Anak Papa Ke Anak Mama? Ini Bezanya Cara Papa Bila Dengan Anak

Share

Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama memainkan peranan masing-masing dalam cara yang berbeza. Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas, mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi.

Bagaikan ada faktor chemistry antara keduanya, nyata perbezaan cara mendidik itu yang membuatkan peranan papa dan mama saling memerlukan antara satu sama lain dalam menghadapi kerenah dan perilaku anak-anak yang membesar.

Biarpun papa terkenal dengan karektor tegas dan garang namun tidak bermakna papa tidak boleh menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak. Mari kita perhatikan apakah kebiasaan karektor papa saat mendidik anak-anak.

1. Papa lebih kepada bentuk fizikal

Cara papa membina ikatan erat dengan anak iaitu dengan cara bermain dan bergurau senda. Papa gemar mendukung, menimang dan pelbagai lagi aktiviti lasak dengan anak. Kedengaran seperti kasar tetapi itulah cara papa dan ia amat disukai oleh anak-anak.

Semakin anak membesar, semakin banyak aktiviti fizikal papa lakukan bersama anak. Misalnya, bermain bola sepak, layang-layang, berbasikal dan lain-lain. Sementara, mama lebih terkenal dengan kebolehan memberikan kata-kata pujukan yang membuatkan anak berasa tenang dan bahagia.

2. Papa lebih cerewet

Waktu anak berusia bayi, papa cenderung untuk segera memujuk anak yang sedang menangis. Memujuk dengan kata-kata sayang memang kepakaran papa. Ia seakan tidak mahu si anak berasa sedih. Sementara mama pula lebih kepada sentuhan dan membelai bayi.

3. Papa hebat mengajar anak berdikari

Karektor pemimpin dalam diri seorang papa membuatkan dia gemar mendidik si anak belajar berdikari. Kadang kala cara dan sentuhannya nampak kasar dan kurang kasihan kepada si anak.

Hakikatnya papa mahu anak pandai berdikari, bijak mengendalikan emosi dan berani menerima kekalahan. Ketegasan yang ada dalam diri papa membuatkan dia kelihatan sanggup membiarkan si anak menangis kecewa dalam mempelajari sesuatu kebolehan.

Namun sebenarnya dia melakukan semua itu supaya anak membesar sebagai anak yang cekal dan berkeyakinan tinggi.

Apa pun keduanya sama diperlukan oleh anak untuk membesar sebagai insan yang cemerlang dan berjaya. Bagaimanapun bukan bermakna anak-anak yang sudah kehilangan papa sejak kecil tidak boleh membesar sebagai anak yang berjaya. Dalam situasi ini, mama perlu bijak memainkan peranan sebagai seorang papa juga.

Published by
Wan Amy