Anak kecil yang baru berusia dua tahun sememangnya kurang mengerti apa yang berada disekelilingnya. Mereka hanya berada di dalam dunia mereka sendiri. Bermain bersama rakan dan meneroka seberapa banyak perkara yang ada dipersekitaran mereka. Inilah dunia mereka.

Usik mengusik atau anak memukul kawan adalah hal yang biasa namun jangan dibiarkan walaupun anak baru berusia dua tahun. Beritahu sebabnya dan tunjukkan cara tepat padanya, barulah anak makin faham dan lama kelamaan pastinya dia tidak akan memukul orang lain. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih. Bagaimana cara tepat untuk mendidik anak pada usia sebegini?

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan, Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya, Baru Anak Faham!


KENAPA ANAK 2 TAHUN MUDAH PUKUL ORANG

Emm..ramai sebenarnya yang masih belum faham tentang perkembangan anak 2 tahun ini. Seperti yang Ibu sering kongsikan, anak 2 tahun ini sedang melalui FASA INDIVIDUATING. Pada fasa ini, banyak perkara yang anak ini belum faham.

Sebelum FASA INDIVIDUATING, anak berada di FASA SEPARATION ANXIETY atau Ibu selalu bahasakan ia sebagai FASA PERTUNASAN untuk mudah faham saja. Fasa pertunasan ini adalah fasa dimana, anak tak boleh berpisah dari penjaganya, pantang ibu atau penjaganya hilang dari mata, si anak ini akan menangis. Biasakan lihat suasana ini.

Fasa ini berlarutan hingga lebih kurang umur anak 1 tahun 6 bulan. Selepas FASA PERTUNASAN, ia disambung dengan FASA INDIVIDUATING. Fasa ini pula kebiasannya akan berlangsung selama lebih kurang 2 tahun. Namun ia bergantung kepada bagaimana FASA INDIVIDUATING ini ditangani oleh ibu bapanya.

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan, Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya, Baru Anak Faham!

IKLAN

Andai silap langkah, maka boleh jadi fasa ini akan lebih lewat untuk berakhir. Sebaiknya sebelum anak mencapai umur 1 tahun 6 bulan, ibu bapa sudah memahami apa yang bakal terjadi. Ini PROAKTIF namanya.

Masa ni, anak baru sedar yang dia adalah seorang individu. Dia tak melekat dengan sesiapa pun. Maka, pada fasa ini apa yang ketara kita lihat adalah :
# Nak makan sendiri ikut cara dia sendiri
# Banyak benda nak buat sendiri
# Tak suka berkongsi mainan
# Mainan dia, dia punya.
# Mainan orang lain pun dia punya.
# Tangan tu cepat kadang nak memukul orang.
# Atau ada juga yang cepat mengigit orang.
# Selipar nak pakai sendiri walaupun terbalik.

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan, Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya, Baru Anak Faham!

Begitulah antara sikap-sikap yang kadang membuatkan ibu bapa mudah naik angin. Kadang, inilah antara sebab kenapa ibu bapa tak mahu anaknya bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Dek kerana tak mahu berlakunya insiden dipukul atau drama air mata.

Fasa ini, semua nak kena ikut cara si anak. Kalau tak, dia mengamuk atau menangis-nangis kalau kehendaknya tak dipenuhi.
Satu lagi, pada umur ini anak baru sedar yang dia punya anggota tubuh badan. Namun, cabarannya dia masih belum mampu mengawal kepenggunaan semua pancaindera tersebut dengan betul.

IKLAN

Tenaga yang pada anak-anak diumur ini memang besar. Betul kan? Kalau kita terlihat anak berumur 2 tahun mahu memukul adiknya yang mungkin berumur 4 bulan, yakinilah yang anak itu bukannya berniat mahu memukul atau cemburu pada adik barunya. Apa yang terjadi sebenarnya, anak ini tidak pandai mengawal tangannya dan boleh jadi sebenarnya dia cuba membelai adiknya.

Justeru apa yang seharusnya ibu bapa lakukan adalah :
1. Pegang tangan anak 2 tahun itu dengan kemas dan lembut.
2. Bawakan tangan itu pada adiknya dan bantu anak untuk belai adiknya dengan cara yang betul.
3. Katakan “Sayang nak usap adik ya. Good boy sayang mama ni. Kita usap baby macam ni ya. Gently..gently…Macam mama usap pipi sayang mama ni..Good boy mama, sayang adik ya. Mama loves you sooo much.”

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan, Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya, Baru Anak Faham!

Walaupun memang benar yang dia mungkin mahu pukul, namun bila anda tunjukkan kepada dia cara yang baik begini. Dia akan mula memahami dengan cara begitu akan membuatkan anda lebih sayang kepadanya.

Ingat, anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adiknya. Oleh itu tunjukkan cara yang betul. Usah sering menyangka dia cemburu dengan adiknya…itu namanya doa yang tidak diingini.

IKLAN

Salam kasih.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan, Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya, Baru Anak Faham!

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI