Mungkin ramai ibu bapa tidak tahu bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum anak-anak mencapai tahap matang untuk menguasai teknik sebenar membaca.
Kenapa perlu buat persediaan awal?
-> Supaya dapat membantu anak-anak untuk membina dan memahami penggunaan ‘bahasa’ mereka.
Bila masa yang sesuai untuk mereka memulakan persediaan membaca:
-> Seawal usia 1 hari selepas dilahirkan
-> Ransangan awal dapat melatih anak-anak untuk lebih bersedia mempelajari teknik asas membaca iaitu MEMBERI PERHATIAN & MENDENGAR
Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh persediaan ini? Jom fahami teknik mudah P.T.R.S.:-
P (PLAY ) = Bermain merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan anak-anak. Luangkan masa untuk bermain dengan mereka. Ajak mereka bermain aktiviti yang melibatkan motor kasar dan motor halus bagi meransang perkembangan fizikal, sensori & kognitif mereka. Contohnya seperti bermain bola, membina blok bangunan, menyusun puzzle dan sebagainya.
T (TALK) = Sentiasa berinteraksi dengan mereka untuk menggalakkan komunikasi yang berterusan. Sesi soal jawab bersama anak-anak membantu mereka untuk berfikir dalam memahami setiap ayat yang digunakan.
R (READ) = Duduk dengan mereka untuk membaca buku cerita bersama-sama. Walaupun mereka masih belum boleh membaca secara sendiri, aktiviti membaca bersama anak boleh membantu mereka untuk belajar menyebut bunyi. Penggunaan nada dan intonasi yang berbeza akan menarik minat mereka untuk turut serta membaca.
S (SING) = Nyanyi lagu-lagu berima untuk melatih mereka mengenal bunyi perkataan yang disebut. Muzik dan rentak lagu sememangnya membantu mereka untuk mengenali perkataan baru
**Mudah bukan? Tunggu apa lagi..jom sama-sama praktiskan di rumah dengan anak-anak anda.
Sumber: GymCademy Melaka