Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hunny Madu mohon doa daripada semua untuk anaknya Adam Musa yang melalui pembedahan major kerana sakit jantung sejak lahir.
Hunny Madu telah berkongsi di aplikasi Instastory pada Instagram mengenai keadaan anak keduanya , Adam Musa sejak dilahirkan, didiagnosis complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan keadaan Hunny sendiri selepas bersalin. Beliau turut memohon titipan doa untu anaknya yang bakal melalui pembedahan (yang berlangsung hari ini). Berikut ialah perkongsian Hunny;
Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda tentang keadaan jantung Adam tetapi sejujurnya saya tidak tahu bagaimana dan rasa sebak bila berfikir atau bercakap tentangnya. Tetapi saya selalu ke depan dengan berani, saya tidak menangis. Saya pilih untuk sentiasa fokus pada sudut positif, fokus kepada karier dan mengalihkan perhatian saya tetapi jauh di sudut hati saya tahu saya perlu kuat untuk Adam Musa.
Bayangkan, saya mengetahui tentang keadaan jantungnya (Adam Musa) sehari selepas kelahirannya. Dia terpaksa dikejarkan dengan menaiki ambulans ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan atau kami akan kehilangannya dalam masa 24 jam. Saya ketika itu masih dalam kesakitan selepas proses bersalin terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana kebanyakan orang disekeliling mengatakan saya tidak perlu berjalan( kerana baru bersalin). Tidak lama selepas itu, Adam Musa memulakan rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN). Terima kasih kepada Uncle Zarul. Di IJN, bayi saya ini telah diberikan diagnosis. Adam telah didiagnosis sebagai mempunyai complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan perlu melalui dua lagi pembedahan major selepas prosedur ini.
Adam hanya dibawa pulang ke rumah selepas dua minggu dan perasaan saya sedikit janggal. Saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana tidak pernah bercerita tentang perkara ini kepada anda semua. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkongsi hal ini dengan kalian. Saya berharap agar rakan-rakan semua mendoakan Adam Musa.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah kami diberitahu tentang keadaan Adam semasa Adam berada di nurseri hospital bersama bayi-bayi lain. Saya terfikir, kenapa Tuhan memilih Adam dan bukannya bayi lain? Hal ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa pun. Saya bersyukur kerana saya tidak lagi terfikir begitu dan tahu Adam terpilih untuk mengharungi ujian ini. Saya selalu terbayangkan masa depan Adam- keadaan Adam nanti apabila berkahwin, tamat pengajian. Jika diberikan pilihan untuk menukar Adam dengan bayi lain, saya masih memilih Adam Musa.
KETIKA BERUSIA SEMINGGU
ADAM AKHIRNYA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH
PEMBEDAHAN SUDAH SELESAI, SEMOGA ADAM CEPAT PULIH
Rakan artis dan follower mendoakan pemulihan Adam Musa dan memberikan kata-kata semangat kepada Hunny.
SEMOGA ADAM CEPAT SEMBUH
BE STRONG BABY
FAST RECOVERY FOR ADAM
MOGA ALLAH MEMBERIKAN KESEMBUHAN
Sumber: Hunny Madu