Biarpun anak-anak masih kecil, mereka mempunyai perasaan malu. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ada masanya boleh membuatkan anak-anak terasa hati. Jika anak-anak membesar dalam keadaan kurang keyakinan diri dan suka merasa dirinya tidak cukup bagus, sebenarnya rasa ini telah ‘tertanam’ sedari kecil.
Sumber foto: www.freepik.com
Biarpun perkongsian ini sudah setahun yang lalu, tiada salahnya untuk kita jadikan pedoman. Ibu ini, Adlil Rajiah berkongsi bagaimana kata-kata orang dewasa boleh ‘mencederakan’ emosi anak kanak-kanak.
Kisah ini berlaku lama dahulu ketika anaknya ditegur tentang kekurangan yang ada pada dirinya sehingga menyebabkan dia merasa insecure. Ikuti perkongsian ini;
“Benih-benih insecurities itu, KITA yang tanam..”
Tidak disangka-sangka, tetapi inilah yang berlaku.
April lepas, Haikal hilang 2 gigi depan. Dan sejak tu, macam2 saya dengar orang cakap pada dia–
rongak, dah tak handsome, dah tak comel, macam dracula, macam terowong, macam2.
Dan tadi, ada sepasang suami isteri minta nak selfie dengan Haikal. Macam biasa, Haikal tak pernah menolak bila ada strangers nak bergambar dengan dia.
Dah elok posing, tetiba si isteri tu cakap– “Alamak Haikal. Senyum tutup mulut boleh tak? Buruk la gigi takde. Seram aunty tengok.”
Aku kat tepi tu cuba bertenang walaupun dalam hati rasa nak sumbat kaki kat mulut dia 😑
Ads
Betul lah. Di mata anak2, takde yang dilihat buruk pada diri mereka– sehingga lah KITA sendiri yg ajar betapa buruknya mereka.
Maka membesarlah anak itu dengan rasa diri tak sempurna, tak cukup putih, tak cukup tinggi, tak cukup sado, tak cukup comel, tak cukup flawless.
Benih2 insecurities itu– KITA yang tanam.
Sumber foto: www.freepik.com
Habis selfie, suami isteri tadi happy lalu beredar sambil lambai2 pada Haikal.
Hilang je mereka dari pandangan, saya terus tanya Haikal– “Haikal ok?”
“Ok.” Tapi di wajah dia jelas, dia TAK OK.
So saya tanya lagi– “Ada apa2 yang Haikal nak share dengan mama?”
Ads
Sambil tunduk dia jawab– “Hmm. Orang tadi cakap Haikal buruk. Bila gigi baru Haikal nak tumbuh ni, ma?”
See?! Begitu2 sahaja benih insecurity berjaya ditanam. 😩
Selama ni Haikal tak pernah rasa yang proses ganti gigi ni sebagai satu nightmare– sampai lah tadi.
Dear parents & adults sekalian. Before running your mouth, remember to plug in your brain. Setiap butir kata yang keluar dari mulut kita ni akan jadi inner voice dalam diri anak2. It can either make them or break them.Segala provokasi, ejekan, makian, leteran, hamburan, sindiran, dari mulut kita, walaupun bergurau– BE AWARE. BE MINDFUL.
Ingat, kita nak tanam benih2 self-esteem, confidence, self-worth, dan empathy dalam diri anak2. Bukannya benih insecurities yang buat mereka semakin lama semakin hilang diri sendiri.
Fikir-fikirkanlah.
Oh I should’ve said thank you kat pasangan suami isteri yang minta selfie tadi. Kalau takde diorang, takde lah post ni. 😂 So thank you guys for this lesson you’ve taught us today.
Sebagai orang dewasa yang mempunyai akal serta perasaan, seharusnya isu ini tidak timbul. Kita perlu lebih berhati-hati ketika bertutur supaya tidak menyakitkan hati anak. Proses tumbesaran dalam persekitaran yang positif sangat penting supaya mereka menjadi individu yang cemerlang dengan nilai-nilai murni.
Supaya perkongsian dari ibu ini dapat membuka mata kita sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab. Jagalah hati mereka supaya mereka merasa bahagia serta dapat belajar tentang kepentingan beradab dengan orang lain.
Siapa kata anak kita tak letih belajar seharian. Pagi ke sekolah dan petangnya ke kelas petang pula. Memang memenatkan. Sudahnya anak balik ke rumah dalam keadaan tak bermaya dan letih.
