Bila kita bertanya kepada kebanyakan ibu bapa apa yang mereka mahu daripada anak mereka, apakah jawapan yang biasa kita akan terima? Pastilah mereka mahukan anak yang pintar dan sentiasa gembira.
Rata-rata ibu bapa sebenarnya mementingkan pelajaran, keperluan dan akhlak keperibadian anak-anak berbanding perkara lain.
Jika baik akhlak anak sejak kecil, apabila semakin besar mereka akan menjadi anak yang boleh membawa haluan ke arah kehidupan lebih baik. Oleh itu dalam proses mendidik anak-anak yang lebih pintar dan berakhlak baik ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
1. Sentiasa tunjukkan contoh yang baik
Ia bukan mengenai apa yang kita nasihatkan, tetapi apa yang kita tunjukkan. Jangan beritahu anak anda bagaimana untuk hidup, tetapi HIDUPlah dan biarkan anak-anak memerhatikan anda.
Amalkan apa yang anda nasihatkan. Tunjukkan cara. Anak kita sentiasa memerhatikan dan akan meniru segala tindak-tanduk dan berusaha untuk menjadi seperti kita.
Luangkan masa dengan mereka, dan ajarkan mereka untuk percaya pada diri sendiri, dengan kita terlebih dahulu menjadi insan yang boleh mereka percaya.
2. Kurangkan stres anda, dan seterusnya tahap stres di dalam rumah
Saya tahu bukan mudah, tetapi percaya atau tidak, apa yang lebih dimahukan oleh anak-anak terhadap ibu bapanya adalah gembira dan kurang stres.
Ads
Mereka mahu rumah menjadi tempat tinggal yang aman dan bebas stres.
3. Membesarkan anak dengan meletakkan kepercayaan dalam diri anak
Pujian yang terbesar yang boleh kita berikan kepada anak adalah dengan meletakkan kepercayaan kepada mereka dan biarkan mereka tahu bahawa anda mengambil berat terhadap mereka.
Apabila anda melihat sesuatu yang benar, bagus dan cantik di dalam diri mereka, jangan segan dan ragu-ragu untuk menunjukkan minat anda.
Ads
Jika anda terlihat sesuatu yang tidak bagus dan tidak cantik dalam diri mereka, tegurlah secara berhemah.
Walaupun hanya dengan perbuatan ringkas dengan meletakkan kepercayaan dalam diri anak, ia boleh menghasilkan impak yang besar.
4. Puji anak anda atas usaha mereka, bukan atas kebijaksanaan mereka
Apabila kita memuji anak atas usaha mereka, kita membawa mereka kepada sesuatu yang mereka boleh kawal – iaitu berapa banyak usaha yang mereka boleh lakukan.
Ads
Ini adalah satu perkara yang penting kerana ia mengajar anak untuk tekun dan meningkatkan perkembangan diri dengan berusaha sekuat mungkin. Mereka akan melihat kejayaan itu adalah hasil dari usaha keras dan bukannya sekadar nasib baik semata-mata.
Dan juga jangan terlampau memuji anak-anak anda tanpa sebarang sebab. Pastikan setiap pujian yang dibuat adalah bersebab.
5. Laksanakan peraturan yang logik dan munasabah
Anak-anak tidak boleh dibiarkan dalam keadaan yang terlampau bebas. Kepercayaan bahawa peraturan yang tegas akan menimbulkan pemberontakan, manakala kebebasan akan membantu kelakuan yang lebih baik adalah karut semata-mata.
Banyak daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa anak-anak yang terlibat dengan pelbagai masalah kebanyakkannya mempunyai ibu bapa yang tidak menetapkan had dan peraturan yang munasabah
Jika ibu bapa jenis sangat penyayang dan menerima walau apa juga apa yang anak lakukan, walaupun mereka buat perkara yang tak betul, anak-anak akan menganggap tindakan ibu bapa itu sebagai tanda bahawa mereka tidak diambil kisah.
Sebaliknya, ibu bapa yang konsisten menerapkan peraturan dan had batasan selalunya akan menjadi insan yang paling rapat anak-anak.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru 1 tahun 3 bulan, nampaknya permata hati Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin bijak. Walaupun baru pandai berjalan, ternyata keyakinan dalam diri Fatima itu buatkan ramai yang suka melihat gelagat comelnya.
