Rentetan siri penderitaan rakyat Palestin yang tercetus kini membuatkan ramai antara kita berasa marah, sedih malah berasa sayu melihat penduduk Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel.
Apatah lagi apabila melihat serangan letupan di hospital Al Ahli Arab di Gaza sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat. Sedikit sebanyak mengganggu emosi kita semua.
Begitu juga buat ahli keluarga pelakon Ramona Zamzam, kisah Palestin begitu dekat dengannya. Di mana mentuanya adalah berasal daripada Gaza!
Baru-baru ini melalui akaun Instagram miliknya, Ramona ada berkongsi mengenai keluhan anak perempuannya, Ivanna yang sedih kerana tidak dapat meluangkan masa dengan datuk sendiri meskipun tinggal serumah.
Menurut Ramona, anaknya berasa hairan susulan tindakan datuknya yang berasal daripada Gaza, Palestin itu yang kebelakangan ini lebih suka menyendiri.
“Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan bagitahu yang dia ingin luangkan lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam Bahasa Arab).
“Dia pergi dan beberapa minit kemudian, dia datang dan bagitahu yang seedo tidak mahu meluangkan masa dengannya kerana katanya dia mengantuk.
Ads
“Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Nanum, anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulisnya.
Tambah Ramona, bapa mentuanya itu difahamkan sengaja mengelak untuk meluangkan masa dengan cucunya kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keganasan yang berlaku di Palestin saat ini.
“Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna. Tidak lama selepas itu, bapa mentua beritahu yang dia terpaksa berbohong.
“Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video-video pembunuhan yang boleh mengganggu fikirannya.
Ads
“Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa.
“Kalaulah anak saya tahu yang kedua-dua atuk dan neneknya berasal daripada Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita hari-hari,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini sedang berusaha untuk memberikan sokongan moral buat keluarganya yang terkesan dengan musibah yang berlaku di negara kelahiran mereka.
Ads
“Ia merupakan tanggungjawab saya untuk menjaga keluarga Palestin saya dan pastikan mereka berasa selamat.
“Saya akui ada beberapa kali saya pernah putus harapan kerana ini bukan kali pertama hal seperti ini berlaku sejak saya mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ramona turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.
“Saya berdoa agar pembunuhan beramai-ramai ini akan berhenti. Saya juga berharap agar satu hari nanti, anak saya akan membesar dan memahami asal usulnya serta tahu apa yang dunia telah lakukan kepada Palestin.
“Kepada rakan-rakan yang menghantarkan mesej dan bertanya tengang Rami dan keluarga, ia sangat bermakna buat kami,” ujarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Mama dan papa mesti suka bermain/agah bayi kesayangan anda bukan? Hentikan kebiasan ini sebaliknya mulalah mengatur rutin tiduranak ketika masih dalam pantang lagi. Jika tidak nanti akan bermata ‘pandalah’ mama dan papa bila si kecil suka berjaga malam.
Bayangkan baru sahaja nak lelapkan mata, anak bangun dan ajak main. Masa ini nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa sudah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa juga layan hingga anak tidur semula.
Mama & Papa Elak Bermain/Agah Bayi Bawah 3 Bulan
Bila sudah macam ini, bangun pagi nak pergi kerja pun sudah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Jangan bermain atau agah keterlaluan dengan bayi umur tiga bulan. Bayi bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata? Segar bugar mata dia. Sebelum itu dia tidur lena.
Selalunya, kita fikir marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram nak tengok anak gelak-gelak mengekek, sengih-sengih. Walaupun umurnya baru 10 hari ketika itu. Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak.
Sampai lepas pantang itu sudah jadi rutin. Maka bermata panda mama dan papa. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang
Apa yang boleh dilakukan oleh mama dan papa ialah, malam-malam tak perlu layan anak beria. Selepas disusukan, ditukarkan lampin, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi anak tidur semula. Bilik mesti dengan suasana sedia untuk tidur.
Memang mudah sahaja tip ini tapi impaknya sangat besar. Mama dan papa memang kena sabar. Siapa tak suka tengok bayi comel sengih-sengih nampak gusi tapi kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Jika bayi terjaga pagi sangat dan mama nak beri pada papa pesan juga pada papa jangan agah lebih-lebih. Penting sangat! Nanti anak sudah mula akal asyik nak main, papa berdengkur, berlingkar mama pula bersengkang mata.
Wany Hasrita sebak sambut hari lahir anak, “macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri.” Sambutan hari jadi anak merupakan antara momen terindah buat ibu bapa apatahlagi kali pertama menyambutnya.
Jika sebelum ini hanya ‘menumpang’ kegembiraan ahli keluarga lain mahupun rakan-rakan tapi apabila melaluinya sendiri, tentu perasaannya lain. Begitulah yang dirasai oleh pelantun lagu, Menahan Rindu ini.
Wany Hasrita Sebak Sambut Hari Lahir Anak, “Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Wany berkongsi rasa menyambut hari lahir puteri sulungnya, Aishah Al Iman.
Alhamdulillah malam tadi sempat buat small celebration dengan close family untuk Aishah. Macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri. Aishah Al Iman sayang, rasa macam baru semalam awak masih bau baby sekarang ni macam ada masham sikit tapi still wangi.
Rasa macam baru semalam awak masih baby dengan mata terkebil-kebil tengok siling, sekarang laju awak tolak walker awak tu. Cinta hati ibu & bapak, moga sihat selalu, membesar dengan baik, nak. Semoga menjadi pencinta ilmu, berbudi bahasa & berakhlak. – Wany di ruangan kapsyen.
Perkongsian Wany dihujani dengan komen-komen warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah Al Iman pada 8 Julai 2023.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.