
Anak kedua pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lila Amina mencuri perhatian pengikut Instagram Awal.
Baru-baru ini Awal berkongsi gambar Lila berjaya memanjat sebuah tangga lipat yang tinggi ketika berada di rumah.
Menurut Awal, dia meninggalkan tangga tersebut sekejap sahaja namun tidak menyangka anak keduanya itu boleh memanjat sehingga berada di atas.
Berderau darah kita yang melihat aksi berani si kecil yang cheeky ini. Sesiapa pun yang melihat foto tersebut pasti berasa bimbang akan keselamatan Lila.
Namun jangan risau, sebagai bapa Awal sentiasa memastikan keselamatan Lila berdasarkan beberapa foto terakhir dalam posting beliau.

Awal dilihat segera memegang belakang badan anaknya daripada risiko terjatuh. Walaubagaimanapun aksi lucu dan tidak dijangka tersebut pasti ingin dirakamkan sebagai kenangan sama seperti ibu bapa lain jua.
Anak Nombor Dua Lasak Dan Berani
Di ruangan komen, ramai pengikut Awal yang kebanyakannnya terdiri daripada golongan ibu memberitahu perangai anak nombor dua memang lain macam sikit perangainya, lasak, berani dan berdikari dalam banyak perkara.






Apa-apa pun sebagai ibu bapa kita kena raikan kelainan karektor dan perangai anak-anak dan dalam masa yang sama sentiasa utamakan keselamatan mereka dalam apa jua situasi.
Kebanyakan pengikut Awal turut menasihatkan agar lebih berwaspada memantau pergerakan Lila yang sedang dalam fasa suka meneroka perkara baru. Mereka enggan sesuatu yang buruk berlaku kepada si kecil yang comel itu.
Jom join webinar kehamilan Aku Tak Serik Bersalin.

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Sumber: @awalashaari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Bawa Anak Travel Balik Raya, Ubat-Ubatan Ni Jangan Lupa!

Bila punya anak kecil, usah dilupakan ubat-ubatan setiap kali hendak balik beraya di kampung. Musim cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat-ubatan wajib ada dalam beg sebelum balik kampung.
Ini penting sebagai persediaan sekiranya anak tiba-tiba tak sihat. Jadi bagi mengelakkan sebarang kekalutan, ibu ayah boleh sediakan satu beg yang ada semua barang keperluan ini dan bila-bila masa boleh guna. Jika nak ke mana-mana pun angkut terus satu beg ini.
Berikut perkongsian Siti Fathimah Madhzir sebagai panduan bersama.

1. Vicks
Untuk keselesaan baby. Apply di dada dan belakang badan setiap kali lepas mandi. Vicks ni tak panas but suitable for baby. Tambah-tambah kalau baby batuk boleh lah rajin-rajin apply didada dia.
Boleh cairkan kahak yang mana pekat-pekat tu sebab dia sedikit panas. Tak macam vicks orang dewasa. Vicks dewasa dan vicks baby berbeza ya. Yang baby suitable untuk baby dan kulit baby. Jangan apply di hidung dan bahagian muka.

2. Minyak telon
Yang ni wajib pakai lepas mandi. Untuk elakkan anak kembung perut. Sapu di perut, tapak kaki dan belakang badan di bahagian pinggang. Ayra lepas mandi confirm akan bubuh minyak ni. Yang ni je sesuai dengan kulit dia. Pernah try jenis lain kulit dia jadi ruam.

3. Nasal hygene
Ni agak recommended. Untuk selsema. Spray dalam hidung baby tengok lepas tu hingus yang pekat-pekat akan keluar. Hidung baby pun akan selesa sikit lepas spray. Yang tersumbat pun jadi kurang tersumbat.
Ni doc yang suruh beli time checkup ayra. Ayra pakai ni terus boleh tidur selesa. Kalau tidak nak menyusu pun payah hidung tersumbat. Spray dalam 2 to 6 kali sehari. Kalau nampak susah nak bernafas boleh spray.

3. Cool fever
Untuk keluarkan panas dalam badan. For baby sebaiknya apply dekat bawah ketiak, belakang badan dan tapak kaki. Jangan apply dikepala.
Bila apply kat kepala bahaya. Panas tu nanti terkumpul kat otak so ada side effect. Jadi apply lah dekat bawah ketiak, belakang badan dan kaki. Bahagian ni jugak terkumpul suhu yang panas.

4. Dropolene
Ni untuk elakkan ruam di bahagian sulit dan dubur. Sapu nipis kat bahagian kulit dubur kalau nampak merah-merah. Sat ja hilang ruam merah-merah kat kulit.
Bila anak kerap kencing, berak atau lambat tukar pampers kulit mesti akan merah so boleh apply ni. Ayra pakai time naik ruam ja. Kalau tak merah2 atau naik ruam takyah pakai pun boleh.

5. Paracetamol ( ubat demam/tahan sakit )
Benda ni wajib ada dalam beg yer. Kita tak tahu bila anak nak demam. So kalau demam panas tengah-tengah malam sementara nak pi klinik or hospital boleh apply nih sementara waktu sebelum pi check up.
But sebelum apply kena tanya kat klinik siap-siap. Berapa ml nak kena bagi kat baby kalau dy demam. Setiap kali check up baby kat klinik depa cucuk depa akan bagi ubat ni for spare kalau-kalau anak demam. Jangan bagi ikot dan ja bahaya. Kiraan ml ubat berdasarkan berat baby yer.

