Pening juga dibuatnya bila anak terlampau memilih makanan. Malah disekalikan dengan makan ikut mood. Makin pening ibu dibuatkan. Adakalanya hanya inginkan makanan yang disukai pada tempoh yang lama. Ibu jangan pening sebaliknya perlu jadi lebih bijak menangani masalah anak ini. Jom cabar diri.

Tip dan trik yang dikongsikan oleh Pegawai Dietetik, Sharifah Farhana Al-Khaired daripada Alpro Pharmacy ini mama wajib cuba. Rugi tak aplikasikannya buat anak kita.

 

TIPS TARIK PERHATIAN ANAK ‘PICKY EATER’ UNTUK MAKAN!

Sepanjang saya bekerja sebagai Dietitian di farmasi, ramai momies dan dadies yang datang cari supplement untuk tambah selera anak. Biasanya saya akan tanya dulu apa punca anak mereka tak nak makan. Adakah mereka memang memilih atau memang jenis tak suka makan.

Jika anak anda memilih, saya nak share sikit lah antara tips untuk menarik perhatian anak supaya sukakan makanan!

 

1. SEDIAKAN MAKANAN DALAM BENTUK ‘FINGERFOODS’
Untuk menarik perhatian anak kepada makanan, mommies perlulah menyediakan makanan yang berpadanan dengan fizikal kanak-kanak yang kecil & tangan mereka yang comel itu. Pastikan anak boleh pegang dan menyuapkan makanan ke dalam mulut dengan mudah.

Jika buat sandwich roti, potongkan roti kepada 6 @ 8 bahagian. Beli buah-buah yang kecil (anggur/strawberries/limau mandarin) atau potong-potongkan buah seperti pisang/pear/epal kepada beberapa bahagian kecil. Boleh juga sejukkan dahulu buah di dalam peti beberapa jam sebelum dimakan.

2. NASI KEPAL ATAU ‘RICEBALLS’
Teringat dulu masa kecil-kecil saya pernah dijaga oleh mak angkat. Sementara tunggu umi habis mengajar di sekolah, saya akan tinggal & makan di rumah mak angkat. Salah satu makanan yang saya memang ingat sampai sekarang adalah ‘nasi kepal’. Uishh selera betul waktu tu makan. Beliau akan kepal-kepalkan nasi panas + lauk + sayur dan suapkan ke mulut saya.

Mommies boleh cuba cara ni sebab kanak-kanak sukakan makanan yang mudah dimasukkan ke dalam mulut. Selain menarik perhatian anak untuk makan, menu tersebut boleh create 1 memori indah antara anak dan ibu sama seperti saya yang rasa dulu 😊

3. GUNAKAN PINGGAN ‘SPECIAL’

Mommies boleh ajar anak makan menggunakan pinggan bergambar mengikut kelas makanan seperti karbohidrat (nasi/mee/roti/macaroni/ubi-ubian), protein (ayam/ikan/daging/telur/cheese), dan fiber (sayur-sayuran dan buah-buahan). Pinggan yang bergambar dan berwarna boleh mempengaruhi minat dan selera anak untuk makan dan mencuba makanan baru.

4. MINI CHEF!
Haaaa part ni mesti mommies banyak naik angin. Menyediakan makanan bersama anak mungkin adalah salah satu mimpi ngeri bagi mommies, tapi bukan untuk anak anda. Makanan yang disediakan sendiri oleh anak boleh menarik minat mereka untuk mengenali lebih banyak jenis makanan dan boleh diolah mengikut citarasa mereka sendiri.

5. GUNA ACUAN ROTI BERBENTUK KARTUN
Sekarang ni acuan berbentuk kartun sudah banyak dijual online. Mommies tak perlu susah payah hias itu ini, potong seaweed untuk buat mata hidung ataupun mulut. Anda hanya perlu tekapkan acuan pada roti dan taburkan serbuk koko pada bahagian mata/mulut/hidung pada acuan seperti dalam gambar.

Saya faham, dugaan menjaga anak ‘picky eater’ ini memang bukan mudah. Perlukan komitmen dan kesabaran yang EXTRA berbanding menjaga kanak-kanak lain. Tapi, ibubapa tak perlu susahkan diri untuk sediakan makanan yang extravaganza.

Anda hanya perlu bijak bermain dengan psikologi anak supaya mereka tertarik dengan makanan.

Cukuplah saya bagi 5 tips ini dulu sahaja ya. Nanti saya kongsikan lagi tips yang lain pada entry akan datang. Banyak lagi tips menarik tau! Bagi yang belum pernah cuba method di atas, mungkin boleh cuba dulu bermula hari esok.

All the best mommies!