Anak Paling Kita Rasa Mencabar Perangai Dia, Itulah Yang Sama Personaliti Dengan Kita

Share

Ibu bapa guru pertama anak-anak. Apa yang dia perhati, dengar itu yang akan dia ikut. Bukan setakat perhati tetapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya dua ke tiga tahun ke atas, yang sudah pandai memerhati dan meniru perlakuan.

Bukan setakat tingkah laku, tetapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan apabila difikir-fikir. Kadang-kadang kita sendiri tidak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.

Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri.

Seperti perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, anak yang kita rasa mencabar itu ada kemungkinan sama dengan personaliti ibu ayah.

Tahu tak? Anak yang paling kita geram. Anak yang paling kerap “bergaduh” dengan kita. Anak yang paling kita rasa mencabar perangai dia, sebenarnya…Itulah anak yang biasanya paling sama personaliti dengan kita. Itulah sebenarnya perangai kita pun.

So, macam mana nak handle?

1. Tegur anak dengan cara yang kita rasa kita OK untuk ditegur.

2. Layan anak dengan bahasa cinta yang sama dengan kita : kalau kita jenis suka sentuhan, sentuh juga anak tu selalu. Peluk dia. Kalau kita jenis suka hadiah, bagi dia hadiah simple-simple – bunga ke, kapal terbang kertas ke.

3. Setiap kali anak kita buat kita sakit hati, cuba bayangkan kita yang tengah jadi anak tu. Kenapa kita buat macam tu? Understanding is the key to communication.

Fahamkan anak kita tu. Baru senang kita nak handle. Cuba reflect diri kita, atau diri pasangan kita dalam diri anak kita. Match kan. Reflect selalu.

Nanti, InshaaAllah kita akan rasa lagi mudah nak uruskan perangai anak kita.
Sebab…Rupanya….Kalau tak sama dengan perangai kita…Sama dengan perangai husband kita…Kan?

Kredit: Siti ‘Aisyah Rozalli

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
Wan Amy