Sebagai ibu selain sediakan pemakanan yang sihat untuk anak, ada cara mudah yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk disediakan buat anak-anak.
BAGAIMANA NAK POWER UP OTAK ANAK?
===============================
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Jom semua, bukan ibu saja sihat, anak pun sihat dengan pegaga ni. Paling penting otak anak kembali segar.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru kelakuan ibu bapa mereka baik dari segi kelakuan mahupun percakapan. Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada kelakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah. Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang disebut kepada mereka. Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka. Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Adakah penggunaan kata ‘jangan’ memberi kesan kepada anak?
Perkataan yang disebut oleh ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak dari segi mental. Ibu bapa seharusnya menggunakan perkataan yang tepat ketika mendidik anak-anak. Ketika sedang marah, kawal perasaan anda dan cuba gunakan perkataan yang paling tepat agar tidak menyinggung sekaligus merencatkan perkembangan mental anak anda.
Adakah perkataan ‘jangan’ merupakan perkataan yang tepat untuk melarang anak anda melakukan sesuatu? Kajian mengatakan bahawa penggunaan kata ‘jangan’ dengan kerap akan menyebabkan anak anda tidak mudah terpengaruh atau terbiasa yang akan menyebabkan anak anda tidak lagi percaya mahupun menurut larangan anda.
Sebaiknya, perkataan ‘jangan’ ini seharusnya digunakan ketika waktu kecemasan sahaja. Contohnya ketika anak anda bermain dengan peralatan bahaya seperti pisau atau gunting, maka penggunaan kata ‘jangan’ ini diharuskan.
Perkataan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan kata ‘jangan’
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’. Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Anak-anak kita sememangnya tanggungjawab kita. Salah didik dan asuh, anak menjadi seperti tiada panduan dalam hidupnya. Ketika anak-anak masih kecillah ibu bapa perlu mengajar pelbagai ilmu asas kehidupan supaya dapat menjadi anak yang bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
Ilmu keibubapaan tidak datang sendiri, sentiasa perlu belajar dan mengajar demi menjadikan anak kita manusia yang lebih cemerlang. Menurut Dr Taufiq Razif, adab berkomunikasi adalah antara beberapa perkara yang ibu bapa perlu terapkan ketika anak-anak masih kecil. Sebelum anak-anak menjadi remaja, ilmu adab dan komunikasi ini sudah mampu dibawa anak-anak dengan sebaiknya.
5 Adab Berkomunikasi Yang Kita Kena Ajar Anak Kita Sebelum Remaja
1. Ajar anak MINTA IZIN kalau nak menggunakan atau pinjam barang orang lain.
2. Ajar anak MINTA MAAF ketika tersilap atau terbuat kesalahan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
3. Ajar anak guna perkataan MINTA TOLONG jika nak minta sesuatu daripada orang lain.
4. Ajar anak ucap TERIMA KASIH dan berikan SENYUMAN kepada orang yang memberikan bantuan ataupun ketika mendapat pemberian daripada seseorang.
5. Ajar anak untuk gunakan seindah indah perkataan ketika bergaul dengan kawan kawannya kerana anak anak yang pandai memilih perkataan akan menjadi lebih hebat dan menyerlah dibandingkan anak anak yang bercakap sesuka hati tanpa sebarang tapisan.
14 TIPS MENGAJAR ADAB PADA ANAK
Menjaga adab seorang anak kecil sememangnya perlu. Ibu bapa boleh mengaplikasikan 10 tip ini di rumah ketika anak masih lagi kecil. Ayuh mulakannya. Tip yang dikongsikan oleh Sirap Limau ini boleh dijadikan panduan.
1. Sentiasa masuk rumah dengan salam dan ciuman. Cium anak-anak, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of love and mercy pada anak-anak.
2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati-hati.
3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang dengan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.
4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik-kecik anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater Impact -Trust Me!
5. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak-anak perlu belajar bahawa berperwatakan kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan kemas itu personality mereka.
6. Kurangkan perkataan jangan atau tak boleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Fokus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.
8. Minta maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi humble dan polite.
9. .Tunjuk kan rasa hormat pada privacy anak-anak anda. Ini penting untuk self-esteem mereka.
10. Ajar mereka sunnah-sunnah gaya hidup Nabi Muhammad ﷺ. Itu yang terbaik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.