Anak mengamuk itu masalah biasa bagi ibu dan ayah. Biasa bagi kita sebagai ibu ayah tetapi janggal bagi orang yang tidak biasa dengan keadaan ini.

Melihat aksi anak terbaring sambil menangis kerana inginkan mainan atau makanan kegemaran adalah situasi biasa. Bagi yang tidak mempunyai anak atau masyarakat keliling mungkin merasakan hal ini sedikit menjengkelkan. Bagi yang kurang selesa, bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.


Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.

Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :

Anak Orang Lain Mengamuk, Kita Jangan Ambil Kisah,  Pesanan Doktor Ni Sila Ambil Perhatian!

IKLAN

1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama lamanya.

2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis

Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?

IKLAN

Anak Orang Lain Mengamuk, Kita Jangan Ambil Kisah,  Pesanan Doktor Ni Sila Ambil Perhatian!

3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.

4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.

IKLAN

5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.

Anak Orang Lain Mengamuk, Kita Jangan Ambil Kisah,  Pesanan Doktor Ni Sila Ambil Perhatian!

Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.

Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.

-Taufik Raziq-

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI