Mungkin ramai ibu bapa tidak tahu bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum anak-anak mencapai tahap matang untuk menguasai teknik sebenar membaca.
Kenapa perlu buat persediaan awal?
-> Supaya dapat membantu anak-anak untuk membina dan memahami penggunaan ‘bahasa’ mereka.
Bila masa yang sesuai untuk mereka memulakan persediaan membaca:
-> Seawal usia 1 hari selepas dilahirkan
-> Ransangan awal dapat melatih anak-anak untuk lebih bersedia mempelajari teknik asas membaca iaitu MEMBERI PERHATIAN & MENDENGAR
Ads
Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh persediaan ini? Jom fahami teknik mudah P.T.R.S.:-
P (PLAY ) = Bermain merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan anak-anak. Luangkan masa untuk bermain dengan mereka. Ajak mereka bermain aktiviti yang melibatkan motor kasar dan motor halus bagi meransang perkembangan fizikal, sensori & kognitif mereka. Contohnya seperti bermain bola, membina blok bangunan, menyusun puzzle dan sebagainya.
Ads
T (TALK) = Sentiasa berinteraksi dengan mereka untuk menggalakkan komunikasi yang berterusan. Sesi soal jawab bersama anak-anak membantu mereka untuk berfikir dalam memahami setiap ayat yang digunakan.
R (READ) = Duduk dengan mereka untuk membaca buku cerita bersama-sama. Walaupun mereka masih belum boleh membaca secara sendiri, aktiviti membaca bersama anak boleh membantu mereka untuk belajar menyebut bunyi. Penggunaan nada dan intonasi yang berbeza akan menarik minat mereka untuk turut serta membaca.
Ads
S (SING) = Nyanyi lagu-lagu berima untuk melatih mereka mengenal bunyi perkataan yang disebut. Muzik dan rentak lagu sememangnya membantu mereka untuk mengenali perkataan baru
**Mudah bukan? Tunggu apa lagi..jom sama-sama praktiskan di rumah dengan anak-anak anda.
Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.
Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.
Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?
Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?
Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.
Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.
Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:
1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?
Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).
Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang cerdik dan pintar perlu dirangsang dari awal. Ibu ayah dan orang di sekeliling memainakn peranan sangat besar.
Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar. Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya. Rangsangan otak yang awal akan memberikan impak pada fasa kehidupannya akan datang. Otaknya berkembang pesat pada tiga tahun pertama.
Otak bayi akan mula berhubung untuk membuat sambungan yang tidak terhingga banyaknya usia tiga tahun pertamanya menghasilkan berbilion-bilion sel dan beratus-ratus trilion sambungan. Sambungan ini nanti adalah penting untuk mewujudkan kemajuan perkembangan positif dan dibuat melalui pengalaman positif setiap hari, berulang dengan ibu bapa dan penjaga (taska dan pengasuh).
Maka, penting bagi ibubapa dan penjaga memastikan lapan perkara ini dilakukan pada bayi anda.
1.Respons bila bayi menangis
Setiap kali bayi anda menangis, jangan biarkan lama sebaliknya berikan respons. Ambil langkah untuk menenangkannya dengan mengusapnya dan hilangkan tangisannya. Sentuhan bonding dan respons positif seperti ini akan melatih otak bayi untuk memberikan isyarat emosi yang selamat.
2.Fokus dan perhatian
Bayi yang rasa selamat dan rapat dengan anda akan mula menerokai, belajar dan menyerap pelbagai perkara yang baru. Berikan respons dan tindak balas yang jelas kepada keperluan, kehendak dan apa juga aksi si manja. Otaknya yang sedang berkembang baik dan belajar menyesuaikan diri apabila anda memberikan tindak balas kepadanya secara konsisten.
3.Urutan bayi
Urutan akan mengurangkan ‘rentan emosi’, rasa selamat dan membuatkan bayi rasa ‘feel good’. Sentuhan anda akan akan menggalakkan pertumbuhan si kecil. Ia juga mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
4.Tindak balas kepada tangisannya dengan perkataan dan intonasi
Apabila dia menangis,cuba untuk memberikan reaksi dengan berkata-kata seperti “Alahai sayang mama, kenapa nangis?”. Dengan memberikan respons yang penuh kasih sayang dan kata-kata yang positif sebegini, otak bayi akan membentuk hubungan antara neural dan mencipta cantuman antara sel-selnya. Bayi juga akan secara tidak langsung akan belajar tentang perkataan, bahasa, tentang cause-effect dan skil berfikir.
