Kehidupan kita berbeza dengan orang lain. Jangan dikisahkan dengan pengurusan masa bagi seorang ibu kerana ujian yang dialami kita berbeza-beza.
Ada ibu yang bergegas bangun awal untuk pastikan anak sampai awal ke sekolah namun ada pula ibu yang terpaksa menenangkan emosi anak yang tidak mahu mandi di pagi.
Jadi janganlah cuba menghakimi ibu-ibu di waktu pagi, lebih-lebih lagi yang terpaksa datang lambat hanya kerana gigih untuk uruskan anak-anak. Ikuti perkongsian Hana Ilhan Meeracle ini.
Kita bila tengok kawan-kawan sekerja yang datang lambat pepagi, janganlah mudah kita nak judge. Kekadang kita tak tau masalah dia.
Maybe rumahnya jauh, dia sanggup lambat sebab anaknya akan jadi orang pertama sampai sekolah. Gelap gelita lagi.
Kadang-kadang dia tidur lambat dan bangun awal, siapkan makanan anak-anak sebelum ke sekolah.
Ads
Kekadang ada anak yang pagi-pagi meraung dulu sebelum mandi, tapi sebagai ibu, tak nak marah sebab how we start a day, defines the day as a whole.
Ada orang rumahnya jauh dari orang lain, jadi walaupun tidur pada waktu yang sama, gerak pada waktu yang sama, orang yang lebih jauh tetap akan lebih lambat dari yang dekat.
Elakkan la kata ‘time management kena betul, anak baru tiga, akak dah lima’. Kekadang, anak anda mak ayah yang jaga. Start kereta jalan je. Ada orang struggle nak keluar simpang-simpang.
Elakkanlah kata ‘anak dah 3 pun tak pandai urus masa’ sebab, setiap anak lain cabarannya. Lagi ramai anak lagi ambil masa nak adapt.
Lebih-lebih lagi kalau bujang lagi, sibuk komen orang datang lambat. Memang dalam hati orang yang dikata tu ‘nanti ko ade anak, ko tau le’.
Ads
Ada orang depressi, memang dia paksa diri ke tempat kerja jangan pula kita mengomen ‘eh, ape yang ko stress sangat?’
Atau ada pulak yang komen ‘orang lain semua dah sampai, ko tak sampai lagi’. Baik tukarkan kepada ‘tengok awak tergesa-gesa, kenapa?’ lebih membina. Bila dibalas kenapa jangan pula balas ‘alasan je tu’. Haha memang minta musuh.
Memang tidak dinafikan orang menilai dari luaran, kerana manusia tak sempurna. Kalau lambat maksudnya lemau, lambat maksudnya tak pandai kerja, lambat maksudnya tak cemerlang. Namun manusia tu hanya ada 1 badan, 1 otak.
Kalau dia lousy sebagai pekerja, mungkin dirumah dia seorang isteri, ibu dan anak yang baik? Kalau dia seorang pekerja yang cemerlang, mungkin dia bukan isteri, ibu dan anak yang bagus. Dan mungkin yang lambat kerjanya lebih bagus dari yang awal?
Ads
So, jomlah jaga tepi kain sendiri. Jangan dok heboh siapa lambat hari ini k.
Anak-anak harus di didik adab-adab meminta izin dan menjaga pandangan. Di dalam Al-Quran, wujud ayat menekankan keperluan mendidik anak-anak untuk menghormati waktu-waktu tertentu dengan meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa pada tiga waktu;
✔ sebelum solat Subuh
✔ waktu Zuhur
✔ selepas solat Isya’
Sebagaimana yang dihuraikan dalam Surah An-Nuur, ayat ke-58.
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Biar anak tahu batasan dan had di dalam rumah. Aurat ibu ayah harus dijaga. Jangan ambil mudah.
Anak akan belajar dari apa yang dilihat. Asingkan tempat tidur seawal yang mampu mengikut kemampuan dan keupayaan anak. Sebolehnya anak umur 6- 7 tahun, sudah tidak tidur bersama ibu ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila si kecil baru ‘dapat kaki, makin aktif meneroka. Tapi kejadian yang menimpa bayi ini benar-benar memilukan boleh dijadikan pengajaran.
Keadaan sekeliling di rumah boleh menimbulkan bahaya kepada si kecil. Tanpa sengaja dan tidak dijangka, pelbagai kecederaan dan kemalangan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Hawa ini boleh dijadikan teladan buat ibu ayah. Anak sulung, Nur Medina Arisha melecur 15% pada badan dan muka kerana tertumpah air panas.
Segalanya berlaku dengan pantas tetapi tindakan tangkas si ibu tanpa panik menyelamatkan si kecil daripada cedera lebih teruk.
MAAFKAN IBU
Dalam perkongsiannya di sebuah grup ibu-ibu, Hawa memberitahu anaknya mengalami lecur 15% pada mata dan badan dan akan terus mendapatkan rawatan susulan sehingga pulih. Dia juga mohon doa daripada semua agar Nur Medina terus kuat dan pulih.
“Ini keadaan terbaru ank saya, melecur 15%. ata ada luka ckit kata doktor selaput luar. Tapi kena tunggu lagi beberapa hari untuk follow up mata dan lecur pada badan. Doakan semoga anak saya kuat.”
CAPAI BEKAS AIR ATAS MEJA
Mengimbas kembali kejadian mencemaskan yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu, Hawa tidak menjangka tindakan Media mencapai bekas berisi air panas yang diletakkan di atas meja.
“Anak sy capai tupware yang berisi air panas atas meja. Saya baru gerak dari meja bila saya berpaling tengok anak tengah berjengket nak capai bekas air panas tu…
“Saya berlari nak hlang tapi tak sempat air panas terus tersiram pada anak. Tak berlengah saya terus bawa anak ke bilik air masukkannya dia dalam tong berisi air sejuk untuk meredakan panas tu.
Dalam kekalutan dan tangisan Media, ibu ini terus berfikir dengan pantas. Tidak panik, Hawa bertindak cepat meminta bantuan jiran membawa dia dan anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
KESAN MELECUR
Menurut Hawa ketika dihubungi Pa&Ma, Medina mengalami lecur pada bahagian badan, tangan kiri dan kanan. Pada wajahnya pula, kesan melecur jelas kelihatan dari kening ke bawah.
Kejadian tidak diingini itu juga turut mencederakan mata si kecil ini. Menurut ibu ini, doktor memaklumkan terdapat kesan luka sedikit, bagaimana pun ia tidak begitu dalam. Diberikan ubat jenis titis, rawatan susulan terus diterima untuk memastikan permata hatinya itu sembuh seperti sedia kala.
HATI-HATI BILA ANAK DAPAT KAKI
Yang terjadi telah pun terjadi, ibu ini berharap kisahnya ini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain khususnya yang mempunyai anak kecil yang baru boleh berjalan. Perlu sentiasa diperhatikan agar terhindar perkara yang tidak diingini. Hawa merayu ibu bapa supaya berhati-hati.
“Pesanan saya untuk ibu bapa lain, saya rayu berhati-hatilah menguruskn anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ ni. Lasaknya lain macam… jangan sesaat kita cuai akibatnya menyesal. Jangan terjadi kejadian seperti saya ni.
BAGAIKAN TERSIAT KULIT UMMI……..
“Saya pun berhati-hati selama ni akhirnya saya kecundang beberapa saat terlepas pandang. Sakit yang anak tanggung bagaikan tersiat-siat nya kulit ummi ni,” kata Hawa mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.