Ibu ayah perasan tak apa yang kita buat untuk anak kadang kala kesilapan kita sendiri. Niat nak buat yang terbaik tapi pengakhirannya beri kesan tak baik pada anak.

Memang diakui ibu bapa berlumba-lumba nak anak pandai dan bijak dari anak orang lain tapi kaedah yang kita gunakan silap dan tak ikut fitrah anak kecil yang sepatutnya membesar ikut umurnya.

Mungkin waktu mereka kecil kita belum nampak ciri kegagalan pada anak itu tapi bila meningkat usia barulah kita rasa menyesal.

“Anak Saya Bagi Main Fon, Ipad Diamlah.” Ramai Mak Ayah Bangga Tapi Akhirnya MenyesalApa yang dibincangkan oleh Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail mengenai crowd pleaser parenting memang tepat dengan situasi yang banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa sekarang.

Crowd-pleaser Parenting

IKLAN

Antara banyak-banyak jenis ibu bapa, saya paling risau ibu bapa yang jenis crowd-pleasers (populist). Ni bukan ibu bapa yang pendiam, atau overprotective or biarkan whatever anak dia akan buat.

Tapi, ini jenis ibu bapa yang buat apa sahaja yang popular dan trending masa kini.

Contohnya, kalau tengah trending dengan flash card, semua benda dia ajar/beli barang yang berasaskan flash card. Tak kisahlah untuk umur anak berapa, kaedah yang digunakan macam mana. Betul ke atau salah ke? Asalkan bersama-sama memeriahkan industri flash card. 

IKLAN

Kalau ibu bapa satu Malaysia tengah sibuk dengan ipad/tab untuk kanak-kanak, ibu bapa ni pun tak terkecuali. Beli satu. E-learning katanya. Tanpa menghiraukan masa penggunaan gajet si kecil, tiada interaksi. Asalkan boleh berbangga cerita kat member.

“Anak I, nyorok lah utube di mana-mana, dia boleh cari and swipe dengan laju.”

Rakyat Malaysia la ni tengah seronok dengan marathon or running. Ramai juga ibu bapa join sekali. Bawa anak naik stroller atau child carrier. Kan sihat tu? Tapi, tak ramai ikut. Sebab benda sihat ni selalunya takda masa.

IKLAN

Maka, nak follow tu tak salah. Cuma, reflect dan tengok balik anak-anak. Kalau benda tu betul, teruskan. Kalau benda tu salah, stop atau jangan mula kan.

Jangan jadi ibu bapa yang ignorance, dah tau salah, tapi pejam mata. Asalkan tak nyusahkan diri. Cuma mereka terlupa, anak itu sendiri telah disusahkan masa depan mereka.

Jadi, adakah anda ibu bapa yang crowd-pleasers?

Sumber: Hazhari Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI