Keibubapaan

Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini

Share

Anak remaja jadi makin memberontak.Fasa remaja adalah tempoh kritikal dalam kehidupan seseorang, di mana pelbagai perubahan fizikal, emosi, dan mental berlaku. Seringkali, ibu bapa mendapati bahawa anak remaja mereka mula menunjukkan sikap yang lebih memberontak, sukar dikawal, dan tidak mudah menerima nasihat.

Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini

Sifat memberontak ini bukanlah sesuatu yang ganjil dalam perkembangan seorang remaja, malah ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses mencapai kematangan. Namun, penting untuk memahami sebab-sebab di sebalik sikap ini supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengurusnya dengan bijak.

Berikut perkara-perkara yang sering ibu bapa terlepas pandang pada anak remaja seperti yang dikongsikan oleh Taufiq Razif 

1. Kita banyak puji, peluk cium adik-adiknya secara berlebihan tetapi berkeras dan tegas melampau dengan dirinya.

Ubah: Kena banyak peluk cium anak anak yang lain juga. Bukan yang bongsu sahaja.

2. Kita terlampau “Authoritarian” dengan anak remaja kita. Semua benda tak boleh. Semua benda kena sekat.

Ubah: Kena banyak bersembang dan berbincang.

3. Kita tak ajar dia untuk berdepan dengan “rejection”. Kita banyak sangat tunai permintaan dia sewaktu masih kecil hingga dia jadi memberontak bila tak dapat sesuatu

Ubah: Sewaktu kecil lagi kena ajar anak tak semua benda dia nak dia dapat. Walaupun kita mampu saja nak bagi.

4. Kita lupa nak jadi kawan dia. Kita banyak jadi “pengetua dan warden” je pada anak remaja kita.

Ubah: Sesekali kena keluar berdua dengan anak remaja kita. Sesekali tu masuklah ke dunia anak remaja kita

5. Kita buat segalanya untuk mereka tapi kita lupa nak ucapkan dan zahirkan kasih sayang melalui kata-kata.

Ubah: Banyak cakap I Love You atau Mama Sayang Awak. Kalau tak selesa nak ucap, dalam bentuk tulisan pun boleh.

Sumber: Taufiq Razif 

Baca artikel lain juga: Macam Kakak Dengan Adik Anak Dah Remaja, Ramai Cakap Sari Yanti Awet Muda!

Anak Sulung Ronaldo Ikut Jejak Bapa. Sarung Jersi Nombor 7 Sertai Skuad Remaja Al Nassr!

Cabaran Besarkan Anak Bukan Masa Kecil, Kemuncaknya Bila Dia Remaja!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has