Ada segelintir ibu bapa akan mengalami situasi anak ada masalah pelat. Mungkin masa awal-awal anak mula bercakap nampak comel je kan tapi jika tak diperbetulkan dan bawa jumpa pakar risau keadaan ini akan berterusan.

Biasanya pelat ini ramai yang menganggap sebab lidah pendek. Namun adakah ia betul? Menerusi perkongsian di portal MyHealth, pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi). Yang pasti ia berkait dengan organ lidah.

Anak Pelat, Susah Sebut Huruf ‘R’ & ‘S’ Bukan Sebab Lidah Pendek. Ini Puncanya! 

Menurut Pengamal Perubatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Khairul Izwan, selain berfungsi untuk merasa makanan, lidah juga membantu kita untuk bercakap dan bertutur dengan baik.

“Sebutan sesuatu huruf banyak dipengaruhi oleh pergerakan lidah kita.

Sebagai contoh, huruf R dibunyikan apabila hujung lidah digerakkan menyentuh bahagian langit-langit atas. Manakala sebutan huruf S dibunyikan apabila hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi kacip atas.

Bagi sesetengah individu, kebolehan menyebut huruf-huruf ini terbatas menyebabkan mereka menjadi pelat. Perasan tak ada kawan-kawan atau kita sendiri yang pelat dan tidak dapat menyebut huruf S dan R dengan jelas?

Ads

Anak Pelat, Susah Sebut Huruf ‘R’ & ‘S’ Bukan Sebab Lidah Pendek. Ini Puncanya! 

Cuba anda angkat lidah anda dihadapan cermin dan lihat pada bahagian bawah lidah. Perasan tak ada satu “benang” halus yang menyambungkan bahagian bawah lidah kita dengan lantai mulut?

“Benang” ini disebut sebagai lingual frenum/frenulum. Ianya berfungsi untuk menyokong kedudukan serta pergerakan lidah kita,” terangnya dalam status yang dimuatnaiknya di Facebook.

Ads

Menurutnya, bagi individu yang pelat, lingual frenum/frenulum ini lebih panjang bentuknya sehingga terbentuk lebih ke hadapan daripada posisi yang sepatutnya. Dalam keadaan begini, lidah akan terlihat seolah-olah pendek dan menyebabkan pergerakannya menjadi terbatas.

Sebab itulah pada individu begini, sebutan mereka menjadi terganggu sehingga kita menggelarkan mereka sebagai pelat. Keadaan ini disebut sebagai “tongue tie” atau “ankyloglossia”, jelas Dr Khairul.

Anak Pelat, Susah Sebut Huruf ‘R’ & ‘S’ Bukan Sebab Lidah Pendek. Ini Puncanya! 

Tambah beliau, tiada rawatan diperlukan jika keadaan ini tidak begitu mengganggu. Namun demikian, bagi sesetengah bayi yang lahir dengan tongue tie ini, mereka mempunyai kesukaran untuk menyusu.

Ads

Jika ini berlaku, maka pembedahan untuk memotong sedikit lingual frenum/frenulum ini diperlukan bagi memperbaiki posisi serta mengembalikan fungsi lidah mereka.

Semoga bermanfaat!

Kredit: MyHealth (Dr Mohd Khairul Izwan) & Sinar Harian

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Anak Pelat, Susah Sebut Huruf ‘R’ & ‘S’ Bukan Sebab Lidah Pendek. Ini Puncanya! 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI