Pahit untuk ditelan tapi inilah hakikatnya. Anak pertama semua nak perfect. Tapi bila anak kedua dan seterusnya dah tak kisah? Mungkin tak semua, tapi banyak juga yang berlaku. Anak pertama ditatang dengan penuh kasih sayang. Semua ilmu, kemahiran, segala benda daripada sekecil-kecil mengucapkan terima kasih, adab, menconteng, abc, sehinggalah mereka pandai semua benda. Perasaan begitu teruja untuk menjadikan dia “Best In The World”.

Anak Pertama Semua Nak Perfect. Kenapa Bila Anak Kedua Dan Seterusnya Dah Tak Kisah?

Sanggup mengajarnya tanpa penat dan jemu. Kagum jika mereka berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri setelah diajari kita. Pendek kata mereka yang diibarat kain putih memang bersungguh-sungguhlah dicorakkan segala genap sudut kain. Seolah-olah dialah anak pertama dan terakhir.

Tapi mengapa bila tiba anak kedua dan seterusnya perasaan teruja itu mulai pudar? Tidak boleh mendidik seperti mana anak pertama tadi?. Mengapa tidak mengajar mereka mengucapkan terima kasih, adab, bermain dan sebagainya seperti mula-mula mendapat anak pertama tadi?

Adakah perasaan teruja memiliki anak-anak lain tidak seperti terujanya ketika mendapat anak pertama?

Atau sudah penat untuk melayan karenah anak-anak?

Atau mungkin juga beranggapan anak-anak lain akan belajar melalui kakak atau abangnya?

Ads

Kadang-kadang keterujaan ini makin lenyap bila masuk anak ketiga, keempat dan sebagainya. Jadilah anak bongsu itu kadang-kadang terkontang-kanting belajar sendirian.

Perasan tak mengapa anak bongsu dikatakan manja?. Antara sebabnya adalah mereka tidak mendapat didikan terus daripada ibu bapanya. Sebaliknya hanya melihat melalui abang-abang dan kakaknya.

Didikan ibu bapa yang seharusnya mengajar anak-anak memahami erti kehidupan supaya anak faham agar tak semua benda yang kita mahu kita akan dapat. Setiap anak-anak perlu mendapat didikan yang sama barulah mereka semua akan seimbang

Ads

Anak Pertama Semua Nak Perfect. Kenapa Bila Anak Kedua Dan Seterusnya Dah Tak Kisah?

Ingatlah. Anak-anak hak ibu bapa. Mereka berhak mendapat kasih sayang dan didikan yang sama.

Jangan dimarah bila anak kedua atau selepas-lepasnya ada yang kurang dari segi pembelajaran / sahsiah dan tingkah laku tidak seperti anak pertama

Ads

Dan jangan pula membandingkan mereka yang kurang pandai dengan abang atau kakak mereka yang lebih pandai

Lihat semula bagaimana kita mendidik mereka.

Tepuk dada tanya diri “Cukupkah aku mendidik mereka?”

Sumber: ibubapaprihatin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI