Penyampai radio Hot FM, Haziq mengakui cemas apabila anak keduanya yang baru berusia 35 hari mengalami gejala batuk berkahak hingga menyukarkan penafasan.
Bagaimanapun Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, anaknya Chayra Auliya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.
“Dia mengalami batuk berkahak yang sangat teruk sehingga biru mukanya.
“Apabila di bawa ke hospital, doktor beritahu saluran dalamannya kecil hingga sukar untuk keluarkan kahak,” katanya.
Selain itu pengendali segmen Mega Hot itu berkata , semasa rawatan di hospital bayinya itu terpaksa dikuarantin di dalam bilik khas bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Ads
“Pada mulanya kami hanya boleh melihat keadaan anak dari luar bilik kaca. Chayra perlu dikuarantin selama 24 jam untuk pemantauan rapi.
“Namun Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan dia mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara di posting terbaru instagramnnya, Haziq menyatakan anaknya dah mula menunjukkan perkembangan positif dan makin selesa menggerakkan badan serta tidur nyenyak.
Cuma batuknya masih ada dan nak tunggu benar-benar pulih mengambil sedikit masa kerana batuk kokol.
Haziq juga turut berkongsi kunjungan dari Ustaz Ebit Lew yang datang melawat Chayra di hospital.
“Masa lawatan Ustaz Ebit, beliau ada membacakan doa untuk anaknya dan bagi minum air selawat. Chayra pun nampak tenang je.
Semoga baby Charya cepat sembuh dan dijauhkan dari sebarang masalah serius. Biasalah bayi ni antibodi lemah dan mudah berjangkit dengan orang sekeliling.
Sumber: Mstar & Ig haziq_hotfm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak asyik demam, batuk tak habis-habis? Kadang kita fikir punca dari cuaca atau sekolah, tapi tak terlintas yang punca sebenar mungkin datang dari dapur sendiri. Setiap kali kita panaskan minyak berulang kali, sebenarnya terbentuk bahan toksik yang perlahan-lahan boleh ganggu imun badan.
Tidak dinafikan, kod minyak masak seperti CP6, CP8 dan CP10 menentukan tahap kestabilan dan keselamatan minyak bila dipanaskan. Kalau salah pilih, apa yang masuk ke perut anak bukan sekadar makanan tapi juga bahan yang boleh rosakkan sel badan mereka tanpa kita sedar.
Pastinya sebagai ibu ayah, anak dari kecil lagi kita dah jaga makan minum, tapi ramai terlepas pandang tentang kod minyak masak yang digunakan setiap hari di dapur. Walaupun nampak sama je bila dipanaskan semula, hakikatnya setiap kali minyak digunakan berulang kali, ia berubah jadi “racun perlahan” untuk badan.
Minyak yang dah digunakan banyak kali boleh hasilkan radikal bebas dan lemak trans — dua punca utama kepada risiko kanser, kolesterol tinggi dan masalah jantung. Sebab tu penting untuk kita faham dan kenal kod minyak masak supaya tahu mana yang selamat untuk anak dan suami.
Ramai yang tak sedar setiap botol minyak masak sebenarnya ada kod minyak tersendiri. Kod ini menentukan tahap kualiti dan kesihatan minyak tersebut. Walaupun nampak serupa bila digoreng, sebenarnya ada beza besar antara CP5, CP6, CP7, CP8 dan CP10. Kalau tersilap pilih, makanan bukan saja cepat rosak atau menyerap minyak berlebihan, malah boleh jadi punca radikal bebas dan kolesterol tinggi.
CP5 – Minyak sawit dengan tahap kehalusan sederhana. Kandungan asid lemak bebas (FFA) sekitar 0.1 – 0.25%, lebih sihat daripada CP6 dan yang seterusnya.
CP6 – Minyak “premium” dan antara kod minyak masak paling berkualiti. Kaya Vitamin E & tocotrienols, kurang berbuih, makanan rasa lebih segar. Sesuai untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.
CP7 – Kandungan asid lemak lebih tinggi sedikit. Minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai untuk gorengan biasa.
CP8 – Cepat berbuih dan mudah jadi hitam. Tak boleh digunakan berulang kali. Jika minyak sudah tukar warna, terus buang.
CP10 – Biasanya minyak paket murah (gred rendah). Cepat berkeladak, senang rosak, dan tidak sesuai digunakan lama.
Menurut perkongsian di laman Facebook Sazly Tulih Page, CP bermaksud Carotene Palm Olein minyak sawit yang ditapis (refined), diputihkan (bleached) dan dinyahbau (deodorized). Nombor 6 atau 8 menunjukkan Cloud Point, iaitu suhu di mana minyak mula jadi keruh atau beku bila disejukkan.
CP6: Lebih rendah (±6°C), tahan keruh di suhu sejuk. Sesuai untuk negara beriklim sejuk seperti Eropah, Jepun, atau China Utara.
CP8: Lebih tinggi (±8°C), cepat keruh pada suhu bawah 8°C. Sesuai untuk negara tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Afrika.
Kedua-dua kod minyak masak CP6 dan CP8 hampir sama dari segi rasa dan bau, bezanya pada kestabilan ketika disimpan di suhu sejuk.
CP6 sedikit mahal berbanding CP8 kerana proses pemurnian untuk menurunkan cloud point lebih kompleks.
CP6 lebih sesuai untuk eksport ke negara sejuk supaya minyak tidak cepat beku dalam botol. CP8 pula digunakan secara meluas di negara panas kerana lebih murah dan stabil dalam suhu tinggi.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Pengajar UPM, Dr Suhainizam Muhammad Saliluddin menjelaskan bahawa minyak masak yang dipanaskan berulang kali boleh meningkatkan risiko kesihatan.
Apabila minyak dipanaskan berulang kali pada suhu 160–190°C, tindak balas kimia menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh. Kerosakan ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.
Menurut Dr Suhainizam, minyak masak hanya boleh digunakan maksimum tiga kali sahaja. Selepas itu ia tidak lagi selamat. Pengguna boleh melihat tanda-tanda minyak tidak sesuai digunakan seperti warna gelap, bau tengik, tekstur lebih pekat, cepat berasap, dan banyak serdak makanan.
Kalau nak jaga kesihatan keluarga, pilih minyak ikut kod minyak masak bukan harga semata-mata. Anak dan suami makan hasil dari dapur kita jadi pastikan minyak yang digunakan betul-betul selamat dan berkualiti.
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan, banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah.
Selain kismis, kurma dan kekacang, antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak adalah pengambilan saffron. Tak perlu banyak, cukup hanya sehelai dua untuk bekalan dalam air anak ke sekolah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli, saffron adalah suplement semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin dan banyak lagi.
Salah satu supplement semulajadi yang bagus untuk otak anak ialah saffron ni.
Kena ada kat rumah, sebagai supplement semulajadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu.
Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah atau sebelum anak belajar.
Saffron ni ternyata bagus untuk; – Memori anak – Stabilkan mood anak – Bersifat antiradang – Tinggi antioksida
Saffron ni, kita guna sikit je, tapi khasiatnya masyaAllah sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;
– Vitamin C – Iron – Magnesium – Vitamin B – Pottasium
Cara minum air saffron. 1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air. 2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik. 3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.
Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Pendidikan merupakan kunci utama pembangunan negara. Namun, dalam dunia yang serba pantas ini, masih ramai kanak-kanak yang terpinggir dalam sistem pendidikan kerana kelainan cara mereka belajar. Salah satu golongan yang sering terlepas pandang ialah kanak-kanak yang mengalami disleksia. Mereka bukan malas atau tidak bijak, tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk berjaya. Dengan lebih kefahaman dan empati, kita mampu membuka peluang baru untuk mereka bersinar.
Disleksia ialah gangguan neurologi yang menjejaskan keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan bertulis. Walaupun mereka mempunyai tahap kecerdasan normal atau tinggi, pelajar disleksia bergelut dalam tugas yang berkaitan dengan bahasa.
Kesan disleksia di sekolah boleh sangat ketara. Mereka mungkin lambat membaca, sering tertukar huruf (seperti b dan d), serta keliru dengan arahan bertulis. Ini sering menyebabkan mereka terasa terpinggir, malu untuk bertanya, dan akhirnya kehilangan keyakinan diri.
Dengan kaedah yang betul, pelajar disleksia boleh mencapai kejayaan luar biasa. Berikut antara strategi berkesan:
Disleksia yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah sosial, kemurungan, dan keciciran sekolah. Namun, dengan perhatian dan bimbingan awal, kanak-kanak ini boleh berjaya dalam pelbagai bidang.
Menguruskan disleksia bukan hanya tugas guru pendidikan khas. Ia memerlukan kolaborasi seluruh ekosistem pendidikan.
Disleksia bukanlah noktah kepada kejayaan, malah boleh menjadi titik tolak kepada pencapaian luar biasa. Apa yang mereka perlukan hanyalah kefahaman, sokongan, dan peluang yang adil untuk belajar mengikut cara mereka. Masyarakat yang inklusif bermula dengan sistem pendidikan yang menyantuni keunikan setiap pelajar. Jika kita berjaya mengubah cara kita melihat disleksia, kita juga boleh mengubah masa depan ramai anak bangsa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!