6. Garlic balm ( balm bawang putih )
Ni pun untuk kurangkan selsema baby. Apply dekat hidung dengan ubun-ubun. Garlic balm ni dy bagi keringkan hingus baby. Nak mujarab lagi masa masak bubur baby buh bawang putih sikit dalam bubur tu. Tu lagi bagus untuk bagi panas dalam badan dan cairkan hingus dan kahak yang pekat tu.

7. Thermometer
Ni wajib! Sentiasa check suhu anak time dy demam. Takut-takut suhu naik mendadak boleh jadi sawan. Kalau suhu dah 39 tu cepat-cepatlah lah bawak pi hospital takut anak sawan/tarik.
Kerap-kerap lah check suhu anak time dia demam. 3 jam sekali ke kalau rajin la. Kalau tak rajin tu 4 ,5 jam sekali pun ok. Lani musim demam so wajib ada benda-benda ni dalam beg baby yer!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Kredit : Siti Fathimah Madhzir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau Anak Banyak Tanya, Dia Sebenarnya Budak Pandai. Layankan Je!

Bila anak dah mula bercakap, semua benda dia nak tahu. Bertanya itu ini, sampai tak larat kita nak menjawab. Bila anak banyak bertanya ni bagus, itu tandanya dia sedang mencapai perkembangan otak yang ligat berfikir.
Artikel Menarik: [Sembang Dengan Nanna, Siap Ketawa! Ramai Puji Gelagat Comel Bunga Elhaq]
Memang normal fasa ini dia akan banyak bertanya kerana sikap ingin tahu memang sangat tinggi. Jangan pula kita marah sebab itu akan merencatkan keinginan dia untuk bercakap dan berfikir. Lagi banyak tanya, lagi bagus. Biarlah berbuih mulut kita nak menjawab. Kebanyakan pendapat dari pakar perkembangan anak, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.

Okay, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
- Tanya balik soalan yang sama
Memang tabiat budak kecil suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
- Tumpukan perhatian pada anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Artikel Menarik: [“Ada Yang Anggap Lisa Berubah Kerana Suami, Saya Cuma Restu.” – Datuk Yusry]
- Soalan dijawab dengan soalan kembali
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”.
Anda boleh jawab, “Rafid rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”.
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.

Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
- Keep calm and smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Artikel Menarik: [Minta Air Panas, Sekali Pakej Bersihkan Botol. Tindakan Barista Ini Dipuji Ramai!]
- Berusaha beri jawapan terbaik
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Anak Berterima Kasih, Kita Pun Kena Berterima Kasih Pada Pemberi. Barulah Anak Contohi

Tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Bila kita memberi, memberilah dengan hati penuh rela dan rasa tawaduk sebab ada orang untuk kita memberi.

Dan bila kita berada di bawah, menerima, menerimalah dengan hati yang penuh bersyukur dan bergembiralah kerana Allah mendatangkan seseorang untuk memberi kepada kita. Itu rezeki kita juga yang Allah datangkan melalui orang itu. Maka ringankan mulut mengucap terima kasih dan janganlah mulut berat untuk mendoakan orang yang sudi memberi.
Menurut Ibu Rose, dia melihat terlalu banyak orang tidak tahu menerima pemberian dengan hati yang gembira dan bersyukur. Malah bila orang memberi ada yang berasa terhina. Pelik bin Ajaib mindset ni.
Dan lagi pelik bila mereka menyuruh anak mereka mengucap terima kasih bila diberi sesuatu. Mereka tidak sedar, apabila mereka di tempat menerima itu, mereka telah menunjukkan contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.
Kadang-kadang yang terbit di muka mereka adalah rasa sedih dan bersalah kerana orang memberi. Ada juga yang masam kerana orang memberi kepada mereka atau anak-anak mereka. Yang ini memang Ibu tak faham langsung mindset mereka.
Ibu teringat satu kejadian di dalam hidup Ibu. Pada masa itu Ibu masih seorang Ibu muda yang penuh masalah. Hari itu, Arwah Mak Mertua Ibu membawa Ibu, suami dan anak-anak membersih kubur Arwah nenek.
Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang tua dan nampak uzur. Arwah Mak Mertua mengatakan dia itu menjaga kebersihan kubur di situ. Ibu lantas bertanya, “Boleh Ji nak bagi sikit sedekah Ma?” Ma mengatakan boleh.
Ibu hulur beberapa ringgit yang Ibu ada masa itu. Masa itu Ibu tidak bekerja jadi beberapa ringgit tu kira banyaklah bagi Ibu .Dia lalu mengangat tangan dan terus membaca doa kesyukuran. Ibu ingat lagi doanya; ” Ya Allah murahkan rezeki budak ini…”
Tak sampai sebulan selepas itu; memang rezeki Ibu melimpah ruah dengan peluang pekerjaan yang bertambah-tambah. Masalah pun telah banyak dapat diatasi.
Inilah contoh akhlak mulia seseorang itu bila menerima. Menerima dengan penuh rasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan kepada yang memberi.
Tidak kira di mana tangan kita; tunjukkanlah akhlak yang baik bila memberi dan juga menerima.
Jangan berat mulut mengucapkan terima kasih. Jangan susahkan diri menunjukkan muka yang manis. Tidak hina kita bila menerima pemberian.
Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik bila menerima, untuk mengucap terima kasih dengan muka yang manis dan hati yang gembira; agak-agaknya adakah anak-anak kita akan tahukah berterima kasih kepada kita?
Kita ajarlah seribu kali untuk dia mengucapkan terima kasih bila dia diberi kita beri sesuatu, kalau contoh dari kita sendiri tidak pandai mengucap terima kasih, maka jadilah kita seperti ketam mengajar anak berjalan betul!
Adakah kita mahu begitu?
Kredit: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


