Letih dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan kita ada masanya terlepas marah pada anak-anak. Bukanlah tidak rasa bersalah, tetapi sara stres mengatasi segalanya pada waktu itu. Kesannya, anak yang menjadi mangsa.

Anak-anak pula bila mahukan perhatian dari ibu dan ayahnya, mulalah mereka buat peragai pelik. Itulah yang menjadi pencetus kepada amarah kita.

Artikel Menarik: [Anak Sulung, Anugerah Terindah Yang Mengajar Kita Jadi Ibu Ayah]

Dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew, katanya anak-anak yang aktif itu tandanya mereka sihat dan pandai. Mereka buat begitu kerana dahagakan kasih sayang ibu ayahnya. Tambah Ustaz Ebit lagi, sebagai ibu ayah kita perlu belajar untuk memandang anak-anak sebagai amanah. Banyakkan solat dan mengadu kepada Allah SWT. Zikir dan berdoalah selalu, banyakkan juga solat taubat.

Berdosa orang melepaskan geram pada anak-anak.

Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.

Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.

Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.

Artikel Menarik: [Tak Perlu Menjerit Atau Pukul. Hanya Lembutkan Hati Anak Dengan 3 Teknik Ini]

Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.

Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.

Artikel Menarik: [Habis Dinding Anak Tampal Dengan pelekat, Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan]

Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.

Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.

Bersabarlah jika anak-anak buat perangai. Ada sebab tersendiri mengapa mereka mencari peluang untuk memastikan anda memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Saat mereka mendambakan kasih sayang dari anda, mereka tidak terfkir apa yang dibuat itu salah atau tidak.

Apa yang anak-anak tahu, asalkan ia dapat buat ibu ayah beri perhatian padanya, irulah yang dia akan buat. Kemudian kita marahkan dia pula, tidakkah kita rasa bersalah?