Anak kita lambat, anak elak nak buat itu dan ini, takut nak cuba semua perkara sebenarnya bukan kerana diri anak itu sendiri. Akan tetapi kerana larangan demi larangan yang dibuat mak ayah dalam proses awal hidup mereka.
Sebenarnya nak melarang tak salah namun jangan larang perkembangan anak. Biarkan anak merasai semuanya ketika mereka kecil bagi merangsang sensori awal anak-anak.
Menurut Dr Ain Zul, kurangnya rangsangan pada anak di awal perkembangan mereka membuatkan anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang malah mempunyai masalah dalam tingkah laku mereka.
Mak Ayah Perlu Rangsang Deria Sensori Anak Dari Bayi
“Anak saya geli nak pijak rumput. Dia memang pembersih sikit”
“Anak saya takut nak pijak pasir pantai”
“Anak saya pulak mengada-ngada doktor. Dia memang taknak pegang dan makan sendiri, nak bersuap je”
“Anak saya lambat berjalan, tapi biasalah tu dulu ayah dia pun lambat berjalan”
“Anak tak berapa nak respons bila saya panggil nama dia. Panggil kuat baru dia dengar”
Ads
Kalau anak-anak mommies semua ada contoh masalah seperti di atas, bukan bermaksud anak kita pembersih, penggeli atau mengada-ngada tau. Tapi disebabkan sensory stimulation mereka kurang atau dalam keadaan yang teruk sikit, dipanggil Sensory Processing Disorder (Masalah Pemprosesan Sensori).
Kalau anak-anak ada masalah sensory dan kita tak atasi secara awal, nanti jangan terkejut kalau anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang, ada masalah tingkah laku atau tak pandai pegang pen dengan betul.
Kenapa mummy cakap kita semua kena stimulate sensory anak awal-awal, sebab kita kena faham tahap perkembangan anak sangat kritikal di awal umur.
Tahap perkembangan anak ada 4 tahap kalau mengikut Teori Piaget;
Ads
1) Sensorimotor (0-2 tahun) 2) Preoperational (2-7 tahun) 3) Concrete Operational (7-11 tahun) 4) Formal Operational (11 tahun ke atas)
Tahap 1 & 2 adalah tahap paling kritikal sebab bila anak-anak dapat kuasai tahap sensorimotor melalui gerakan badan dan stimulasi sensori yang bagus, kebiasaannya ilmu atau pengalaman yang dah ‘dipegang’ oleh anak akan membantu anak untuk develop tahap seterusnya.
Tahap sensorimotor ni macam makanan untuk otak anak kita. Kalau kita tak bagi cukup makan, macam mana otak nak proses maklumat atau info yang datang bila besar nanti. Haa cenggitu lah secara ringkasnya.
Ads
So mummy just nak tekankan pasal sensorimotor ni. Basically, sensory kita ada deria;
– Rasa
– Sentuhan
– Bauan
– Penglihatan
– Pendengaran
– Keseimbangan Badan
– Propioseptif (Body Awareness)
Macam mana kita nak stimulate kesemua deria ni, lepaskanlah anak bermain??
Biarlah anak nak panjat tangga, panjat pagar. Biar lah dia nak rasa pasir masuk dalam mulut pun. Biar lah dia nak berlari kaki ayam. Biarlah dia nak pegang kayu, batu, benda sejuk, cawan panas. Biarlah dia nak conteng badan dia sampai tak nampak muka sekali pun.
Kita ibu ayah boleh monitor dan main bersama, jangan sikit-sikit
“jangan panjat nanti jatuh”
“jangan main pasir, kotor ada cacing”
Anak baru nak explore, kita dah halang separuh jalan? Maklumat baru nak sampai kat otak tapi dah kene block sudahnya anak tak tahu apa rasa pijak pasir, anak tak tahu nak balancekan badan bila panjat tangga, anak lambat berjalan dan sebagainya.
So mommies semua dapat tak point penting kenapa sensory stimulation ni perlu, penting dan bagus untuk anak?
Nanti mummy sambung lagi pasal sensory play ni tau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau mak ayah perasan, masa bayi menangis kuat-kuat masa newborn dulu… tak ada setitik pun air mata keluar. Muka merah menyala, suara macam siren ambulans, tapi pipi kering. Kenapa ya?
Jangan risau. Ini bukan tanda baby tak normal. Sebenarnya, bayi memang lahir tanpa air mata yang mengalir keluar. Dan ia ada sebab saintifik yang sangat menarik!
Air Mata Bayi – Ada, Tapi Belum “Keluar” Lagi
Sebenarnya kelenjar air mata bayi (lacrimal glands) dah mula terbentuk sejak dalam rahim lagi. Tapi, sistem tu masih belum cukup matang untuk hasilkan air mata yang mencurah-curah.
Jadi… waktu dia lahir dan menangis, hanya suara & ekspresi je keluar dulu. Air mata? Tunggu turn dia.
Selalunya sekitar umur 2 ke 6 minggu, barulah ibu ayah boleh nampak baby menangis dengan air mata sebenar. Ada juga kes yang lambat sikit, tapi tak perlu panik kalau baby aktif, sihat dan respon normal.
Ramai menyangka air mata hanya berkait dengan emosi, namun sebenarnya air mata mempunyai peranan penting dalam kesihatan mata, antaranya:
Melembapkan permukaan mata supaya tidak kering
Menyingkirkan habuk atau bahan asing
Melindungi mata daripada jangkitan
Membantu penglihatan lebih selesa
Jadi apabila bayi mula mengeluarkan air mata, ia bukan semata-mata kerana sedih, tetapi sebagai satu proses biologi untuk menjaga kesihatan matanya.
Menangis tanpa air mata dalam tempoh awal kelahiran adalah perkara biasa dalam proses perkembangan bayi. Ia bukan petanda masalah, sebaliknya menunjukkan tubuh si kecil anda sedang belajar dan berkembang dengan baik.
Sebagai ibu bapa, memahami fakta ini dapat membantu anda bertenang dan tidak terlalu bimbang. Teruskan memerhati perkembangan anak, dan jangan ragu untuk mendapatkan pandangan doktor jika terdapat perkara luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sejak ada anak rutin harian saya banyak berubah. Soal berjaga malam dan menguruskan anak bukan satu hal yang sukar pada saya. Adakalanya rasa penat tetapi saya puas hati membesarkan Eidrees sendiri bersama suami.
Itu yang dikongsikan oleh Anzalna Nasir sejak bergelar ibu kepada buah hatinya Mohamad Eidrees.
“Kalau nak diikutkan saya boleh mempunyai pembantu rumah jika nak tetapi memandangkan masa membesarkan untuk membesarkan Eidrees hanya sekali saja seumur hidup rasa rugi pula.
“Jadi apa yang saya lihat sebaiknya biarlah saya dan suami sama-sama menjaga dan membesarkannya. Tak tahu lagi bila akan merasa pengalaman macam ni,” katanya.
Tambah Anzalna lagi tiada pembantu bukan satu masalah besar baginya kerana suami sangat membantu dalam hal ini. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Sekiranya saya dan suami masing-masing sibuk dengan kerja, kami akan meminta ahli keluarga tolong jagakan Eidrees. Namun jika mereka pun sibuk saya sanggup tolak apa-apa tawaran kerana keutamaan saya adalah anak.
Membesarkan Eidrees paling menyeronokkan
Anzalna mengakui membesarkan Eidrees momen paling menyeronokkan dalam hidup.
Biarpun penat, tapi dapat kepuasan bila jaga anak sendiri. Semua boleh tolak ke tepi kerana Mohamad Eidrees.
“Lagi puas hati bila semua benda kita buat sendiri. Tidur tidak cukup atau terpaksa bangun awal bukan masalah kerana saya sudah terbiasa bangun awal. Jadi bukan masalah pada saya.
“Apa yang saya perasan, perangai saya sendiri bertukar sejak ada anak. Saya lebih prihatin dalam hal kebersihan dan penjagaan rumah. Kalau boleh saya hendak pastikan seluruh rumah bersih demi untuk kesihatan Eidrees. Sebolehnya saya tidak mahu ada habuk-habuk yang tertinggal, bimbang memudaratkan Eidrees.
Begitu juga soal makanan Eidrees, semuanya saya sediakan sendiri. Cuma bila ada kerja yang terpaksa saya selesaikan, terpaksalah saya meminta bantuan kakak atau emak mentua untuk tengokkan Eidrees,” ceritanya lagi.
“Dia Yang Saya Tunggu Selama Ini”
Kelahiran Eidrees merubah kehidupan mereka secara total. Anzalna mengakui segala perihal dirinya kini dilupakan seketika sementelah memberi sepenuh perhatian kepada Eidrees.
“Saya tidak kisah berhabis untuk Eidrees, waktu membeli-belah di Paris dan London tempoh hari pun semuanya untuk Eidrees malah kalau hendak tahu saya sudah siapkan beberapa pakaiannya hingga usianya dua tahun. Saya hanya mahu dia gembira dan selesa serta membesarkannya dengan serba sempurna,” kongsinya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali bayi lahir dan kelihatan kuning, mesti ada ‘doktor-doktor kampung’ yang bagi pelbagai nasihat. Ada yang betul, ada juga yang langsung tak masuk akal — tapi masih diamalkan. Dalam artikel ini, kita akan bongkar mitos-mitos popular tentang bayi kuning dan padankan dengan fakta perubatan yang sebenar. Sebab bila melibatkan kesihatan anak, mak ayah kena berilmu bukan ikut cakap orang.
Mitos #1: Jemur Bayi Tengah Hari Boleh Hilangkan Kuning
Cahaya matahari pagi (sebelum jam 9 pagi) mungkin bantu sedikit dari segi pencahayaan semula jadi — tetapi ia bukan rawatan utama. Jemur bayi pada waktu tengah hari sangat berisiko kerana boleh menyebabkan panas berlebihan (overheating), dehidrasi, dan kerosakan kulit. Rawatan sebenar untuk jaundis yang serius adalah melalui pemantauan doktor dan fototerapi, bukan jemur tengah panas.
Mitos #2: Bagi Bayi Minum Air Masak Untuk Turunkan Kuning
Memberi bayi bawah 6 bulan air kosong boleh menyebabkan masalah serius seperti keracunan air, menggangu keseimbangan elektrolit, dan boleh menjejaskan tumbesaran. Bayi yang kuning perlu menyusu lebih kerap, sama ada susu ibu atau formula, untuk bantu tubuh buang bilirubin secara semula jadi melalui najis dan air kencing — bukan dengan air kosong.
Mitos #3: Jangan Mandikan Bayi Bila Kuning, Nanti Kuning Jadi Lebih Teruk
Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Mandikan bayi seperti biasa sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan kulit dan keselesaan bayi. Air mandian tidak menjejaskan paras bilirubin dalam darah. Jadi jangan risau — mandi itu bukan punca kuning naik, malah bantu bayi rasa lebih segar dan aktif.
Ingat, Bila Bayi Kuning…
Pantau setiap hari di bawah cahaya semula jadi
Susukan bayi sekerap mungkin
Rujuk doktor untuk pemeriksaan bacaan bilirubin
Elakkan sebarang rawatan tidak berasas atau mitos turun-temurun
Dapatkan nasihat dari pakar, bukan sekadar dengar cakap sesiapa. Jangan jemur sesuka hati, jangan beri air masak sesuka hati, dan jangan percaya bulat-bulat tanpa bukti. Rawatan sebenar jaundis mesti berpandukan pemeriksaan dan keputusan perubatan.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya menjaga, tapi memastikan apa yang kita buat betul dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.