Anak OKU dibuang dalam terusan dipenuhi buaya, suami isteri anggap membebankan. Seorang wanita di selatan India, ditahan kerana didakwa membuang anak lelakinya yang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ke dalam terusan dipenuhi buaya selepas bertengkar dengan suaminya.
Anak OKU Dibuang Dalam Terusan Dipenuhi Buaya
The Independent yang memetik media tempatan melaporkan mayat budak lelaki mengalami masalah pendengaran dan pertuturan itu ditemukan dalam keadaan berkecai di terusan di daerah Uttara Kannada di negeri Karnataka pada Ahad.
Pegawai polis, Inspektor Krishna Barakeri berkata kepada Hindustan Times, ibu budak itu, Savitri, 32, menyalahkan suami Ravi Kumar, 36, kerana memaksanya membuang anak mereka di terusan berkenaan.
Suaminya menganggap anak mereka sebagai beban dan mereka sering bergaduh mengenainya. Savitri mendakwa suaminya menyeksa mental dan menyuruh membuang anak mereka ke dalam terusan dipenuhi buaya itu.
“Selepas pertengkaran yang memuncak berhubung perkara sama, Savitri didakwa membuang anaknya ke dalam terusan yang mengalir ke Sungai Kali an dipenuhi buaya sekitar jam 9 malam,” katanya.
Suami Isteri Anggap Membebankan
Ketika disoal siasat Savitri berkata: “Suami saya bertanggungjawab. Dia selalu berkata biarkan anak lelaki itu mati, yang dia lakukan hanyalah makan. Biarkan dia mati.
“Suami saya kerap berkata demikian, berapa banyak seksaan yang anak saya boleh tahan? Di mana saya akan pergi untuk berkongsi kesakitan saya,” katanya memetik rakaman percakapan kepada polis.
Ads
Jiran pasangan itu menghubungi talian kecemasan dan pihak polis menghantar penyelam untuk mencari kanak-kanak OKU itu.
Tetapi operasi mencari terpaksa ditangguhkan sehingga keesokannya kerana hari sudah gelap.
“Cebisan mayat budak lelaki itu ditemui di rahang buaya dan sudah diambil selepas buaya itu ditangkap,” kata polis.
Mangsa yang mati dalam keadaan mengerikan itu mengalami kecederaan parah dengan kesan gigitan di pelbagai anggota badan, malah lengan kanannya hilang.
Savitri, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dan suaminya, Ravi seorang tukang ukiran batu sudah ditahan atas tuduhan membunuh, kata polis.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Pelakon, Elfira Loy mengimbau kenangan membesarkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf selama tiga tahun dan pengalaman tersebut di kongsi bersama peminat di laman Instagramnya.
Menurutnya, dia seakan tidak percaya bahawa dia mampu menjaga sendiri Rayyan tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
“Rayyan sekarang 3 tahun, kejap je dah besar. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni kami berjaya hidup tanpa pembantu rumah.”
“Saya tak tahu macam mana saya hadapi tapi kami berjaya tempuhi.”
Tambahnya lagi, perkara yang paling utama untuk membesarkan anak adalah pengurusan masa. Dia mengakui dengan adanya rutin setiap hari akan lebih memudahkan urusan seharianya.
“Bila ada anak, perkara paling penting yang anda perlu lakukan ialah mengetahui cara menguruskan masa.”
“Rutin akan menjadikan hidup anda lebih mudah.”
Rata-rata memuji kecomelan Rayyan, tak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat supaya Elfira terus tabah membesarkan anak walaupun tanpa bantuan pembantu rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum berkahwin mungkin beg tangan seorang wanita mengikut mood pada hari itu. Digayakan berpadanan dengan pakaian yang dipakai. Semua itu hanya sebelum berkahwin kerana rata-rata wanita selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, akan cenderung memilih beg tangan yang besar. Mengapa?
Kebanyakan wanita terutamanya yang mempunyai anak kecil gemar membawa beg tangan bersaiz besar kerana pada mereka ia memudahkan. Suami pula biasanya akan jadi tukang bawa beg tangan ini, kerana bukan hanya saiznya besar, beratnya pun bukan main!
KENAPA ISTERI BAWA BEG TANGAN BESAR?
Sekiranya si suami memahami dan seorang peka, dia akan tahu mengapa isterinya gemarkan beg tangan bersaiz besar. Jarang sekali mereka membeli beg tangan yang kecil, kerana fungsinya akan menjadi semakin kurang. Jangan dipertikaikan pilihannya itu, kerana kebanyakan masa suami pun suka tumpang barang dalam beg tangan isteri.
