perkataan ‘radiasi’ memang menakutkan namun hakikatnya semua alat yang memancarkan gelombang elektromagnetik, adalah ber radiasi. Ianya seperti sinar X-Ray , sinar inframerah mikrowave, signal radio, signal wifi, cahaya UV (dari sinaran matahari) dan cahaya lampu.
Namun, spektrum gelombang elektromagnetik terbahagi kepada 2: radiasi pengionan dan radiasi bukan pengionan.
Gelombang radiasi dari telifon pintar adalah dari jenis radiasi BUKAN pengionan sama seperti microwave di rumah. Telefon memancarkan tenaga radiasi yang sangat rendah (malah lebih rendah dari sebahagian cahaya lampu) dan tidak akan membahayakan DNA, otak dan saraf seperti yang ditakuti sebahagian orang. Maka, sebab itu kita boleh ‘mengguna terus’ sumber-sumber ini tanpa masalah.
Ia berbeza bila kita harus berdepan dengan radiasi dari jenis pengionan seperti sinar Xray dan cahaya matahari. Untuk meminimumkan risiko pendedahan, maka kita memakai baju khas bila perlu di Xray dan memakai ‘sun block’ bila mahu berjemur di pantai.
Nampak bezanya? Jelas, tidak timbul gelombang atau isyarat dari telifon pintar akan membahayakan manusia. Setakat hari ini, belum ada satu pun kajian yang dapat mengesahkan jika telefon pintar boleh membahayakan kesihatan dari sudut ancaman gelombangnya. Satu-satunya kesan biologi radiasi telifon pintar (dan semua yang dari jenis bukan pengionan) adalah kepanasan (heating) pada bahagian badan yang di sentuh misalnya, telinga akibat pelekapan telefon.
Namun, satu hal saja yang amat perlu di titik beratkan dalam penggunaan ‘white noise’ ini ialah kekuatan bunyi. Kekuatan bunyi yang disaran adalah tidak melebihi 60db yang mana 60db ini adalah menyamai bunyi bising perbualan manusia. 60db ini teraplikasi bagi apa-apa sumber ‘white noise’ dan bukan terhad kepada telifon pintar sahaja.
Sebarang bunyi melebihi 85db (menyamai bunyi penghembus daun majlis perbandaran) bakal meningkatkan risiko kerosakkan pendengaran.
Masih ragu-ragu nak guna ‘white noise’ di telefon? Beli sahajalah mesin ‘white noise’ secara online. Selesai masalah!.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.