Cuba ibu ayah perhatikan bagaimana cara anak pegang pensel bila menulis. Kalau ikutkan ada beberapa style yang anak-anak guna masa menulis. Biasanya di usia anak 5-6 tahun kita dah mula nampak kecenderungan tersebut.
Seperti perkongsian Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, anak yang memegang dengan cara High Pressure Tripod grip ini akan buatkan mereka cepat letih menulis dan mungkin akan jadi lambat menyalin. Kenapa sedemikian, ikuti kupasan lanjut beliau.
Nampak cara anak ni pegang pensel? Ni namanya High Pressure Tripod grip. Kenapa saya kata high pressure atau tekanan tinggi? Tengok cara dia bengkokkan jari dia. Itu tanda dia gunakan tenaga dan tekanan yang tinggi.
Kalau tengok belakang kertas tu, memang berkesan sampai ke 2 muka surat tulisannya. Tahu apa kesannya kalau sampai ke zaman nak tulis karangan nanti dia masih guna high pressure tripod ni?
Dia akan:
1. Cepat rasa penat semasa menulis.
2. Lambat nak siap bila buat aktiviti menulis.
3. Selalu tak sempat nak salin di papan hitam.
Tahu apa akibatnya nanti? Dia akan rasa aktiviti menulis menggunakan pensel sangat memenatkan. Dia akan de-motivated.
Sayang…Ramai anak-anak yang pandai-pandai sebenarnya. Tapi, de-motivated nak belajar, sebab kemahiran tulisan tangan mereka rendah.
Bukan tak boleh menulis. Tapi, menulis lambat dan memenatkan. Jadi, nak buat apa kalau anak ada High Pressure Tripod grip ni?
Sebenarnya, masih acceptable untuk anak-anak guna high pressure grip sampai umur 7-8 tahun.
Sebab tu anak-anak darjah 1 & darjah 2 ramai yang ada masalah tak sempat salin di papan hitam ni. Dan tak berapa minat nak menulis.
Tapi, bukan bermakna kita kata “haa…ok lah tu sebab acceptable”…Kalau tak dilatih, tak dibantu, sampai ke Form 5 kang nak buat karangan 1119 anak mengadu penat tauuu….
Jadi, apa yang mereka perlukan? Dan macam mana kita nak bantu mereka menulis dengan lebih cepat dan kurang pressure?
1. Banyakkan latihan motor halus.
Ada antara kita ni, anak pandai je tulis A-Z, dah tak ajak anak buat aktiviti motor halus. Kesian anak. Dia masih lagi perlu latihan gitu sebenarnya.
2. Berikan lebih banyak aktiviti motor kasar yang melibatkan “upper limbs”.
Contohnya macam bergayut di monkey bar, main badminton. Semua ni akan kuatkan otot bahagian atas tubuh anak. Jadi, nanti mereka lebih mudah nak kawal pergerakan jari.
3. Berikan anak latihan menulis pelbagai corak.
Contoh macam dalam gambar tu. Corak-corak pra-menulis ni, sebenarnya penting untuk bantu anak koordinasikan pergerakan jari halus dia, dan buat dia selesa untuk mengawal pensel. Nanti, dia dah master guna pensel, dia akan kurang guna tekanan tinggi sebab dah lebih smooth.
TAPI….Ingat tau…Toksah paksa. Ajar anak ikut pace nya. Nak latih membaca menulis kat rumah ni, set satu hari 10-15 minit pun cukup dah.
Yang penting, konsisten. Dan tahu apa yang anak kita kurang, dan anak kita lebih. Lagi penting…Kita takmo stress.
Sebab, stress anak belajar baca tulis ni, biasanya sebab kita yang stress. Good luck semua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Kredit: OTAisyahRozalli
#GymCademy
#BengkelOnlineAnakHappyMenulis
#ParentsKidsAndBeyond
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)