Kepayahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Mengandung, melahirkan malah mendidik anak kecil menjadi insan paling hebat pastinya bukan tugas mudah.
Namun itulah satu kepuasan dan nikmat bagi wanita bergelar ibu. Kata selebriti media sosial, pengacara TV, model sambilan dan juga usahawan yang disegani, Ameera Zaini, kepayahan seorang ibulah menjadi kepuasan dalam membesarkan anak-anak.
Malah kata Ameera, dia sendiri pernah melalui kepayahan dalam membesarkan anak-anaknya, Mateen, 4 dan Daniel, 1 tahun, lebih-lebih lagi ketika awal menjadi ibu. Kata ibu cantik ini lagi, struggle ketika menyusukan anak adalah kepayahan yang termanis buat dirinya.
“Kita jadi ibu ni memang macam-macam struggle dari mengandung, menyusu dan sebagainya. Tapi pada Meera secara peribadi, saat yang paling struggle pada Meera adalah ketika menyusukan anak.
” Masa anak pertama, Meera memang tak tahu sangat bab-bab ilmu menyusu ini, agak struggle pada Meera. Komitmen yang lama sampai dua tahun dan anak pulak nak direct feed je masa tu, tak nak langsung pakai botol sepanjang dua tahun. Anak kedua ni pun sama macam tu.
” Masa anak pertama dari kecil pulak memang ikut Meera ke mana-mana. Walaupun Meera shooting dekat set, dia sentiasa dengan Meera, itu cabarannya.
“Compare pulak dengan anak kedua di zaman pandemik ini, dia sentiasalah dengan Meera jadi senang nak menyusu. Tetap termanis dan mencabar untuk Meera,” kongsinya.
Malah kata Ameera lagi, dia bersyukur kerana walau dalam kepayahan pada awalnya, dia berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga usia dua tahun. Satu kepuasan dalam dirinya.
“Kalau nak kata secara eksklusif tu memang saya susukan sepenuhnya dari lahir sampai usia anak enam bulan sebelum saya perkenalkan makanan pejal pada anak. Dan seterusnya saya susukan anak sulung saya sampai usianya dua tahun lapan bulan.
Dan anak kedua ni Daniel, baru setahun dua bulan dan Meera masih lagi susukan dia. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Raikan nak kecil kita
Bercerita mengenai perkembangan anak-anak, kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia menggunakan pendekatan meraikan anak malah sentiasa belajar menjadi contoh terbaik buat anak-anak bagi memastikan kedua anaknya membesar menjadi anak yang baik akhlaknya.
” Setiap anak perkembangannya berbeza-beza, macam Meera alhamdulillah Allah rezekikan anak yang petah bercakap tapi Meera tak compare anak Meera dengan anak-anak yang lain.
” Pada Meera kita sebagai ibu kena sentiasa raikan walau sekecil-kecil perkembangan anak-anak kita. Anak pandai cakap kita raikan, apa saja kebaikan dia buat kita puji dan kalau dia buat salah pun kita raikan dengan cara yang betul.
“Bagi Meera dan suami, Meera memang menitik beratkan pendidikan melalui contoh yang baik sebab anak-anak ni sentiasa memerhati dan meniru apa saja yang ada disekelilingnya. Jadi kita kenalah tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak, kiranya macam terapkan pendidikan melalui tauladan, macam tu lah,” kata Ameera lagi yang kini banyak menghabiskan masanya dengan memasak sepanjang PKP ini.
Anak mula kuasai Bahasa Mandarin
Berkongsi cerita di Live Pa&Ma Gala Moms, kata Ameera yang turut dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini lagi, dia dan suami sepakat menghantar anak kecilnya pada usia dua tahun bagi menampakkan perkembangan diri anak kecilnya itu.
“Sebenarnya Meera memang hantar Mateen dari umur dia masa dua tahun lagi sebab nak bagi dia confident sikit. Dia memang pandai cakap tapi bila dengan orang dia memang terlampau pemalu.
“Alhamdulillah, bila dah pergi playschool tu dah nampak confident dia semakin baik.
“Apa yang Meera boleh katakan kita memang tak boleh nak bandingkan parenting style anak-anak zaman dahulu dengan anak masa kini. Macam tu juga dengan parent Meera masa awal nak hantar anak ke playschool dulu.
“Mateen kini sudah boleh bercakap dengan orang, boleh adapt dengan situasi sekeliling dan makin lama pemalu dia tu masih ada tapi kini lebih berani berbanding sebelum ini. Alhamdulillah.
” Mateen kini juga sudah boleh cakap dan memahami Bahasa Mandarin. Dia faham sebab sekolah dia ada subjek Mandarin. Untuk umur macam dia saya rasa impress lah bila dia faham,” kongsi Meera lagi yang mengakui dia adalah insan yang begitu mengambil berat soal pendidikan dan perkembangan kedua anaknya.
Perkongsian yang begitu bermanfaat dan teruslah menjadi inspirasi buat semua.
Menarik: Diana Obses Dengan Angka 2, Hari-Hari Sebut Nak Twin, Sekali Dapat Kembar Anggun
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)