Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak terdedah kepada makanan seperti keropok, mi segera, air kotak dan Junk Food yang lain. Ini kerana, kanak-kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa awasi pemakanan anak-anak. Bagi mereka makanan yang sebenar, real food agar mereka dapat zat yang seimbang. Jika tidak, kanak-kanak akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti perkongsian doktor ini.
Jabatan Pesakit Luar
2 hari ni saya jaga Jabatan Pesakit Luar , menggantikan rakan-rakan sekerja yang berkursus dan bercuti.
1. Budak berumur 4 tahun, dibawa ibu, datang muntah-muntah. Bila ditanya , makan apa?
-Maggi. Selalu makan maggi.
2. Budak berumur 3 tahun dibawa, batuk-batuk.
-Suruh buka mulut – gigi habis macam kena makan anai-anai. Tanya si ibu , apa yang anak suka makan? Gula-gula , keropok2. Siapa beri duit/belikan untuk mereka? – ayahnya.
3. Budak 2 tahun lebih dibawa ibu, demam dah 3 hari , mula dengan batuk-batuk. Sambil di tangan anak satu plastik kecil penuh gula-gula, coklat , keropok.
4. Seorang lelaki bawa 3 anak buahnya. Umur 2-5 tahun.
-Ibunya kerja ,diminta bawakan ke klinik kerana demam dan batuk. Cek sorang-sorang , gigi rosak. Bila ditanya , selalu makan gula-gula, coklat.
5. Seorang ibu bawa 2 orang anaknya. Demam dan batuk-batuk.
-Buka mulut, 2/3 dari keseluruhan gigi macam kayu reput. Dah macam tunggul kayu. Tanya si ibu, siapa beri makan anak-anak? Mertua. Kerana mereka tinggalkan anak-anak dengan mertua, dan mereka bekerja jauh 10 jam perjalanan dari sini. Kebetulan mereka balik cuti tengok anak-anak.
Gula-gula selalu dibagi agar mereka senyap.
Saya rasa, hampir 100 pelanggan yang saya tengok 2 hari ini, lebih separuh dari kalangan kanak-kanak , hampir 2/3 darinya ada masalah dengan real food vs junk food.
Saya bagitahu mereka:
“Anak-anak ini amanah. Ada orang berkahwin, mahu zuriat. Ramai tak dapat. Kita, kahwin, Allah bagi zuriat, jagalah amanah ini.
Semua jenis makanan ringan ,keropok-keropok , minuman bergas minuman tin, minuman kotak , sebolehnya jangan bagi anak-anak ni ambil selepas ini sampai mereka besar, sampai mereka jumpa Allah.
Semua-semua tu lah yang menyebabkan sistem pertahanan badan mereka lemah, selalu sakit-sakit.”
Seperti yang biasa saya nukilkan di laman fb berkaitan junk food ini, saya ambil masa terangkan pada mereka. 10-15 minit.
Untuk semua pasangan yang punya zuriat, hargailah zuriat yang Allah amanahkan pada kalian.
Belajarlah tentang REAL food dan Junk Food.
Sumber: Dr. Syazwan