Bapa merupakan pusat kesejahteraan emosi anak-anak, bapa juga adalah penjaga dan guru disiplin yang berkebolehan. Kajian menunjukkan bahawa jika ayah anak anda penyayang, menyokong, dan terlibat, dia dapat memberi sumbangan besar kepada perkembangan kognitif, bahasa, dan sosial anak anda, serta pencapaian akademik, sumber dalaman yang kuat, dan kesejahteraan diri.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah. Kajian ni juga dapati, lagi kerap kulit ayah menyentuh kulit bayi, lagi erat hubungan bayi tu dengan si ayah.
Menurut perkongsian Akif Basri di Twitternya pula, ada beberapa perkara yang memberikan kesan positif jika adanya penglibatan ayah dalam hidup anak-anak. Perkongsian ini diterjemahkan daripada buku Do Fathers Matter?
10 Fakta Tentang Pengaruh Bapa Terhadap Anak
Bapa Lebih Berpengaruh Dalam Membantu Perkembangan Bahasa Anak
Skil Sosial Yang Lebih Baik
Anak Perempuan Yang Rapat Dengan Ayah Lebih Tinggi IQnya
Sumber: Twitter Akif Basri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masa Kita Bersama Anak Hingga 13 Tahun Saja. Lepas Tu Dia Mula Cari Hidup Sendiri
Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan, mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita. Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja anak kita ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah membesar. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Kredit: Abdul Muiez Ruslee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlampau Selesa Dengan “Setiap Perkembangan Anak Berbeza”, Terapi Cara Kerja Kongsi Sebabnya
“Setiap perkembangan anak tu tak sama, biarlah dia belum pandai membaca” sambil di suakan gajet pada anak. Jika kita terlalu pegang kepada perkataan ‘tak apa’ tanpa berusaha untuk merangsang perkembangan anak, membiarkan anak sendirian tanpa komunikasi akhirnya anak itu sendiri yang akan ketinggalan.
Memang setiap perkembangan anak berbeza, tapi kalau 24 jam buka tv dirumah. Setiap kali anak menangis disuakan handphone.
Handphone dah jadi macam “bantal busuk” atau puting anak. Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv. Makan bubur hingga umur 6 tahun.
Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya. Tidak pernah bawa anak keluar berjumpa orang lain sebab takut berjangkit penyakit.
Nak atau taknak percaya saya cakap terpulang pada mak ayah. Tapi sini saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa:
1. Anak menangis ➡ Bagi handphone ➡ Anggap handphone sebagai ubat penenang ➡ Setiap kali menangis akan expect dapat handphone ➡ Tak dapat handphone ➡ Tantrum ➡ Speech delayed ➡ Tiada eye contact dan masalah sosial ➡ Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi
2. Letak dalam baby cot 24 jam ➡ Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat ➡ Tak pandai melompat di umur 3 tahun ➡ Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun ➡ Gross motor delay ➡ Speech delay ➡ Lenguh bila duduk lama di kerusi ➡ Masalah pembelajaran
3. Makan bubur hingga umur 6 tahun ➡ Kurang rangsangan oral motor ➡ Speech delay and picky eater
5. Gadget ➡ Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Delayed fine motor ➡ Susah untuk menulis ➡ Masalah pembelajaran
6. Gadget atau tv ➡ Tidak dengar apabila nama dipanggil ➡ Masalah terhadap Auditory Filtering ➡ Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting ➡ Speech Delay dan masalah fokus ➡ Masalah potty train ➡ Masalah pembelajaran
7. Overprotective ➡ Semua tak boleh main ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Geli nak makan sendiri ➡ Tak pandai butang baju sendiri ➡ Geli nak cuci berak sendiri ➡ Fine motor delay ➡ Masalah potty training ➡ Masalah skil urus diri ➡ Kurang keyakinan diri
8. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv ➡ Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan ➡ Takut bunyi blender atau vacuum ➡ Speech delay
9. Semua mak buat sampai umur 6 tahun ➡ Makan bersuap ➡ Baju seluar dipakaikan ➡ Tidak pandai menulis ➡ Tak pandai makan sendiri ➡ Tak pandai baju seluar sendiri ➡ Pakai diaper ➡ “Tangan keras” tak pandai kutip benda halus ➡ Delayed fine motor
Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kebanyakan berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang “denial” tak nak sedar kesilapan diri sendiri. Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu “tangan dah keras”, “lidah pun keras” nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun.
Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa-apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya.
Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan “setiap perkembangan anak berbeza” tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.
Kalau tidak tahu macam mana nak merangsang perkembangan anak, belajar dari orang yang sepatutnya bukannya dari Encik Google semata-mata.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Kredit: Maryam Jamadi
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jimat Masa Nak Lembutkan Daging, Ruang Pun Jimat, Idea Ni Terbaik!
Senang hati bila nampak kesemua barangan basah tersusun cantik dalam peti sejuk. Pun begitu bagi memudahkan proses memasak dan menjimatkan ruang simpanan, kaedah menggunakan plastik dirasakan lebih sesuai.
Perkongsian Pn Fida Ashaar mengenai cara menyimpan barang basah menggunakan plastik ini boleh dicontohi. Bukan saja menjimatkan masa bahkan rasa manis daging pun masih kekal elok. Bukan saja barang basah, daun-daun herba pun boleh disimpan kemas dan peti sejuk.
Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.
Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual. Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.
Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.
Kemudian dia pun bercerita,
“Ohhh Kak Fida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik. Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.
“Ehh bakpo nok lekatnyo Kak Fida. Lepah (lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah (bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”
Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan. “Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.
Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging. Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.
Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak. Paru pun aku rebus siap-siap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.
Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah. Keluarkan dan rendam ja dalam air. Ehh betullah, Lebih cepat defrost berbanding dulu.
Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.
Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.
Tengkiu jiran bagi tips berguna. Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong. Tapi tetap ada isi.
Menarik: Atuk Kena Teman Pusing-Pusing, Birthday Jeanelle, DS Ismail Sabri Curi Tetap Luang Masa!
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Pn. Fida Ashaar via Lubuk Resipi Viral
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI