“Anak Saya Batuk Berkahak Hingga Biru Mukanya.” Haziq Hot FM Mohon Peminat Doakan Untuk Chayra

Share

Penyampai radio Hot FM, Haziq mengakui cemas apabila anak keduanya yang baru berusia 35 hari mengalami gejala batuk berkahak hingga menyukarkan penafasan.

Bagaimanapun Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, anaknya Chayra Auliya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.

“Dia mengalami batuk berkahak yang sangat teruk sehingga biru mukanya.

“Apabila di bawa ke hospital, doktor beritahu saluran dalamannya kecil hingga sukar untuk keluarkan kahak,” katanya.

Selain itu pengendali segmen Mega Hot itu berkata , semasa rawatan di hospital  bayinya itu terpaksa dikuarantin di dalam bilik khas bagi mengelakkan jangkitan kuman.

“Pada mulanya kami hanya boleh melihat keadaan anak dari luar bilik kaca. Chayra perlu dikuarantin selama 24 jam untuk pemantauan rapi.

“Namun Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan dia mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara di posting terbaru instagramnnya, Haziq menyatakan anaknya dah mula menunjukkan perkembangan positif dan makin selesa menggerakkan badan serta tidur nyenyak.

Cuma batuknya masih ada dan nak tunggu benar-benar pulih mengambil sedikit masa kerana batuk kokol.

Haziq juga turut berkongsi kunjungan dari Ustaz Ebit Lew yang datang melawat Chayra di hospital.

“Masa lawatan Ustaz Ebit, beliau ada membacakan doa untuk anaknya dan bagi minum air selawat. Chayra pun nampak tenang je.

Semoga baby Charya cepat sembuh dan dijauhkan dari sebarang masalah serius. Biasalah bayi ni antibodi lemah dan mudah berjangkit dengan orang sekeliling.

Sumber: Mstar & Ig haziq_hotfm

Published by
Wan Amy