Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Yakin diri, kenapa penting?
1.Memberikan imej diri positif yang akan menggembirakan dan memudahkan proses perkembangan.
2.Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru misalnya di taska atau di majlis.
3.Berupaya mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental.
4.Mengatasi halangan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
5.Tahu berdiplomasi dengan baik.
6.Boleh menerima teguran dan komen negatif tentang dirinya.
7.Bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan kepadanya.
8.Kekuatan emosi atau emotional intelligence yang memainkan peranan penting dalam kawalan emosi diri.
9.Kajian menunjukkan bahawa apabila si manja mempunyai keyakinan diri yang rendah mereka tidak yakin berbuat sesuatu untuk diri sendiri atau menggunakan kebolehan dan bakat mereka dengan cara yang terbaik.
10.Memberikan impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Kurang yakin diri juga menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari seperti menyebabkan tekanan perasaan, penyakit jantung koronari dan peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial.