Keibubapaan

“Anak Saya Hilang” Tengah Main Pantai Anak Tiba-Tiba Hilang, Dr Malar Kongsi Detik Cemas!

Share

Mak ayah mana yang tak cemas bila mana anak dipandangan mata tiba-tiba hilang ketika bercuti. Situasi cemas inilah yang dilalui oleh Dr Malar sekeluarga ketika sedang bercuti.

Menurut perkongsian Dr Malar di media sosialnya, anak keduanya, Yushan Avighna tiba-tiba sahaja hilang ketika bermain di pantai bersama kakak dan kawannya.

Mengakui cemas dengan situasi yang tidak dijangka itu, Dr Malar yang cukup dikenali dengan pelbagai perkongsian keibubapaan ini turut berkongsi cerita kisahnya yang kehilangan anak.

“Anak saya hilang guys. Anak saya hilang! Nama tempatnya Marine Park, di sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.

Dia main kat tepi pantai dengan kakaknya Yusha dan sorang lagi kawan iaitu anak gegirl kawan saya, kami ke sana bercuti dua keluarga.

Walaupun saya dah naik ke pantai, mata saya memang tak lekang duk monitor anak-anak saya. Mula-mula kami semua bersama sama di laut, tengok ikan kat under water.

Lepas tu orang resort yang jaga kumpulan kami dah tiupkan wisel tanda kena berkumpul. So kami 8 orang dua keluarga semua naik ke pasir pantai. Budak 3 orang ni minta kebenaran nak ke air laut balik kejap nak cuci tangan. So saya dan suami benarkan.

Sambil tengok dia orang saya hirup air dari botol air. Lepas tu saya rasa penat so saya cari tempat nak duduk. So pusing pusing saya duduk kat bangku pantai yang kat belakang sikit.

Pada masa ni lah saya terlepas pandang my kids. Tapi saya percaya husband saya pantau mereka tanpa putus sebab dia lagi careful bab jaga anak.

Tapi nasib malang kami. Malang sangat. Itu lah masa yang Avigh hilang dari pandangan mata kami. Pedihnya hati ibu yang kandungkan anakku selama 9 bulan hanya Tuhan yang faham.

Sesungguhnya kami dah jaga mereka sebaik mungkin. Sebab tu lah walaupun saya ni influencer (kononnya) saya tak pernah kalut nak up status atas up story kalau bercuti atau berjalan. Sebab tumpuan saya hanya pada anak anak.

Saya tak nak leka menjaga anak anak sibuk duk up status nanti kalau apa apa jadi kat anak saya mesti soc media ibu ni dipersalahkan.

Nampaknya apa yang saya takuti..! Yusha datang kepada saya dan menjerit “Mommy kami tak jumpa Avigh”

Jantung saya berhenti berdegup sesaat. Namun saya seakan akan ada kepercayaan “alaahhh tak hilangnya.. mesti ada dekat dekat ni”

Dari saat itu, berlari lah ibu kerdil ini sepanjang pantai menjerit, YUSHAN AVIGHNAAAA! Yushaaannnn Avighnnaaa!

Memang ramai yang kenal saya Dr Malar kat tepi pantai tu, jadi semua duk tanya,

Umur dia berapa doktor
Dia pakai baju apa ?
Pakai life vest tak doktor?
Last kat mana tadi?

Semua soalan sudah saya jawabkan tapi semua orang tak nampak tak jumpa jugak! Walaupun rasa nak rebah sebab kehilangan anak, saya kuatkan semangat untuk menjerit sekuat hati. Mencari sejauh mungkin.

THAMBI BOYYYY! Thambi boyyyyy!
Datang lah balik kat Mommy.

Semua yang ada kat pantai dah bertungkus lumus carik Avigh. Semua budak-budak yang main pasir main air dengan dia tadi dah ditanya.

Saya mintak beberapa orang yang pandai dive tolong carikkan anak saya kat dasar laut takut dia lemas. Tapi semua cakap, Avigh pakai live vest, jadik tak mungkin dia tenggelam atau lemas.

Tapi hati ibu ni tetap nak orang check kan jugak tapi tak de sape gerak. Anak saya pandai berenang level beginner jer. Entah entah dia naik platform kat jeti tu lepas tu terjatuh dari situ kot. Avigh memang jenis suka try try suka explore explore.

Adui menggigil bukan saja jari, tapi seluruh tubuh Mommy ni. Ya TUHAN, Pulangkan lah anakku. Waktu saya berdoa begitu lah.

Seorang wanita pertengahan umur laung kat saya, “Kaaakkk, tu dia orang dah jumpa anak Akak. Berjurai air mata ibu saya sambil saya meraung sambil berlari memeluk anak saya. Memang semua di persisiran pantai tu nampak drama saya dan anak saya dan keluarga saya.

Tapi saya langsung tak malu untuk menangis dan meraung sebab dah terlampau lama menahan sebak dan cemas kehilangan anak. Walaupun kelibatnya hilang 15 minit je, saya rasakan seakan akan seabad lamanya. Itu lah jiwa ibu.

Dan saya pasti, doa ibubapa saya, doa mertua saya dan doa orang-orang keliling saya yang selamatkan anak saya kelmarin,” ujarnya berkongsi panjang lebar.

Akhirnya Avigh dijumpai, belum sempat naik bot
Akhirnya anak kecil kesayangan Dr Malar dan suami dijumpai oleh pengunjung yang turut sama berada di situ. Paling menghibakan, Avigh sudah hampir-hampir menaiki sebuah bot bagi mencari ibunya.

“Avigh sebenarnya lari dari hujung pantai sebelah sini, ke hujung sebelah sana. Katanya nak lari selaju “Super Gecko speed”. Lepas tu dia lupa arah. Dia sempat nangis carik Mommy.

Lepas tu dia penat dan duduk kat buai besar tu main buai sengsorang. Ketika dijumpai, dia hampir naik bot sebab Avigh ingat Mommy dah tinggalkan dia naik bot dan pulang ke resort. Avigh Avigh…takkanlah Mommy nak tinggalkan awak.

Sebab tu saya takkan kalut duk up story up status kalau bercuti atau jenjalan mall. Sebab jikalau ada musibah menimpa, saya tak mahu media sosial pulak disalahkan walaupun saya dah buat yang terbaik.

Sebab tu jugaklah lah saya tak pernah menyalahkan mana mana ibubapa apabila ada musibah menimpa anaknya. Malah dalam kes basikal lajak pun saya tak pernah komen sepatah pun. Sebab saya tahu setiap ibubapa memang berniat nak buat yang terbaik untuk anak kita.

Namun sebagai ibubapa kita semua pasti pernah terkhilaf, ada yang terkhilaf sesaat, ada yang yang terkhilaf seminit ada pulak yang lebih sikit. Namun kita semua sama sahaja, kita semua ibubapa yang mahukan dan doakan yang terbaik sahaja untuk anak anak kita.

Haihhhh. Anak aku sorang ni. Bertuah betul. Dah lah buat muka tak bersalah. Setelah tragedi itu, semua dah kenal anak saya dengan nama timangan Thambi Boy,” ujarnya berkongsi panjang lebar.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM