Anak Penggeli Ubatnya Main Pasir. Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor & Daya Fokus

Share

Apa anak dapat kalau main pasir? Ada tak anak-anak yang takut atau nampak macam geli je bila pegang pasir? Kalau ada anak-anak jadi macam tu, ini adalah pertanda yang menunjukkan anak berkemungkinan ada masalah sensori sentuhan (tactile).

Untuk permulaan, tarik perhatian anak dulu supaya dia berminat nak main. Bagi dia sentuh-sentuh sikit dulu pasir tu. Kemudian boleh sapu sikit-sikit pasir kat tangan dia. Masa dia sentuh atau kita sapu pasir pada tangan anak, anak mungkin akan menangis disebabkan dia ada masalah sensori tu, masa tu kita boleh kata “tak apa la, tak sakit pun” “Yeay! Seronoknya!”.

Aktiviti bermain pasir ni boleh juga kita pelbagaikan atau jadikan dia lebih menarik contohnya tanamkan guli atau objek bersesuaian secara tersembunyi ke dalam pasir kemudian beri arahan yang ringkas dan jelas pada anak untuk cari objek tu bagi meningkatkan fokus dan attention, meningkatkan kemahiran motor halus anak serta kemahiran mendengar arahan.

Bila anak berjaya jumpa objek yang disembunyikan tu, ibu bapa boleh puji anak untuk buat anak rasa teruja nak main. Contohnya “Pandainya adik!” “Wah! Dah jumpa!”.

Ibu bapa juga boleh ajak anak cedok pasir dan letak dalam cawan bagi melatih koordinasi tangan anak. Nak ajar kemahiran mendengar arahan dan kemahiran menunggu pun boleh tau masa main pasir ni. Caranya, ibu bapa cedok dulu pasir masuk dalam bekas, lepas tu giliran anak pula.

Selain itu, ibu bapa boleh ajak anak main tekap-tekap bentuk untuk tingkatkan kemahiran bermain dan boleh tambah input bahasa sekali masa bermain tu. Contohnya macam”Jom main pasir!” “Ni pasir” “Sentuh pasir” “Jom cari guli (objek yang disembunyi)” “Ibu nak warna merah (warna objek)”.

Dapat sesuatu dari perkongsian ini kan? Jadi tunggu apa lagi, nanti ajak anak main pasir sama-sama tau. Jangan pula kata takut anak makan pasir la, pasir masuk mulut la.. Itu la pentingnya ibu bapa untuk join main sekali sebab dapat pantau anak.?

Sumber: Aishah Kassim

Published by
Wan Amy