Makan macam-macam tapi berat anak susah naik? Sebenarnya anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab. Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik.
Secara asasnya, adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan tingkah laku pemakanan kanak-kanak secara beransur-ansur dan menambah lebih kalori dalam diet harian mereka.
Di sini ada beberapa petua untuk ibu bapa yang berasa risau tentang anak mereka yang kurang berat badan.
Fahami punca-puncanya
Berikut adalah antara sebab-sebab biasa yang menyukarkan kanak-kanak untuk mendapatkan berat badan ideal:
Isu hormon atau metabolisma
Penggunaan ubat- ubatan
Terlebih aktif yang boleh membakar kalori lebih daripada biasa
Alergi terhadap makanan
Tekanan psikologi daripada rakan-rakan sekeliling
Ibu bapa disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak. Jangan ragu-ragu untuk bertanyakan sebarang soalan atau kebimbangan untuk pemahaman yang terbaik tentang keadaan anak-anak anda. Memandangkan punca-punca boleh berlaku daripada ubat atau alergik kepada makanan, pakar kanak-kanak adalah orang yang boleh memberi diagnosis dan rawatan yang betul.
Ubah gaya pemakanan
Ads
Ibu bapa seharusnya memberi makanan dengan lebih kerap kepada anak mereka yang kurang berat badan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai saiz perut yang kecil, jadi mereka perlu mengambil masa untuk menghabiskan sesuatu makanan sebelum boleh makan makanan yang lain. Oleh itu, anda boleh cuba berikan 5 atau 6 hidangan makanan sehari dan tambah sedikit snek di antara setiap hidangan makanan.
Ibu bapa juga seharusnya perlu menekankan kepada kepentingan jadual waktu makan. Kekalkan ia pada suatu tujuan khusus dalam sehari dan beritahu anak anda kepentingan pengambilan makanan yang sihat supaya mereka seronok mengambil makanan tersebut.
Berbanding memaksa kanak-kanak untuk meninggalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, ibu bapa seharusnya cuba untuk menjadi contoh teladan yang baik buat anak mereka. Kanak-kanak selalunya akan meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Jadi, amalkan pengambilan makanan yang sihat dengan memasukkan makanan-makanan seperti buah-buahan dan makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian keluarga. Elakkan juga makan makanan segera.
Ads
Pilih makanan yang kaya dengan kalori dan nutrisi
Biskut, snek dan makanan ringan hanya kaya dengan kalori. Ianya tidak membekalkan sebarang vitamin yang sihat dan nutrisi kepada tubuh badan anak anda. Justeru itu, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua-dua kalori serta nutrisi, seperti berikut:
Mentega yang bersusu
Susu dan krim
Telur
Pisang
Avokado
Daging
Kentang
Buah-buahan tropika
Pilih snek dengan bijak kerana kanak-kanak kurang berat selalunya cepat berasa lapar. Mereka memerlukan jumlah kebiasaan untuk snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan kering, fit bar atau bijirin penuh gandum.
Ads
Tambah lebih kalori dalam makanan
Keju dan susu sering menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kalori dan nutrisi anak. Ibu bapa seharusnya cuba untuk membuat pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menukar cita rasa anak-anak mereka.
Taburkan keju pada sebarang makanan, tambah susu ke dalam sup atau buatkan semangkuk sup berkrim untuk anak-anak anda. Langkah ini sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan atau kanak-kanak akan berasa tidak selesa dengan perubahan yang boleh membawa kepada kesan yang sebaliknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur adalah makanan paling mudah nak disediakan buat anak kita. Selain kaya khasiat, telur juga tinggi protein untuk membantu tumbesaran anak. Tapi kalau telur yang kita simpan rosak macam mana pula?
Ada pendepat mengatakan cara penyimpanan telur mampu mengganggu kandungan nutrisinya. Betul ke? Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berikan pencerahan paling jelas untuk mama yang rasa ragu-ragu.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Kebiasaannya bila anak dah mula makan, menu utama mesti bubur nasi. Disebabkan mahu memastikan anak berselera makan, ibu akan cuba pelbagai resipi dan memasukkan pelbagau jenis sayur dan lauk.
Memang betul cara ibu untuk menarik dan beri rasa yang sedap pada makanan anak tapi jika ibu campurkan bubur nasi dengan ubi kentang ia kurang sesuai untuk bayi. Ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kembung perut atau sembelit.
