Sepanjang anak membesar dari lahir hingga usia 6 ke 7 tahun, sebenarnya apa yang paling penting kita kena monitor tengok? Pandai ABC? 123? Lancar membaca?
Semua dah ke arah akademik kan. Abaikan dulu 3 elemen ni kalau anak masih belum boleh tingkatkan:
1) kemahiran bersosial
2) kemahiran emosi
Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian mengenai perkembangan kemahiran sosial dan emosi sangat penting pada anak kecil yang akan melangkah ke alam persekolahan.
Dua kemahiran penting ini anak hanya boleh kuasainya dengan cara BERMAIN. Dua kemahiran ni takde diajar dalam mana-mana kelas. Tak boleh nak tunjuk guna buku.
Anak perlu lalui proses bermain. Daripada bermain inilah dia akan dapat pengalaman sebanyak yang mungkin untuk diri dia sendiri kuasai 2 kemahiran tadi.
Cerita tentang bermain dalam hidup anak-anak. Sebenarnya kan, ada 6 TAHAP BERMAIN yang perlu ada pada anak-anak kecil kita.
Kalau anak tak mampu nak kuasai salah satu daripada 6 TAHAP atau CARA BERMAIN ni, kemungkinan besar akan berlaku masalah atau konflik dalaman bila dia dah mula masuk alam sekolah nanti.
6 TAHAP BERMAIN yang mesti anak kuasai :
1) Unoccupied Play
Cara bermain untuk anak usia hari pertama lahir hinggalah capai 2 tahun. Lebih kepada exploratory play. Maksudnya cara main anak-anak yang cenderung dengan pergerakan tubuh badan sendiri.
Anak-anak cuba nak discover tubuh badan dia dengan pergerakan tangan, kaki, kepala. Pada waktu ni, dia baru nak develop kemahiran motor kasar dan motor halus.
2) Solitary Play
Solitary play maksudnya anak akan mula bermain sorang-sorang. Dia dalam dunia dia sendiri. Belum berminat nak orang join dia atau dia join orang lain main.
Tahap solitary play ni adalah untuk anak usia 18 bulan hingga 3 tahun. Maksudnya bila anak dah mula pandai main atau manipulasi toys dan objek yang ada kat sekeliling dia.
Waktu ni anak lebih cenderung nak explore segala apa yang dia pegang. Dia nak tahu apa cause and effect objek/toys tu. Dia baru nak belajar dan bereksperimen dengan dunia sekeliling dia.
3) Onlooker Play
Okay. Waktu ni anak dah mula tunjukkan minat pada budak-budak lain yang bermain. Tak kiralah budak tu sama sebaya, lebih muda atau lebih tua dari dia.
Tapi, dia baru tunjuk minat je. Dia belum ada keinginan lagi untuk “JOIN SEKAKI” main dengan diorang. Anak cuma perhati kawan tu main dari jauh je.
Dia just tepuk tangan, tolong gelakkan, tunjuk rasa excited tengok budak lain main atau kadang-kadang duduk diam je tengok.
Usia anak yang ada corak Onlooker Play ni ialah 2.5 tahun hingga 3.5 tahun.
4) Parallel Play
Yang ni pun khas untuk anak yang masuk usia 2.5 tahun hingga 3.5 tahun.
Cara Parallel Play ni ialah bila anak mampu tiru cara budak lain main. Tadi yang Onlooker Play dia tengok je kan. So, yang kali ni dia boleh meniru atau imitate cara kawan tu main.
Sama ada dia tiru waktu tu juga (semasa budak lain tengah sibuk main) atau balik rumah nanti dia ingat semula memori tu dan dia mainkan semula dengan cara yang sama.
Parallel Play pada anak ni pun kita boleh lihat bila dia boleh main kat sebelah budak lain, main mainan yang sama macam kawan sebelah dia main, tiru aksi kawan tu main.
Tapi, still dia belum lagi “join sekaki” main sama-sama atau berinteraksi antara satu sama lain. Masih bermain dalam dunia dia sendiri walaupun tengah duduk sebelah kawan.
5) Associative Play
Sekarang dah tiba masanya anak mula berminat untuk bermain dan berinteraksi dengan budak lain. Dia dah tak kisah pada mainan yang dia pegang.
Anak cenderung untuk berkawan dan mencari kawan. Dia nak main toys sama-sama, nak imagine sama-sama, nak gelak sama-sama dengan budak lain. Waktu ni diorang akan main ikut suka je. Belum pandai nak susun lagi tema bermain.
Associative Play ni adalah permulaan pada anak untuk bina kemahiran sosial dengan budak-budak lain yang bermain bersamanya. Usia yang sepatutnya anak mula ada pada tahap bermain yang ini ialah dari 3 tahun ke 4 tahun.
6) Cooperative Play
Tahap bermain yang ini adalah tahap kemuncak pada cara anak-anak bermain. Mereka dah mula pandai untuk susun tema bermain dan bermain sama-sama ikut tema yang ditetapkan.
Anak yang berusia 4 hingga 6 tahun ke atas sepatutnya dah menguasai bentuk bermain Cooperative ni.
Anak pada usia ini akan belajar cara untuk bertolak-ansur, berkongsi mainan dan bermain sama-sama. Diorang juga akan belajar bagaimana untuk mengawal emosi ketika bermain bersama kawan.
************************************************
So ibu ayah, nampak macam simple je kan bila tengok anak-anak bermain ni. Tapi, 6 tahap bermain yang zaty share ni memang akan diteliti oleh pakar atau therapist untuk tengok sama ada perkembangan anak kita normal atau tak.
Memang something wrong kalau anak usia 5 tahun masih main sendiri-sendiri dan tak berminat untuk join sekaki dengan kawan yang lain.
Kalau mana yang hantar anak ke taska/tadika/playschool, InshaaAllah perkara ni akan dilihat oleh cikgu kat sana. Atau kita boleh tanya mengenai perkembangan bermain anak.
Macam fayyadh dia 24 jam duduk dengan zaty. So cara zaty monitor tahap bermain dia adalah bermain bersama-sama dengan dia setiap hari.
Setiap hujung minggu pulak wajib bawa fayyadh pergi playground yang ramai budak. Kat situ boleh nampak fayyadh main ikut perkembangan usia dia ke tak.
Sumber: Ezzaty Suffian