Perasan tak apa yang kita selalu buat pada anak, mereka akan ikut dan buat semula. Kenapa ya? Soalan ini yang kerap diajukan oleh ibu bapa. Jawapan paling mudah adalah anak akan lihat, serap apa yang didengarnya ibarat seperti span.

Maria Montessori, antara tokoh terkenal yang memperkenalkan idea ‘The Absorbent Mind’ di kalangan kanak-kanak.

Apa maksudnya? Dengan bahasa mudah, otak manusia berfungsi untuk menyerap segala informasi dari sekeliling dengan deria yang ada. Hebat kan?

Anak Pemerhati Nombor 1 Mak Ayah. Jangan Terkejut Bila Kita Marah Anak Boleh Tiru

Otak juga berbeza antara otak kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Montessori lagi, orang dewasa memerlukan 60 tahun untuk menyamai fungsi otak kanak-kanak 3 tahun pertama! Fuh.

Sebab itu kita katakan pada 6 tahun pertama ada satu tempoh yang sangat kritikal. Otak kanak-kanak telah mencapai 85% kapasiti struktur otak utama (core brain structure). Ini membenarkan otak kanak-kanak menjadi asas yang kukuh untuk berkembang selepas umur 6 tahun.

IKLAN

Tiada apa yang salah bila kita sebut otak kanak-kanak ibarat span! Sebab ia akan serap apaaaa sahajaaaa yang ada disekeliling.

Bayangkan ada span depan mata. Ada banyak jenis air. Air kosong, Air sirap, Air milo basi, Air longkang, Air hujan, air peluh, Air musyammas (eh). Kalau kita campak span ke atas air tersebut, apa yang span buat?

Betul! Ia akan menyerap semua air yang ada. Selagi kapasiti serapan span itu tidak dipenuhi.

IKLAN

Air kotor ke, air bersih ke, air manis ke, span tetap bertindak sebagai span iaitu menyerap!

Berbalik kepada otak kanak-kanak, keperluan untuk menyediakan persekitaran yang positif amat perlu dan penting dari pelbagai perkembangan.

Anak Pemerhati Nombor 1 Mak Ayah. Jangan Terkejut Bila Kita Marah Anak Boleh Tiru

IKLAN

Contohnya,

Dalam perkembangan bahasa, ibu bapa digalakkan untuk menggunakan perkataan penuh berbanding pelat. atau, dewasa dilarang untuk berkata perkataan kesat. Sebab otak kanak-kanak akan menyerap semua perkataan tersebut tidak kira perkataan yang baik atau buruk.

Kita juga dilarang untuk menengking kanak-kanak kecil, dan memperbanyakkan pujian. Sebab ia memberi kesan kepada emosi kanak-kanak. Jadi, kita nak anak-anak kita ada emosi yang positif atau negatif?

Cantik Allah cipta otak manusia ni. Dan kita hampir tahu bagaimana ia berfungsi dengan baik. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan stimulasi yan positif kepada anak-anak.

Salah memberi ransangan akan memberi kesan yang berpanjangan kepada perkembangan mereka.

Sumber: Hazhari Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI