Ya Allah, seramnya tengok luka sunat anak melekit-lekit!” Itulah perasaan ramai ibu ayah bila anak pertama bersunat. Nak cuci takut sakit, nak sentuh pun anak dah meraung. Tapi jangan risau!
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini. Dan kami olah kan menjadi infografik bersiri.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
TEMPOH NAK SEMBUH
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci .
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen
RUJUK GAMBAR BERKAITAN BERKHATAN
Sumber: Dr. Adelin Zin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak tak sihat, macam-macam difikirkan sehinggakan kerja pun terganggu. Selagi anak tak baik dari demam atau batuk, lagilah nak tidur pun tak lena. Lagi satu kalau anak batuk berpanjangan lagi susah hati.
Melalui perkongsian ibu ini, Huda Rahman dia ada berkongsikan hirisan kentang mampu membuatkan batuk anaknya hilang tanpa makan ubat. Senang dan tak perlu keluar belanja yang besar.
Hari tu anak Huda on off demam. Sampaikan minggu lepas baru ok. Bayangkan lama tak lama dia demam danasyik on off cenggituu.
Yee lah mak mana yang tak susah hati. Lagi-lagi budak kecil, Huda tak nak ajar sangat dia dengan segala ubat, usus budak pun masih tak kuat.
Bila demam dah ok, dia mula batuk pulak. Allahu Tuhan saje yang tahu seksanya tengok anak kecik batuk. Sampaikan malam dia tak boleh tidur. Disebabkan budak kecik dia tak ada ubat untuk batuk kan, so Huda cuba minyak bawang putih. Tahan sekejap, lepas tu. Batuk balik.
Huda tak tahan sekali bukak cik Google, Huda terjumpa petua ni. ( Petua menghilangkan batuk bayi menggunakan kentang). Dalam hati berserah je kat Tuhan dah macam cara buat.
Malam yang pertama Huda buat ini lar hasilnya. Time dia tidur letak kentang dalam stokin hiris nipis-nipis. Sekali bangun esok habis hitam kat kentang.
Malam kedua buat kentang tak sehitam ni. Dan malam ketiga buat kentang still segar kekuningan.
Anak Huda pun dah tak ada batuk-batuk lagi. Dah boleh tidur nyenyak macam biasa dah.
Khasiat dia bukan sekadar untuk batuk, demam, selesema pun boleh guna cara ni. Senang bukan? Korang yang pening pikir nak hilangkan batuk anak cuba lah petua ni.
Mana tau sesuai dengan anak Korang. Tak cuba tak tahukan. Guna bahan dari dapur je.
Setiap anak yang dilahirkan mempunyai kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan bakat terpendam anak yang mungkin ibu bapa sendiri tak perasan sehinggalah suatu hari mereka menunjukkan skilnya tersendiri.
Salah satu contohnya adalah pada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang begitu berbakat sekali dalam bidang solekan dan tular di TikTok sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi TikTok rahmadanidina1112, jika kanak-kanak lain suka permainan anak patung, lego, kereta dan sebagainya, bagi anak kecil ini, set barangan make up buat dirinya teruja.
Dengan gaya yang bersahaja dan tidak kekok menggunakan bedak, foundation, lipstick, eyeshadow memang cukup buatkan sesiapa sahaja kagum dengan si cilik ni dan video tutorial make upnya itu telah ditonton lebih 7.3 juta.
Tambah pula, cara dia menggunakan barang make up nampak begitu pro sekali dan hasilnya sangat wow!
Dalam perkongsian video si cilik ini, menunjukkan skil dia make up wajah saudaranya sangat sempurna sekali. Kalah kita yang orang dewasa ini.
@rahmadanidina1112 Haiii onty” cantik.,, hari ini dede nayla lagi belajar makeup pakai produk @muaq.id… dede pakai foundation MUAQ shade jawa yg cocok bgt buat kulit sawo matang, terus di bland pakai beauty blendernya MUAQ, dede juga pakai tap and bakenya Muaq x nanathnadia buat aplikasiin bedak tabur, dede juga pakai kuas…. Semoga kalo dede udah besar bisa jadi MUA sukses. MUAQ x JOVANKA #MUAQ#beYOUnique#MUAQbeauty#createperfection#muaqtroops♬ Baby Shark Breakbeat – Dede Sabunge
Menerusi kedua-dua video itu, ramai yang memuji dan yakin jika bakat si kecil ini diasah, pasti akan menjadi jurumekap profesional suatu hari nanti. Tak semua orang mampu lakukan dan ini adalah anugerah Allah.
“Adik boleh buka satu kelas, mesti ramai nak join”
“Part mata tu, jadi pelukis pun lepas adik ni nanti 😁”
Pakar terapi pertuturan (speech and language therapist) baik di dalam mahupun luar negara banyak berkongsi tentang masalah kelewatan pertuturan (speech delay) di kalangan kanak-kanak masa kini. Ramai daripada kita yang mengaitkan peningkatan masalah ini dengan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak dari usia yang terlalu awal. Dalam apa jua hal, gajet tidak seharusnya dipersalahkan kerana ibu bapalah yang sepatutnya mengawal gajet bukannya membiarkan gajet mengawal kehidupan seharian anak-anak kita.
Perkembangan pertuturan, bahasa dan komunikasi kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat dari usia lahir sehinggalah usia 5 tahun. Perkembangan ini sangat dipengaruhi oleh KUANTITI DAN KUALITI interaksi dan komunikasi di antara IBUBAPA DAN ANAK pada usia awal ini.
“Tapi anak saya belum boleh bercakap, takkan saya nak cakap dengan dia?”
“Kalau saya beri anak saya gajet,beri tengok tv, banyak benda yang dia boleh belajar walaupun dia belum bercakap.”
KENAPA PERLU BERCAKAP DENGAN ANAK YANG BELUM BERTUTUR?
Dari kajian* longitudinal yang dibuat oleh Rowe (2012) ke atas 50 orang kanak-kanak yang berusia 18,30,42 dan 54 bulan didapati bahawa:
1) Kosa kata yang dimiliki oleh kanak-kanak pada USIA 30 BULAN (lebih kurang 2.5 tahun) dipengaruhi oleh jumlah perkataan yang digunakan oleh ibubapa ketika bersama dengan anak SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna jika ibubapa mahukan supaya anak mempunyai banyak kosakata untuk digunakan dalam pertuturan, ibubapa perlulah banyak bercakap dengan anak walaupun anak masih belum bercakap ketika usia 1-2 tahun.
Biar anak MENDENGAR perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk diajuk dan digunakan kemudiannya.
Ingatlah, kesan interaksi di antara ibubapa dan anak berbeza dengan kesan interaksi di antara mesin (gajet/tv) dengan anak. Anak memerlukan ‘human touch’ bukannya ‘machine engagement’ supaya anak membesar menjadi manusia bukannya robot.
2) Kosa kata yang dimiliki oleh kanak-kanak pada USIA 42 BULAN (+- 3.5 tahun) dipengaruhi oleh pelbagai penggunaan perkataan yang sofistikated oleh ibubapa SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna, pada usia 2-3 tahun kanak-kanak sudah bersedia untuk mendengar, meniru dan mempelajari perkataan yang lebih sukar atau sofistikated daripada ibubapa. Bertuturlah menggunakan perkataan penuh yang betul. Tanyalah “Adik nak susu?” bukannya “Adik nak shushu?”
Jangan memandang rendah pada keupayaan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Mereka lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang dewasa.
3) Kosa kata yang dimiliki kanak-kanak pada USIA 54 BULAN (+-4.5 tahun) adalah dipengaruhi oleh naratif dan penerangan yang diberikan oleh ibubapa SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna pada usia 3-4 tahun, kanak-kanak banyak memperolehi manfaat apabila ibubapa bersembang dengan anak tentang apa yang dilihat, bercerita tentang pengalaman harian dengan anak, berkongsi cerita tentang aktiviti yang dijalankan bersama dan juga bercerita tentang perancangan dalam waktu terdekat dengan anak.
Jawablah soalan-soalan yang ditanya oleh anak kerana amalan ini juga membantu perkembangan pertuturan, bahasa dan komunikasi anak.
TALK WITH THE CHILD, NOT TO THE CHILD.
Dari kajian ini dapat juga disimpulkan bahawa, kesan amalan dan tingkah laku ibubapa ke atas anak-anak mungkin tidak dapat dilihat serta merta, tetapi kesannya sama ada positif ataupun negatif boleh dilihat atau dirasai kemudiannya. Dalam kajian ini kesannya dilihat setahun kemudiannya.
KENAPA PERKEMBANGAN PERTUTURAN, BAHASA DAN KOMUNIKASI PENTING PADA USIA AWAL?
Kelewatan pertuturan akan mempengaruhi emosi kanak-kanak.
Bayangkan kualiti permainan anak bersama kanak-kanak lain sekiranya anak lewat bertutur. Anak tidak boleh bersosial dengan sebaiknya, anak akan merasa tersisih, anak akan merasa rendah diri, anak tidak seronok bermain dan anak akan mula mengasingkan diri.
Jika situasi ini berlarutan tanpa intervensi, anak sukar untuk belajar apabila mula bersekolah dan akan mula menunjukkan tingkah laku yang negatif kerana tidak tahu bagaimana untuk mengawal kekecawaan yang dihadapi atas ‘kekurangan’ diri.
Jika ada anak yang sebegini di sekolah, fahamilah masalah mereka bukannya menghukum mereka.
SEMUA INI SALAH SIAPA?
Jika ibubapa tidak meluangkan masa dengan anak, tidak bersembang dengan anak, tidak mendengar cerita anak, tidak menggalakkan anak untuk bertutur, tidak mengamalkan interaksi dan komunikasi positif dalam keluarga dan menyerahkan tugas ‘baby sitting’ kepada gajet dan skrin, maka ini semua adalah salah ibubapa.
Bercakaplah dengan anak walaupun anak masih belum bertutur.
Sumber utama:
Rowe, M (2012) A longitudinal investigation of the role of quantity and quality of child-directed speech in vocabulary development. Child Development 2012 Sep-Oct;83(5):1762-74
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...