Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita, Ayam Masak Lemak Versi Baby, Terangkat Habis!

Share

Nak sediakan makanan buat anak sebenarnya tidaklah sesukar mana. Hanya perlu gantikan beberapa bahan menjadi lebih sihat dan lebihkan sayur-sayuran untuk tambahkan khasiat dan zat pada anak. Paling penting elakkan penambahan garam dan gula serta cili yang kurang sesuai buat anak.

Resipi perkongsian dari ibu ini, Noor Hasnaa di facebooknya memang menarik. Masak lemak ayam versi bayi yang dicubanya daripada perkongsian resipi rakan-rakan menjadi menu kegemaran si comelnya. Nampak pun sedap!

AYAM MASAK LEMAK BABY

Menu ni confirm baby bertambah tambah sebab sedap sangat. Walaupun Cikna tak campur garam gula perasa semua pun jadi sedap sebab rasa dari bahan semulajadi yang kita gunakan terutamanya dari manis sayuran. Sekali buat, Momies dapat guna 5-8 kali sebab sekali buat dapat banyakkan. Menu ni sesuai untuk baby umur satu tahun ke atas ya.

Jadi Momies boleh guna nanti untuk makan dengan bubur, mee, pasta, roti dan sebagainya! Jommmm kita start.

Bahan yg diperlukan:
Bawang holland
Daun sup
Carrot
Saderi
Brokoli
Susu full cream

Mini tomato
Ayam -potong dadu kecil

Cara masak:
1. Tumis bawang
2. Masukkan susu full cream.
3. Masukkan carrot, saderi dan brokoli.
4. Masukkan ayam.
5. Kemudian Ciknaa letak daun sup dan tomato.

Siap! Sedia untuk dihidang.

Published by
SRM