Menguruskan anak yang ramai di ketika mereka sedang membesar bukan satu tugas yang mudah. Adakalanya ibu langsung tiada masa untuk tampil cantik berhias seperti dulu.
Tak perlu keterlaluan, namun cukup ibu pandai menjaga penampilan dan menjaga kebersihan diri dan sekitar. Tambahkan sedikit dengan kecantikan dalaman dengan hati yang bersih dan ikhlas untuk memancarkan seri wajah secara semula jadi.
Jadi apa nak buat? Ikuti panduan petua awet muda cara Islam ini. Baru cantik luar dan dalam.
1. Amalan sebelum mandi dan berus gigi
Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan diiringi selawat Nabi sebanyak tiga kali. Lakukan setiap hari petua awet muda cara Islam ini, sebelum anda mandi dan memberus gigi.
2. Amalan memotong kuku
Petua awet muda yang seterusnya ialah amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik. Jangan dibiarkan kuku tangan dan kaki terutamanya dibiarkan panjang hingga menjejaskan penampilan. Antara hari yang baik adalah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, anda juga boleh amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.
3. Amalan semasa berdandan
Setiap pagi semasa anda berdandan, tambahkan bacaan selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati. Anda boleh berniat dengan diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
4. Amalan tampak muda daripada usia sebenar
Setiap kali selepas solat Subuh, anda boleh membaca surah Yusuf dan diikuti dengan meminum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas, agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar. Wajib cuba!
5. Amalan ketika mandi
Amalkan mandi sebelum waktu subuh, iaitu sebaik bangun awal pagi. Setiap kali hendak mandi pula, baca dalam hati surah Al-Waqiah ayat 35-38 pada curahan pertama dan mulakan dari kepala. Selebihnya bersihkanlah diri dan jangan tergopoh-gapah. Ambil waktu anda sebaiknya.
6. Amalan solat sunat dan bacaan Al-Quran
Jangan lupa lengkapkan amalan kita sebagai ibu dan isteri dengan solat sunat dan bacaan al-Quran setiap pagi. Selepas solat Subuh, jadikan bacaan kalimah suci Allah ini sebagai pelengkap hidup kita. Tak perlu banyak jika tidak punya waktu atau terpaksa bergegas ke tempat kerja, cukup memadai sehelai sehari sebagai pelengkap diri.
Selamat mencuba!
Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!