Menjaga anak perempuan memang payah. Banyak cabaran yang perlu dilalui. Sebenarnya banyak ganjaran pahala yang mak ayah akan dapat bila menyantuni anak-anak perempuan.
Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya. Macam anak lelaki, bila bercakap di telinganya semasa bercakap kita perlu berterus-terang dan jangan berkias-kias. Anak perempuan pula, apabila kita pandang matanya dia akan suka. Dia rasa macam kita beri perhatian penuh. Anak perempuan suka perhatian dan manja.
Perkongsian daripada Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Jaga anak perempuan itu tak mudah!
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan kerenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
Artikel berkaitan: Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan, Tak Perlu Garang Macam Singa
DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum dan inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid dan segala yang bersangkutan dengannya.
PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh anak perempuan itu berbeza daripada anak lelaki. Cara menegur nada tidak boleh terlalu tinggi.
CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangatlah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Baca lagi artikel: “Ajar Anak Perempuan Taat, Lelaki Buat Keputusan Sendiri” Cara Faezah Elai Didik Anak!
Bukan Mudah Jaga Anak Perempuan, Awal Kongsi ‘Method’ Didik Lara & Lyla
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my