1. Mudah bawa barang anak
Kalau dilihat di dalam beg tangan isteri, bukan semua di dalamnya barang dia. Kebanyakan barang yang membuatkan beg tangannya menjadi berat adalah barangan anak. Tidak mahu renyah bawa macam-macam beg, jadi isteri akan pastikan dia menggunakan beg tangan bersaiz besar. Di dalam beg akan dimasukkan lampin, baju-baju anak, botol air, botol susu, bekas susu, segala barang mandian anak, tuala, alat mainan dan banyak lagi.
2. Ada pelbagai jenis ubat. Macam klinik bergerak! Kalau suami pening kepala ada ubatnya. Anak mengadu sakit perut, ada minyak angin. Kalau tiba-tiba ada yang selesema atau hidung tersumbat pun ada ubatnya. Minyak gamat pun ada! Mana tahu tiba-tiba ada yang terluka dan sebagainya. Ubat-ubat ini tidak diletakkan sembarangan tetapi dimasukkan dalam sebuah beg lain dan disusun elok sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan mereka pula.
3. Barang sendiri
Dalam beg tangan isteri ada juga barang mereka sendiri. Ada dompet, kunci rumah, minyak wangi, losyen dan alat mekap. Itu belum kira resit-resit perbelanjaan yang terkumpul. Belum sempat buat kiraan bajet.
4. Suami pun tumpang sekali
Suami tidak suka bawa beg sendiri. Biasanya akan keluar bawa dompet sahaja. Jika ada barang lain seperti power bank dan kunci yang berat-berat, semuanya akan disumbat masuk di dalam beg tangan isteri.
Bukan sembarangan ya, beg tangan seorang isteri dan ibu ini umpama poket Doraemon. Mana tahu anak tiba-tiba lapar pula, jadi di dalam beg isteri sentiasa tersedia snek ringan seperti biskut atau roti sebagai persediaan. Air kotak pun ada! Selain itu, ada juga yang bawa botol air anak, bukan ringan ya semua itu.
Benarlah, soerang isteri dan ibu sentiasa di dalam keadaan yang bersedia. Rasanya kalau segala macam senjata boleh muat masuk beg tangan mereka, pun akan dibawa. Oleh itu, jangan pertikaikan mengapa mereka bawa beg tangan yang besar kerana itu bukan kerana fesyen. Semua itu disebabkan mereka tidak mahu ada yang tertinggal sebaik keluar rumah bersama keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah, 8 bulan. Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut.
Menerusi perkongsian bapa Ainul, kelahiran Ainul ada hikmah disebaliknya.
13 haribulan 8, 2018 tarikh lahirnya.
Kenapa saya dan isteri kuat?
Sebab Surah ke 13, Ayat 8 ( Surah Ar-Ra’d )
” Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. “
Sebab itu kenapa dahulu saya pernah kata bahawa kehadiran Ainul Mardhiah ke dalam hidup kami sebenarnya membawa mesej dari Tuhan. Dan hari ini, mesej itu telah disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Allah SWT sebaik-baik perancang dan DIA lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Ainul Mardhiah bayi bertuah
Dalam posting lain yang dikongsikan Ahmad Safiuddin mengenai anaknya dia cukup bertuah memiliki Ainul walaupun diawal kelahiran pelbagai komplikasi dialami oleh Ainul.
Menurutnya selepas pembedahan pertama membuang ketumbuhan berjaya, Ainul sebenarnya dah ready nak balik rumah, kitorang suami isteri gembira sangat-sangat dengan khabar gembira tu setelah 3 bulan dia di hospital.
Tidak lama selepas itu, doktor sahkan ada ketumbuhan baru di lehernya. Waktu tu memang saya lost sangat. Allah je tahu.
Banyak kali saya lost sebenarnya.
Kali pertama masa saya dan isteri dah happy Ainul selamat dibedah tiba tiba dapat khabar bahawa Ainul tiada lelangit. Ambil masa juga untuk terima kenyataan tu.
And then bila ainul dah ready nak balik ke pangkuan, tiba tiba Allah uji sekali lagi dengan ketumbuhan yang kedua merangkap ketumbuhan yang menganggu mulutnya sekarang.
3 bulan pertama tu memang Allah je lah tahu perasaan kami suami isteri. Tapi alhamdulillah dapat balik kekuatan sebab kami kata ada ramai lagi yang ujiannya lebih hebat dari kami.
Apa yang kami buat, jalan terus. Allah tak suruh kami meratapi apa yang terjadi. Usaha dan doa. Kita manusia, tidak berdaya nak lawan ketentuan Tuhan. Redha dan jadikan ujian tu sebagai latihan buat kami.
Air mata pun dah tak ada dah. Kita tukar air mata dengan senyuman. Bila orang tanya khabar Ainul, kami akan jawab Ainul sihat sesihatnya dengan harapan ainul benar benar sihat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.