Melalui perkongsian terbaru Fazura, menunjukkan keletah Fatima yang kini dah pandai nak bergaya dengan beg tangan.
Macam tahu-tahu je keluar rumah nak kena bawa handbag. Bukan itu sahaja, apa yang mencuit hati, siap ada duit seringgit-seringgit dalam beg yang dibawa.
Betullah orang kata, hanya dengan pemerhatian, anak-anak kecil mudah mengikut ibu bapanya. Sebab itu, setiap tingkah laku, tutur kata mesti jaga depan anak-anak. Rumah adalah sekolah pertama anak.
Elok yang ditunjukkan pada anak-anak, maka secara tak langsung anak pun membesar dalam persekitaran yang positif.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan Fazura, kelihatan Fatima begitu beriya-iya angkat tangannya semata-mata tak mahu beg yang dibawanya itu terjatuh.
Video yang ditonton lebih 60,000 orang itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai yang beritahu lepas ni mommy kena siap sedia berkongsi handbag dengan Fatima.
“Comel Fatima sayang. Sampai angkat tangan takut nanti beg jatuh ya..”
Malah semakin besar, wajah Fatima semakin iras dengan mommynya. Copy paste sungguh!
Kredit: @fattzuralovelife
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermain bola adalah perkara asas anak-anak bermain di rumah. Bukan hanya memegang dan menendang, bahkan membaling bola dan menangkap juga membaling bola ketika anak masih lagi kecil sebenarnya cukup baik untuk perkembangan mindanya.
Biasakan anak dengan kemahiran ini kerana begitu banyak manfaatnya pada perkembangan otak anak. Inilah yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli.
ADA ANAK 4 TAHUN? SEMAK NI
Kemahiran main bola ni penting dan sangat developmentally stimulating tau.
Sebab main bola akan challenge kemampuan anak untuk:
1️. Anggar jarak : Ini termasuk dalam latihan kemahiran visual-spatial anak. Anak kena anggar bila bola akan sampai pada dia. Dan anak akan perlu anggar berapa jauh dia nak baling atau tendang bolanya. Ini penting sebagai asas kemahiran matematik dan sains anak.
2️. Kekuatan otot utama (core muscles) : Untuk anak balance badannya semasa sambut bola, baling bola dan tendang bola, anak perlukan kekuatan core muscles yang mencukupi. Anak yang asyik terjatuh semasa baling, sambut dan tendang bola menunjukkan tanda-tanda core muscles yang tak cukup kuat lagi.
Core muscles yang lemah akan menyebabkan anak kelihatan hyperactive, susah duduk lama, dan sentiasa nampak nak bergerak.
3️. Kawalan otot mata dan tangan, serta kaki : Kemahiran ni penting sangat untuk anak 4 tahun kita sediakan tubuh badan dia untuk belajar menulis, membaca tau. Masa anak nak sambut bola, baling bola dan tendang bola. Mata anak perlu berkoordinasi dengan bahagian tubuh yang bergerak tu. Ini latihan penting untuk kemahiran menulis anak.
Haaa… Untuk anak main bola dengan baik, mulakan dengan bola yang bersaiz lebih besar.
Mulakan dengan bola getah SAIZ BOLA SEPAK untuk anak 2-3 tahun belajar main baling sambut tendang bola.
Masuk umur 4 tahun, anak patutnya dah boleh main baling sambut bola kecil BERSAIZ BOLA TENIS.
Sebab umur 4 tahun, patutnya sudah punya kemahiran koordinasi tubuh yang lebih cekap.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sahaja mendidik anak mengenali huruf dan menulis untuk anak jadi pintar tetapi dengan makan buah-buahan pun boleh rangsang otak anak. Buah-buahan ni dikenali sebagai food brain.
Pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak. Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.
Jom cuba ‘brain foof’ atau buah-buan untuk otak anak. Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.
1.Bluberi
Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak, dan juga meningkatkan daya ingat. Ia mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress). Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang. Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K .
2.Delima
Delima (pomegranate) mengandung zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma. Ia juga sebagai ejen anti-radangan yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh. Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
3.Epal
Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini karena kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas. Malah memiliki kandungan kaya akan vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.
4. Buah kurma
Buah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.
5. Anggur
Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu, dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori. Malah ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda
6.Strawberi
Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.