5.Beri tumpuan kepadanya
Bila bayi sudah mula pandai menunjuk, pastikan anda memandang ke arah apa yang ditunjukkannya dan berikan reaksi. ‘Joint attention’ ini akan memberikan rasa betapa pentingnya apa yang dibuatnya kepada anda. Berkongsilah apa juga yang disukai dan perkara yang sedang dibuatnya.
6.Bermain bersama
Permainan seperti agah dan peekaboo akan memberikan peluang untuk si kecil belajar untuk memberikan respons kepada pergerakan mudah dan permainan yang berurutan. Mustahak untuk anda memdapatkan permainan yang sesuai dengan usianya supaya dia boleh menerokai dan berinteraksi. Alat permainan seperti patung yang melompat keluar apabila dibuka (Jack in the box) dan bongkah yang disusun bertingkat akan membantu si kecil belajar mengenai sebab-akibat dan berfikir.
7.Menyediakan tempat selamat untuk merangkak dan bermain
Pembelajaran non-verbal (spatial learning) sangat mustahak dan si kecil yag sudah merangkak akan mula belajar tentang ‘bawah, atas, dalam, luar, dekat’ dan ‘jauh’. Ini penting untuk si kecil menyediakan peta dalam mindanya tentang sekelilingnya dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika merangkak dan bermain.
8.Menyanyi sambil menggerakkan badan
Nyanyian sambil menggerakkan badan akan membantu si kecil untuk belajar tentang bunyi dan penyesuaiannya dengan pergerakan motor kasar dan halus. Anda juga boleh membacakan selawat dan zikir. Ia juga menggalakkan bayi belajar tentang ritma, bunyi-bunyian dan bahasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hadiah ulang tahun kelahiran walid Ainul ke-25 tahun, bukanlah barangan berjenama mahal tapi cukuplah melihat perkembangan Ainul yang dari sehari ke sehari sangat pandai dan bijak untuk belajar.
Terbaru dalam perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin ada memaparkan keletah Ainul yang sudah pandai memapah dan belajar untuk berjalan.
Dalam rasa terharu itu terselit perasaan syukur yang tak terhingga pada Allah SWT kerana siapa sangka Ainul hari ini cukup berbeza sekali berbanding di awal kelahirannya dulu.
Dalam video yang berdurasi selama 1:30 saat itu menunjukkan kesungguhan Ainul untuk bangun, memapah dan belajar.
Gelagat Ainul yang bersungguh-sungguh dan tak berputus asa itu cukup menghiburkan. Jelas terpancar perasaan puas hati di wajah Ainul apabila berjaya bangun dan berdiri serta memapah untuk melangkah dari satu tempat ke satu tempat.
Semua yang menonton video yang dimuat naik oleh walid Ainul ini pun rasa terharu dengan pencapaian Ainul hari ini.
Tak sangka Ainul boleh sampai tahap ni
Hebatnya aura Ainul menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
Hampir menginjak usia dua tahun ini, nampaknya perkembangan Ainul makin laju. Walaupun delay setahun kerana kekangan keadaan kesihatannya, Ainul dah mula dapat rentak untuk mengejar semula fasa perkembangannya yang tertangguh sebelum ini.
Sebelum ini dia dah boleh memanggil ‘mama’ dan itulah perkataan pertama keluar selepas setahun membuang ketumbuhan dalam mulutnya.
Kiranya berbaloi usaha walid dan mamanya yang bersungguh-sungguh untuk membantu Ainul membesar dengan baik selain usaha beberapa pihak yang sentiasa memantau perkembangan buah hati rakyat Malaysia ini.
Harapnya dengan kelahiran adik Ainul yang dijangka dalam masa terdekat ini menguatkan lagi semangat Ainul untuk jadi lebih pandai dan menjadi seorang kakak yang hebat.
Sumber: FB & IG Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.