“Sesuaikah jika saya menggabungkan nasi dan ubi kentang dalam menu bubur nasi anak saya?”
Jawapan : Kurang sesuai.
Kenapa ?
Kandungan Karbohidrat Apa yang perlu kita tahu tentang karbohidrat?
Kandungan karbohidrat Satu cawan beras rebus ada lebih kurang 41g Satu cawan beras putih (bijian pendek) ada kira-kira 55g
Setiap 1 biji ubi kentang (saiz sederhana dengan berat 210-230g) ada 37g
Jika hidangan 1/2 cawan bubur nasi bersama 1/2 biji ubi kentang, jumlah karbohidrat yang ada ialah 39g. Masih di bawah paras yang dibenarkan (95 grams per day for infant by The Institute of Medicine’s)
Namun kita kena ingat, yang didalam susu ibu/ susu segar juga mengandungi karbohidrat.
Dan, kedua-dua komponen ini (nasi dan ubi kentang) ialah ‘resistant starch’. Kanji tergolong dalam kumpulan karbohidrat kompleks (complex carbohydrates or starches).
Aktiviti penghasilan enzim amilase di pankreas bayi (pancreatic amylase activity) Oleh kerana keadaan usus yang masih belum matang sepenuhnya, penghasilan enzim amilase di pankreas bayi adalah masih diperingkat ‘awal’.
Untuk tidak menimbulkan rengsaan seperti kembung perut (bloating) dan masalah penghadaman seperti sembelit, nasi (sama ada bubur atau nasi butir) tidak dicampurkan ubi kentang.
Ambil sahaja kedua sumber ini secara berasingan. Bubur nasi bersama sedikit protein (ikan/ayam) dan sayuran yang kaya serat. Begitu jua dengan kentang. Lecek bersama sayuran dan sedikit isi ayam/ikan.
Risau bila ada anak yang memilih makanan. Walaupun itu mungkin perkara biasa namun kanak-kanak memerlukan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka. menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk memastikan si kecil mendapat nutrisi sebaiknya untuk membesar.
Perkongsian daripada pakar pemakanan, Puan Fizah Sobri mengenai tip untuk atasi picky eater dikalangan kanak-kanak mungkin dapat membantu ibu dan ayah melalui semua ini.
TIPS UNTUK PICKY EATER NO 1
Jangan lebih dari 25minit waktu makan
Lagi lama lagi susah untuk anak makan
Lihat perubahan perangai anak.
Jika waktu awal makan dah berubah mood
– maksudnya persekitaraan yang tidak sesuai untuk makan. Mengantuk? Marah? Baru lepas kena rotan? Merajuk?…
Jika waktu awal mood ok tapi tengah tengah mood tak ok
– maksudnya ada kaitan dengan menu yang dihidang. Adakah menarik?ada benda lain yang boleh alih perhatian (tv/ipad/gadget?)..
Jika waktu sepanjang makan ok tapi mood jadi tak baik bila dah nak akhir
– maksudnya ada kaitan dengan cara kita menguruskan anak waktu makan. Adakah terlalu memaksa? Sikit sikit nak cubit? Marah anak kalau tak makan?..adakah kita mengarah dari guide?
Nak jadikan waktu makan yang baik dan tidak melebihi 25minit..
Perlu makan bersama
– jangan biarkan anak makan seorang di meja
Pelbagaikan warna atas pinggan
– yang mana lebih menarik nasi sup kosong dan ayam goreng saja, atau nasi goreng dan sup sayur serta ayam masak merah? Dipadankan lagi dengan buah buahan
Ibu bapa perlu jadi role model terbaik
– nak anak makan sihat ,ibu bapa juga perlu makan sihat
Jangan ada gadget di meja
– tutup tv, tutup ipad, tutup gadget..eating time is family time
Makan ON TIME
– jadual makan yang konsisten dan waktu sama setiap hari akan membantu anak lapar pada masa yang sepatutunya
IT IS NORMAL…anak suka menu ni hari ni esoknya tak suka
IT IS NORMAL…anak kadang kadang habis atau tak habis makan
IT IS NORMAL…ada yang makan makanan tertentu atas pinggan
Mommies daddies jangan terlalu susah hati
Teruskan beri menu yang sihat dan seimbang
Konsisten dan be creative…lama lama anak akan terima juga ye..
Sekian
Mommy double AH
Sumber: Dietitian fizah
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.